Cara Menentukan Kedudukan Tangki Minyak Kenderaan

Pernah tak waktu sampai di stesen minyak dan anda nak isi minyak kenderaan. Tapi rasa tak pasti bahagian mana satu kedudukan tangki minyak kenderaan. Kiri atau kanan?

Sebenarnya ada cara mudah untuk menentukan lokasi tangki minyak kenderaan.

Lihat ‘Panah’ Pada Ikon Gambar Tangki Minyak

Rujuk ‘Panah’ pada gambar contoh di bawah.

Kedudukan tangki minyak bergantung kepada arah ‘panah’ yang ditunjukkan pada simbol tangki minyak tersebut.

Panah kecil pada ikon atau simbol minyak ini sebenarnya menunjukkan kedudukan sebenar tangki minyak kenderaan anda samada ianya terletak pada bahagian kiri atau kanan.

Tips ini ringkas, namun masih ramai lagi tidak tahu. Lebih-lebih lagi pada yang memiliki pelbagai kenderaan dengan bermacam-macam lokasi tangki minyak. nak masuk lot pam minyak pun ragu-ragu dibuatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *