Kebanyakan pengguna peranti Apple Iphone daripada pelbagai generasi sememangnya akan mengalami masalah kehabisan kuota Internet dengan cepat berbanding peranti lain.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, peranti Iphone banyak menggunakan data secara tidak langsung untuk kegunaan sistem operasinya. Namun sekiranya dikawal dengan baik, ianya banyak membantu dalam menjimatkan kuota Internet bulanan anda.

Ikuti langkah ini untuk mengatasi kebocoran data Internet pada Iphone anda;

Pilih dan benarkan aplikasi yang kerap digunakan sahaja untuk menggunakan data internet

  1. Pergi ke ‘Setting’ > ‘Cellular’ > ‘Use Data Cellular For’
  2. Matikan serta pilih hanya aplikasi yang digunakan.

Tutup konfigurasi muat turun aplikasi automatik

  1. Caranya, pergi ke ‘Setting’>’ITunes & App Store’
  2. Matikan ‘Use Data Cellular’

Tutup konfigurasi ‘Refresh Apps Background’

  1. Caranya, pergi ke ‘Setting’ > ‘General’ > ‘Refresh Apps Background’
  2. Pilih ‘Disable Refresh Apps Background’.

Tutup konfigurasi ‘Push Notification’ di Mail

  1. Caranya, Setting > Mail, Contacts, Calendar > Take New Data
  2. Matikan ‘Push Notification’

Matikan juga dalam aplikasi yang menggunakan muat turun automatik di WhatsApp

  1. Caranya, buka aplikasi Whatsapp
  2. Pergi ke ‘Setting’ > Sembang & Panggilan > Muat Turun Automatik Media
  3. Tukarkan Imej Audio dan Video kepada WiFi sahaja.

Tutup konfigurasi streaming video secara automatik di Facebook

  1. Caranya: buka Facebook > pergi ke 3 line di kanan > Tetapan > Tetapan Akaun > Video dan Foto >
  2. Matikan semua muat naik HD pada video dan foto
  3. Klik auto main
  4. Pilih a�?Jangan Mainkan Video Secara Automatika�?

Jika anda menggunakan YouTube dari data, lupakan saja.

  1. Hanya gunakan WiFi apabila ingin membuka video daripada Youtube serta video lain.

Untuk pengguna iOS9, anda wajib menutup Wi-Fi Assist.

  1. Caranya: Setting > Cellular
  2. Skrol sampai jumpa Wi-Fi Assist > Turn Off jika terbuka

Matikan juga FaceTime.

  1. Caranya: Setting > Facetime
  2. Matikan jika terbuka.

Matikan iCloud Drive di Setting

  1. Caranya: Setting > iCloud > iCloud Drive
  2. Matikan jika terbuka.

Dayakan Restriction dan matikan data di dalam bahagian itu.

  1. Caranya, Setting > General > Restriction > Enable Restriction >
  2. Masukkan 4 nombor keselamatan > masukkan sekali lagi 4 nombor keselamatan > Mobile Data Used di Allow Changes > pilih Dona��t Allow Changes.
  3. Pastikan jangan matikan Restriction dalam ini.

(Minor) Gunakan hanya untuk 2G saja.

  1. Caranya: Setting > MobileA�Data > Voice & Data > tick pada 2G. Perhatian : Langkah ini akan menyebabkan capaian internet anda perlahan kerana ianya hanya menggunakan data 2G sahaja.

Selamat mencuba.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.