Moratorium 6-Bulan Untuk Pengguna Maybank susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) COVID-19 Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Perhatian : Artikel ini akan sentiasa dikemaskini agar maklumat yang dikongsi adalah daripada sumber yang terkini. Info dikemaskini pada 1 Mei 2020.

Bagi pengguna Maybank, anda layak mendapat moratorium 6-bulan sebagai salah satu financial relief yang diumumkan sebagai salah satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) susulan wabak pandemik COVID-19 ini.

Moratorium dalam konteks ini bermaksud ‘penangguhan’ bayaran bulanan pinjaman sehingga ke tarikh seterusnya yang dipersetujui.

Dalam kes ini, ianya meliputi penangguhan bayaran bulanan pinjaman daripada April 2020 sehingga September 2020. Oktober 2020 adalah bulan untuk anda mulakan semula pembayaran pinjaman seperti sedia kala. Tarikh akhir selesai pembayaran juga dianjak 6 bulan mengikut tempoh penangguhan.

Syarat Moratorium Maybank

  1. Tiada tunggakan lebih daripada 90 hari pada tarikh 1 April 2020. Sekiranya ada, anda perlu menjelaskan tunggakan tersebut terlebih dahulu.
  2. Pinjaman dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia (bukan mata wang asing).

Adakah Maybank menawarkan Moratorium secara automatik untuk semua bentuk pinjaman

Tidak. Hanya bentuk/produk pinjaman berikut yang termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik :

  1. Maybank Mortgage Loan/Financing-i (Pinjaman Perumahan)
  2. Maybank Personal Loan/Financing-i (Pinjaman Peribadi)
  3. Maybank Overdraft/Cash Line-i
  4. Maybank ASB Loan/Financing-i
  5. Maybank Education Loan/Financing-i
  6. Maybank SME Loan/Financing-i

Produk pinjaman berikut tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik :

  1. Hire Purchase Loan/Financing-i (Pinjaman Sewa-Beli Kenderaan)
  2. Credit Card/Credit Card-i (Kad Kredit)
  3. Charge and Corporate Card
  4. Lombard Credit, Overdraft secured against shares & stock.

Untuk produk pinjaman yang tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik, anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Sila rujuk ruangan Cara Membuat Permohonan Moratorium. Sekiranya permohonan tidak dibuat, anda perlu membuat pembayaran secara normal mengikut perjanjian sebelumnya.

Untuk pinjaman yang dibayar menerusi Auto Debit (ditolak daripada baki akaun bank setiap bulan), penolakan ini akan ditangguh secara automatik anda akan bermula semula pada Oktober 2020.

Cara Membuat Permohonan Moratorium

Sekiranya pinjaman anda tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik, berikut adalah cara untuk memohon :

Klik link berikut :

Halaman informasi Moratorium COVID-19 Maybank

Klik ‘Apply Now’.

Login akaun Maybank2u anda.

Pilih bentuk pinjaman yang terlibat, klik ‘Agree & Submit’ dan sahkan TAC sehingga proses permohonan selesai.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, boleh merujuk kepada info berikut ;

Info : Maybank Individual Moratorium FAQ
Hotline : 1300 88 6688 (Tekan *1 untuk Moratorium)
Email : mgcc@maybank.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *