Cara Pam Minyak Kenderaan di Petron Menggunakan Kad Debit tanpa Caj Deposit RM200 dipegang pihak bank
Pernah tak isi minyak kenderaan guna kad debit di pam stesen minyak? Kalau pernah, tahu tak jumlah pra-kelulusan menggunakan kad adalah berjumlah RM200?
Jumlah RM200 tu akan di’pegang’ oleh bank sehingga pihak bank pulangkan baki isi minyak anda semula dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
Sebagai contoh, anda isi minyak, duit dalam kad tersebut akan ‘hilang’ RM200, anda isi sehingga jumlah RM30.00 (10 Liter RON95). Bank akan pulang duit baki RM170.00 dalam 3 hari waktu bekerja berikutnya.
RM170 banyak tu.
Ini cara bagaimana menggunakan kad debit untuk pam minyak kenderaan tanpa di’pegang’ RM200 oleh pihak bank.
Untuk makluman cara ini hanya boleh digunakan pada Stesen PETRON sahaja. Stesen minyak lain masih lagi tidak menyediakan fasiliti seperti ini sehingga kini.
Langkah-langkah Pembayaran & Isian Pam
- Klik PRESET pada skrin pam tersebut.
- Tekan jumlah yang ingin diisi. Contohnya RM50.
- Masukkan kad bank anda.
- Tunggu kelulusan dan setelah lulus, keluarkan kad bank itu, masukkan pula kad PETRONMILES untuk kumpul point (sekiranya ada).
- Angkat pam dan isi seperti biasa.
- Sekiranya minyak kereta atau motosikal dah penuh sebelum sampai jumlah yang dah di’set tadi, letak sahaja pam itu pada tempat asal.
- Sekiranya ada duit baki, usah risau kenara bank akan pulangkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
- Letakkan nozzle pam di tempat asal dan ambil resit sebagai rujukan.
Bank akan cajkan amaun kepada kad bank anda berdasarkan jumlah yang telah anda pilih sewaktu isian. Tidak perlu nak potong sampai RM200 lagi.
3 Comments
tqvm! baru terkena smlm. lepas ni kne lebih berhati hati…
maAf. sy rasa tips yg cik bg ni hnya utk menetap kan jumlah yg kita nk isi shj. cth rm30. tp duit kita tetap diapungkan jugak rm200 wlpn kita dh set jumlah yg kita nk isi.
Tidak. Untuk petron sahaja, kalau set RM30 sebagai contoh, hanya RM30 terus deduct daripada bank. RM200 tidak diapungkan. Untuk selain Petron seperti Shell, Petronas, ya.