Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online menerusi i-Akaun

i-Lestari adalah satu bentuk inisiatif pihak kerajaan Malaysia bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19. Inisiatif ini membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran wang daripada Akaun 2 KWSP sebanyak RM50 (minimum) sehingga RM500 (maksimum) setiap bulan untuk beberapa tempoh.

Rujuk semula artikel i-Lestari Kem Simpanan Wang Pekerja (KSWP) untuk maklumat mengenai i-Lestari ini.

Sebelum bermula

Pastikan :

Langkah – langkah

Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my

Klik Login untuk masuk i-Akaun pada ruangan I’m A Member (i-Akaun)

Halaman utama web KWSP

Klik Login Now

Halaman Login untuk i-Akaun

Masukkan User ID ataupun Username i-Akaun anda.

Sekiranya anda terlupa User ID ataupun Username i-Akaun, anda boleh klik Forgot User Id untuk menyemak semula.

Perlu diingatkan, sekiranya anda belum lagi mempunyai i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran baru untuk i-Akaun terlebih dahulu.

Klik Next

Halaman Login untuk i-Akaun

Masukkan Password i-Akaun anda

Klik Login

Halaman Login untuk i-Akaun

Anda akan dibawa ke halaman utama portal yang akan menunjukkan ringkasan akaun anda.

Klik ruangan Withdrawal

Halaman utama portal i-Akaun

Klik New Application

Halaman utama e-Pengeluaran

Anda akan dibawa ke halaman Step 1. Pada ruangan Withdrawal Type, pilih i-Lestari dan klik Next

Halaman e-Pengeluaran > Step 1 New Withdrawal Application

Satu popup akan keluar bertujuan memberitahu anda ringkasan terma dan syarat memohon kemudahan tersebut.

Klik Ok, kemudian klik sekali lagi butang Next yang sama untuk ke halaman seterusnya.

Halaman e-Pengeluaran > Step 1 New Withdrawal Application

Anda akan dibawa ke halaman Step 2.

Di halaman ini, isikan amaun pengeluaran bulanan yang anda ingin mohon pada ruangan Applied Amount. Ianya boleh jadi daripada RM50 (minimum) sehingga RM500 (maksimum). Perlu diambil tahu, baki di dalam Akaun 2 perlu mempunyai baki yang mencukupi untuk tujuan ini.

Isi nama Bank yang anda guna untuk tujuan pengeluaran duit i-Lestari ini pada ruangan Bank Name. Pastikan anda mengisi juga nombor akaun bank tersebut pada ruangan Savings / Current Account No.

Klik Next untuk ke halaman seterusnya.

Halaman e-Pengeluaran > Step 2 Withdrawal Information

Anda akan dibawa ke Step 3

Di halaman ini, pastikan semua maklumat yang tertera adalah betul dan terkini. Maklumat tersebut adalah seperti Address, Postcode, City, State, Country, Mobile Phone dan juga maklumat yang telah anda tulis sebelum ini seperti Applied Amount, Bank Name dan Savings / Current Account No.

Setelah memastikan semua informasi betul, tick pada ruangan Declaration sebagai tanda setuju dengan terma dan syarat yang dikemukakan.

Halaman e-Pengeluaran > Step 3 New Withdrawal Summary

Klik Agree

Halaman e-Pengeluaran > Step 3 Withdrawal Summary (Declaration)

Klik Request TAC

Anda akan menerima 6 digit kod TAC menerusi SMS di telefon yang telah didaftarkan dengan i-Akaun KWSP anda.

Masukkan kod TAC tersebut, kemudian klik Submit untuk hantar permohonan tersebut.

Halaman e-Pengeluaran > Step 3 Withdrawal Summary (TAC)

Permohonan selesai. Cetak ringkasan permohonan ini sekiranya perlu.

Halaman e-Pengeluaran > Step 4 Withdrawal Acknowledgment

Semoga manfaat ini dapat membantu anda ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19. Stay safe guys!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *