Kadar & Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Tahun 2020 Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia

Ketika dunia sedang menghadapi peperangan berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19, umat Islam di Malaysia digalakkan untuk patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh yang ditetapkan. Untuk itu, adalah digalakkan bagi pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan dibuat menerusi atas talian (Online) berbanding cara konvensional seperti sebelum ini iaitu menerusi amil-amil yang dilantik.

Ini penting untuk kita bersama-sama mengekang penularan wabak pandemik Covid-19 di samping menunaikan kewajipan masing-masing.

Kadar & Cara Bayaran Zakat Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Berikut adalah cara, platform atau alternatif yang ada bagi memudahkan umat Islam di seluruh Malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian (Online) beserta dengan kadar zakat fitrah mengikut negeri masing-masing bagi tahun 2020.

Selangor

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM 7 / RM 14 / RM 21

Kaedah pembayaran :

  1. Bayaran terus FPX melalui portal eZakatPay
  2. Aplikasi GoPayZ
  3. Aplikasi Boost
  4. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
  5. Portal MyEG
  6. Portal Pos Online

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Selangor.

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM 5 / RM 7

Kaedah pembayaran :

  1. Zakat2U
  2. Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di fitrah.zakat.com.my
  3. PayHalal
  4. MyEG
  5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
  6. GoPAYZ (Dalam pembikinan)
  7. Pos Online

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP.

Johor

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM10

Kaedah pembayaran :

  1. Portal MAIJ (Fast Pay) di fitrah.maij.gov.my
  2. Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my
  3. Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my
  4. Aplikasi SnapNPay

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Johor Online Payment.

Perlis

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

Kaedah pembayaran :

  1. Portal MAIPS
  2. Menerusi 3 perbankan internet (Bank Islam, CIMB, Maybank2u)
  3. Aplikasi SnapNPay

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIPS.

Pulau Pinang

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM16

Kaedah pembayaran :

  1. Portal ZakatPenang
  2. Menerusi laman rasmi 6 buah Bank
  3. Aplikasi SnapNPay
  4. JomPAY
  5. Pos Online

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Penang.

Negeri Sembilan

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

Kaedah pembayaran :

  1. Portal zakatns2u.biz/fitrah
  2. Aplikasi ZakatN9
  3. Aplikasi SnapNPay
  4. MyEG
  5. JomPAY

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi  Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

Perak

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM14 / RM21

Kaedah pembayaran :

  1. ezakat.maiamp.gov.my/v4/
  2. QRPay Maybank
  3. Aplikasi SnapNPay
  4. Aplikasi GoPayZ (akan datang)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi  MAIAMP.

Pahang

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

  1. Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
  2. Pembayaran menerusi 12 perbankan online
  3. Pos Online
  4. MyEG

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi  Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Kedah

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM5 / RM7 / RM14 / RM21

Kaedah pembayaran :

  1. Jom Zakat – https://jom.zakatkedah.com.my/
  2. Asnaf Care – https://asnafcare.com.my/
  3. Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) – http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jom Zakat Kedah

Melaka

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM14

Kaedah pembayaran

  1. Portal izakat.com
  2. QRPay Bank Muamalat

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Melaka.

Terengganu

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

Kaedah pembayaran :

  1. FPX melalui http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
  2. Aplikasi SnapNPay

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIDAM.

Kelantan

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

Kaedah pembayaran

  1. Melalui FPX https://zakat.e-maik.my/
  2. Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
  3. Aplikasi MyMaik eZakat Payment
  4. Aplikasi SnapNPay

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIK.

Sabah

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM6 / RM7.50

Kaedah pembayaran :

  1. Portal Zakat Sabah https://appszakat.sabah.gov.my
  2. Laman sesawang 14 Bank
  3. JomPAY
  4. MyEG
  5. Aplikasi SnapNPay
  6. Pos Online

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kaedah Bayaran, Bahagian Zakat Dan Fitrah MUIS.

Sarawak

Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7

Kaedah pembayaran :

  1. Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
  2. Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak (Android sahaja)
  3. MyEG
  4. Maybank2U
  5. Aplikasi SnapNPay

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Tabung Baitulmal Sarawak.

Anda disarankan untuk menyimpan resit pembayaran sebagai rujukan pada masa akan datang. Kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online) ini akan memudahkan lagi urusan umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan kewajiban bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *