Resepi Bubur Ayam. Bubur ataupun porridge seringkali dikaitkan dengan makanan orang ketika sakit. Betul tak? Tapi tahukah anda bubur boleh menjadi makanan yang sangat versatile. Ia boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Malah bayi pun mula belajar makan dengan bubur kosong. Kebiasaannya bubur dimakan pada waktu sarapan, tetapi bubur bukan sahaja setakat untuk makan pagi. Lihat saja di McDonalda��s, bubur ayam adalah menu tetap untuk makan tengahari dan makan malam. Malah untuk outlet McD 24 jam, ia ditawarkan untuk sepanjang hari!

Mari kita lihat resepi bubur ayam yang sedap, ringkas dan mudah untuk disediakan.

Bahan Memasak Bubur Ayam

  1. 1 1/2 cawan beras
  2. 1 biji lada merah
  3. 1 inci halia a�� dihiris halus
  4. bawang goreng
  5. sedikit isi ayam a�� dipotong kecil atau dadu
  6. pati ayam secukup rasa (stok ayam)
  7. sup sayur adabi atau perasa pilihan anda
  8. sedikit minyak bijan (optional)
  9. sedikit garam
  10. sedikit air
  11. sedikit daun bawang dan sup a�� dihiris

Cara Memasak Bubur Ayam

Rebus ayam terlebih dahulu. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi dan juga sebagai kuah bubur.

Bila ayam sudah empuk, asingkan ayam dan air rebusan ayam.

Masukkan beras dan masak nasi dengan air rebusan ayam tadi.

Anda boleh gunakan pati ayam (stok ayam) untuk menggantikan air rebusan ayam tadi. Kalau masak bubur untuk bayi dan kanak-kanak, gunakan stok ayam yang tanpa garam dan MSG. Ianya lebih baik untuk kesihatan.

Kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi menjadi kembang dan lembik.

Masukkan juga serbuk perasa seperti sup sayur adabi untuk menambahkan aroma bubur.

Bila sudah masak dan menjadi bubur, masukkan halia, garam dan hirisan daging ayam ke dalam bubur.

Sebelum dihidang, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah dan daun bawang atau daun sup serta titiskan sedikit minyak bijan. Letakkan juga sedikit telur masin, kacang dan ikan bilis goreng jika anda suka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.