Peraturan Baru AirAsia 2018 Terhadap Penggunaan PowerBank dalam Pesawat
Published by • Fesyen • August 10, 2018 12:50 am

Terkini tular di media sosial mengenai satu memo daripada pihak AirAsia menyatakan larangan penggunaan Powerbank untuk semua penerbangan.

Terkandung dalam memo tersebut juga menyatakan penumpang tidak dibenarkan membawa Powerbank berkapasiti melebihi 20,000mAh serta dikehendaki mengambil langkah tambahan termasuk memisahkan dan menutup terminal yang terdedah, serta memisahkan bateri dengan beg pelindungnya.

Sekiranya anda bakal terbang dengan AirAsia, usah risau, kerana penumpang masih lagi dibenarkan menggunakan Powerbank ketika penerbangan.

Ya, masih boleh bawa Powerbank

Ini berikutan pihak AirAsia sudah pun mengeluarkan satu lagi kenyataan terbaru mengesahkan bahawa peraturan tersebut sudah ditarik semula.

Ringkasnya, tidak ada sebarang larangan untuk menggunakan Powerbank buat masa ini dan anda boleh cas telefon atau tablet ketika penerbangan.

Syarat bawa Powerbank menaiki Pesawat

Dan seperti biasa, penumpang masih lagi terikat dengan peraturan ini.

  1. Penumpang perlu membawa naik Powerbank tersebut bersama ke atas kapal
  2. Penumpang tidak dibenarkan meninggalkannya di dalam bagasi yang didaftar masuk

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada AirAsia bakal menguatkuasakan peraturan ini semula pada masa hadapan.

Larangan penggunaan Powerbank ini bukanlah satu perkara baru dalam industri penerbangan. Sebagai contoh, di China kebanyakan syarikat penerbangan melarang sepenuhnya penggunaan Powerbank ketika penerbangan dan mereka juga mengenakan had kapasiti, sebagai contoh maksima 20,000mAh untuk Powerbank yang dibawa naik ke atas kapal terbang.

Sumber : PlacesAndFoods

Tags: ,

Categorised in:

This post was written by MH