Bismillah. Hari ini ramai yang tunggu sebab resepi ini sangat marvelous, berbaloi buat sendiri berbanding beli. Cuma olahan resepi penulis ikut kesukaan anak-anak yang tak suka kulit crepe terlampau nipis atas sebab cepat muak lebih makan krim saja. Jadi siapa-siapa yang nak follow boleh cuba.

Kalau nak beli selalu memang alamatnya botaklah lagi-lagi yang anak-anak ramai sebab biasanya durian crepe ini dijual dalam harga RM6 untuk 3 ketul. Itu pun kecil punya. Kalau mahu besar mahu RM5 seketul.

Ini caranya nak buat homemade Durian Crepe

Bahagian Isi Durian

First kena ada isi durian. Disarankan filling dia guna isi sebenar berbanding custard sebab lebih nikmat makan perghh manis die sejati!

duriancrepe3

Carik-carikkan durian dan lenyek pakai garfu. Sekiranya perlu, boleh letak pewarna ikut kesukaan masing-masing.

duriancrepe4

Bahagian Whipping Cream

Allright, ini whipping cream, jangan salah beli. Kena beli yang non-dairy punya sebab dia dah manis dan tak mudah cair. Sekotak ni RM12 boleh dapat seguni crepe hah kau. Jimat.

duriancrepe5

Ambil satu cawan whipping cream tadi dan kacaukan kental sampai jadi macam rajah di bawah ini, baru tak mudah cair filling crepe dia.

duriancrepe6

Bahagian Crepe (Kulit)

Okay ini bahan-bahan crepe pula;

3 sb tepung gandum
3 sb tepung ubi
1 sb1/2 tepung jagung
1 sb tepung custard
1/2 cawan susu segar bg suam
3/4 cawan air paip(3/4 ni dekat2 penuh ah ko tu pon xpaham)
1 sk pewarne kuning lemon
1 biji telur semua dan 1 biji kuning sahaja
Sedikit garam dan esen vanila
1 sb gule halus
1 sb minyak
Nota : *sb merupakan sukatan standard mengikut sudu baking. Boleh dibeli di kedai bakeri sudu tersebut.

Whisk‘kan semua dan tapis.

duriancrepe7

Nota tambahan : Kalau siapa-siapa suka kulit crepe nipis, air tadi tambahkan, lengkapkan jadi satu cawan.

duriancrepe8

Sekarang panaskan kuali non-stick (Kena pakai kuali non-stick, yang takde di rumah jangan berangan nak buat memang tak boleh sebab dia letak dan akan jadi roti canai. Haha. Beli murah punya dulu, RM19.90 kat pasaraya pun ada.)

duriancrepe9

Cara dia, panaskan kuali, dah panas angkat kuali dan jangan tuang masa dekat api sebab nanti permukaan dia akan jadi tak berkilat. Jadi, jauhkan kuali daripada api terlebih dahulu dan tuang adunan, goyangkan sikit kuali untuk ratakan crepe tersebut. Masak satu bahagian permukaan sahaja kemudian terus terbalikkan ke atas pinggan.

Cara melipat adalah bahagian tak kilat duduk bahagian dalam dan yang berkilat di luar. Okay, letak whipping cream dan isi durian seperti gambar di bawah. Lipat atas, bawah, kanan dan kiri.

duriancrep11

Okay done. Susun cantik-cantik.

duriancrep12

Perghh rasa tip top meletop kebabom makan gerenti tutup pintu rapat-rapat takut jiran datang pow. Selamat mencuba.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.