Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K kalau pasang sendiri.

762-0-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Disebabkan kabinet dapur mahal sekitar Kedah ini jadi kami beli kabinet dapur IKEA dan pasang sendiri je lah. Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K.

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kabinet dapur di kedai dah survey haritu RM3.5k untuk design macam ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Jimatkan? Waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD, kalau jenis FYNDIG tak ada waranti.

Cara nak buat ;

1. Design dan susun dulu kedudukan kabinet dapur. Lukis pakai tangan je tapi pastikan guna skal yang betul, baru boleh padan.

2. Pergi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. Sebab rumah yang nak pasang KC ni di KEDAH, Jadi redah muatkan dlam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak hebat lagi, jadi terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe…

762-2-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Kos :
-Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + top (EKBACKEN) + kaki = RM1.4+k
-Hood + hob+ serombong = RM1.4k
-Upah pasang hood = RM200
-Hob tebuk sendiri
-Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

762-3-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-4-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-5-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.