Cara Mohon Geran Khas Prihatin berupa Bantuan RM3000 untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro

Adakah anda pemilik perniagaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaan mencegah penularan wabak COVID-19 di Malaysia?

Sekiranya ya, pihak Kerajaan Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah pun memperkenalkan geran khas dikenali sebagai Gerak Khas Prihatin (GKP) bagi membantu pemilik perniagaan PKS Mikro ini.

Mengenai Geran Khas PRIHATIN (GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang dibayar secara One-Off (sekali bayar sahaja) bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.

Kadar BantuanRM 3,000 (One-off / Sekali Bayar sahaja)
Kaedah PembayaranDikredit terus ke akaun bank pemohon

Syarat permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah menjalankan perniagaan dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang RM300,000 dengan jumlah pekerja kurang 5 orang tidak termasuk pemilik.
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
  • Perniagaan masih aktif semasa perniagaan dibuat
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Tarikh Permohonan

Tarikh Buka1 Mei 2020
Tarikh Tutup15 Mei 2020

Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP)

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya. Klik link Portal GKP yang berikut :

Ikuti langkah-langkah berikut :

Masukkan No. MyKad pemohon (tanpa dash / -) dan klik ikon ‘Cari’
Klik ‘Permohonan Baru’
Isikan maklumat pemohon seperti mana yang diperlukan

Klik ‘Teruskan’ dan sahkan pendaftaran anda.

Untuk memudahkan pengguna dalam membuat permohonan dan pendaftaran GKP, berikut adalah panduan pengguna :

  1. Panduan Mendaftar Geran Khas Prihatin (GKP)
  2. Panduan sekiranya terlupa Kata Laluan
  3. Panduan membuat permohonan Baharu

Semakan Keputusan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Pemohon boleh menyemak status permohonan GKP bermula seawal Minggu Pertama, Jun 2020. Pemohon yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan mula menerima pembayaran pada Jun 2020.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau terdapat sebarang pertanyaan, ini sumber rujukan anda :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *