Topik yang paling a�?ina�� sekarang adalah Skim Simpanan Shariah KWSP.

Kat whatsapp aku penuh cerita ni. Kalau nak ikut, segan jugak nak tulis. Tapi sekadar nak sampaikan hajat kawan-kawan yang dok PM minta pendapat (moga-moga Allah sampaikan pula hajat aku), ini aku share kan setakat yang termampu.

Here goes my version.

Sebenarnya aku pelik kenapa benda ni jadi isu besar. Aku ingatkan semua orang akan happy dan sokong bila EPF umumkan kita boleh pilih simpanan yang patuh shariah.
Rupanya aku salah. Jadi polemik pulak nak tukar ke tidak.

Bila toleh kiri kanan, macam-macamlah yang orang argue. Dan antara topik yang paling hot adalah bab return.

Semua pakat terbeliak bijik mata bila baca yang shariah ni dividennya a�?tiada kadar minimuma��. Pi banding pulak dengan conventional yang ada dividenguarantee a�?tidak kurang 2.5% setahuna��.
Jangan la panik. Relax bang. Bawak bertenang.

Macam ni. Kalau ikut Islamic principle, memang tak boleh ada guaranteed return. Alangkan esok pagi pun kita tak boleh gerenti kita hidup lagi, inikan pulak nak gerentikan untung kita pada orang.

Nak senang faham, Islamic concept ni bersifat adil. Kalau untung, kita kongsi sama-sama. Kalau rugi, kena rugi sama-sama jugaklah.

Tak acilah kalau untung, kita nak. Tapi bila rugi, kawan tu kena tanggung sorang-sorang. Kan zalim namanya tu?

Berbalik pada skim simpanan shariah tadi. Ya, betul, a�?theoreticallya�� memang simpanan kita boleh rugi dan berkurang.

Tapi jangan cepat sangat nak melatah. Yang uruskan duit kita kat KWSP tu bukannya budak baru grad yang pergi pejabat pakai tie ketat-ketat tu. Tak.

Fund manager yang EPF lantik ni semua hebat-hebat dan berpengalaman belaka.

Hang setakat acah-acah baru untung seribu 2 main saham kaunter bawah seringgit tu, tak payah nak berasa terer sangatlah. Fund manager yang uruskan duit kita ni jauh lagi power daripada tu.

Depa ada lah strategi depa sendiri macamana nak invest dan kurangkan kebarangkalian untuk rugi.

Lagipun, awal-awal lagi EPF sendiri dah initiate strategy yang prudent untuk lindungi duit kita. Antaranya asset allocation.

Sebelum tu, untuk yang tak ada background finance/investment, takpa. Rule of thumb investment ni simple je a�� high risk, high return. Vice versa.

Maknanya, kalau nak return tinggi, kena berani tanggung risiko yang tinggi. Contoh: Main judi. Memang a�?returna�� tinggi, tapi risiko nak rugi pun tinggi jugak. Nama pun judi, kan?

Kalau tak berani ambik risiko, kena puas hatilah dengan return yang rendah.Low risk, low return. Contoh: Fixed deposit (FD). Return memang guaranteed.Tapi, rendah lah. Jangan pi komplen pulak.

Ok, bila dah faham konsep risk and return ni, kita tengok balik EPF tadi.

Kalau hangpa pi website EPF, ada kat situ depa bagitau prestasi pelaburan setiap 3 bulan (quarterly). Kalau rajin nak baca annual report pun dipersilakan. Semua ada kat situ. Tinggal nak baca dengan tak nak baca ja.

Kita ambil contoh 1Q16 (Jan-Mar). EPF allocate portion investment yang paling besar sekali (52%) kat dalam fixed income market. Iaitu investment yang rendah risiko. Ha, kan tadi kita takut sangat duit simpanan kita berkurang?

Contoh fixed income instrument ni termasuklah bond kerajaan Malaysia, MGS. Kalau yang Islamic kita panggil GII (Govt Investment Issue).

Ni semua dikira sebagai investment yang berisiko rendah. Dan disebabkan risiko rendah, pulangan pun agak rendah jugaklah.

Tapi nanti kalau dapat return 1-2% saja, kita hingaq pulak kata awat rendah sangat? Ada jugaklah rasa tamak teringin nak return tinggi sikit, kan?

Sebab tu EPF allocate around 41% dalam stock market pulak.

Macam yang kita tau, stock market ni memang boleh offer return yang tinggi. Tapi ingat balik konsep risk and return tadi. Bila return tinggi, maknanya risiko?

Ya. Risiko pun tinggi jugaklah.

So, nampak tak EPF cuba untuk puaskan hati kita yang a�?penakut nak ambil risiko tapi tamak nak return tinggia�� ni?

EPF allocate 52% investment kat low risk dan 41% kat high return (balance 7% tu real estate + money market instrument).

Setakat ni boleh faham kan?

Sebab tu kita tak pernah dapat lagi dividen sampai 20% setahun. Kita buat caruman ni untuk long term, dan kita nak return yang sustainable.
Apa guna kalau tahun ni dapat dividen 20% tapi tahun depan -10% (negatif 10%), tahun lepas tu -20%?

Lebih baik kita slow and steady. Ini duit kita nak pakai lepas pencen nanti ni. Jangan buat main. Kalau rasa nak jadi adventurous jugak, nak yang return tinggi, asing duit lain, pi invest sendiri.

So, apa beza skim sekarang dengan skim patuh shariah ni?

Beza dia, tempat kita nak laburlah. Yang shariah ni kita akan invest dalam tempat yang comply shariah SAHAJA. Cara pengiraan dividen apa semua, masih sama. Jangan keliru.
Dari segi hukum pulak, bila dah ada pilihan yang comply shariah macam ni, seeloknya kita pilih dan tukarlah daripada skim sekarang. Kenapa kita masih nak pilih conventional bila kita dah ada pilihan yang patuh shariah?

Sebab takut return rendah?

Personally, aku rasa return antara current scheme dengan shariah ni takkan jauh beza. Kalaupun ada gap, taklah sebesar mana. EPF sure akan pressurepunya fund manager depa untuk meet KPI.
Lagi satu, kita nak keberkatan. Dan inilah antara cara kita nak dapatkan keberkatan dalam rezeki.

Kalau boleh, rezeki yang kita dapat tu biarlah dapat yang bersih dan suci. Bukan yang a�?nampak macam banyaka��, tapi ada je yang kena tolak-tolak sebab mungkin kurangnya keberkatan.
Btw, berbaloi sangat ke setakat untung (itupun kalau untunglah) kita staydalam conventional nak banding dengan keberkatan yang Allah tawarkan pada kita?

Dah ada pulak yang argue, betul ke skim yang baru ni betul-betul complyshariah? Ke ada udang di sebalik batu?

Kawan-kawan, bersangka baiklah. Terutamanya dalam benda yang bukan bidang kita. Kita ni siapa nak pertikaikan kredibility panel shariah tu?

Basic terms macam Wakalah, Tawarruq, Murabahah, Mad Lazim Khalimi Mukhaffaf (eh?!) pun terbelit-belit lidah nak sebut, ada hati nak cakap tuan-tuan panel tu tak cukup ilmu bab shariah compliance ni.

Yang kita condemn tu bukan calang-calang orang dia bang. Boleh baca sendiri profile depa masing-masing.

Dan bila depa dah sanggup pegang jawatan tu, maknanya depa sangguplah nak menjawab kat akhirat nanti kalau ada yang tak betul.

Bayangkan betapa beratnya tanggungjawab depa. Hang yang cakap banyak sangat ni sanggup nak ganti tempat depa?

Kat website EPF depa dah sediakan ruangan FAQ. Boleh pi baca kalau betul nak faham isu ni. Contohnya bila kita tukaq pi simpanan shariah, dividen yang sebelum-sebelum ni perlu disucikan ke tak?

Jawapan dia dah ada kat sana. Pi baca. Aku bagi homework kat hangpa. Jangan cuma baca dan percaya bulat-bulat yang kita dapat dalam whatsapp tu saja.

Jadi, yang mana yang belum tukar lagi tu, jom kita pi buat. Moga-moga Allah pandang usaha kita. Alah, sekejap je pun bendanya.

Dan alang-alang nak pi EPF tu, bolehlah semak sekali berapa dah dok ada dalam akaun 1 & 2 hangpa.

Kalau dah berkepuk sangat dalam tu, withdraw la sikit untuk kurangkanoutstanding hutang rumah. (Kot la hangpa pun macam aku, stress dok tengokbalance hutang rumah tak luak-luak lagi. Haha).

Last but not least, yang tak daftar haji lagi, boleh jugak ambil kesempatan pi EPF ni buka account dan masuk queue untuk pergi haji.

Nanti kat EPF, print latest statement (kat kiosk tu pun boleh). Lepas tu bawa statement tu pergi Tabung Haji, cakap nak daftar haji.

Kelebihannya, tak payah la kumpul duit minimum RM1,300 dulu baru kita nak daftar pi haji.

Bila dah bawak statement EPF tu, Tabung Haji tau la kita ada duit dalam EPF. Jadi bolehlah mula queue dah. Nanti kalau sampai giliran, kita boleh jugak keluarkan duit EPF tu untuk bayar keperluan haji.

Tu je la kot yang aku mampu nak share dengan hangpa. Sekian. Semoga bermanfaat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.