Cara Buat Penggantian Kad Bank Baru hanya melalui Maybank2U

Tahu tak ada cara mudah untuk kita dapatkan kad bank Maybank tanpa perlu beratur di kaunter? Terima kasih kepada tuan Faiz Faizun kerana berkongsi tips ini menerusi laman Facebook‘nya. Ikuti langkah ini.

1. Login ke akaun Maybank2U masing-masing, pilih ‘Card Management’ atau just klik gambar ‘Replace your Maybank Debit Card via M2U’.

2. Untuk jenis kad, dalam kes ini adalah ‘ATM/Debit Card’.

14322212_1406720379346074_720745420266868391_n

3. Pastikan jenis dan nombor kad semasa anda, dan klik “Replace Card”

14457443_1406720372679408_2557996633818122916_n

4. Lengkapkan maklumat penghantaran (alamat anda) dan klik ‘Continue’.

14520559_1406720376012741_1441228379451727774_n

5. Sila pastikan alamat adalah betul dan “Request for TAC” untuk pengesahan, seterusnya klik ‘Confirm’.

14520559_1406720376012741_1441228379451727774_n

6. Selesai! Kad baru anda akan dihantar dan diterima dalam masa 2 minggu bersamaan 14 hari. Sila ‘Print receipt’ sebagai rujukan dan simpanan akan datang.

14523194_1406720439346068_411663944030024177_n

7. Tadaaaaa… kad dah diterima… Tiba masa untuk aktifkannya…

14523194_1406720439346068_411663944030024177_n

3 Langkah Mudah Lajukan Telefon Android Anda

Nak smooth dan lajukan telefon android anda? Ini salah satu cara yang awesome, simple and free tanpa perlu risau apa-apa kerana ia tidak menghilangkan data telefon.

Tapi sayangnya tak ramai yang tahu tentang teknik ini. Kedai handphone pun belum tentu tahu setting ini.

Langkah 1

  1. Pergi ke bahagian ‘Settings’.
  2. Klik ‘Developer options’.

Jika telefon anda tiada ‘Developer options’ (sebab hidden), anda boleh follow cara dibawah ini:

  1. Klik ‘About Phone’.
  2. Cari ‘Build Number’.
  3. Tekan 5 kali ‘Bulid Number’ (atau sampai ‘prompt you are now in developer option’).
  4. Kembali ke ‘Settings’.

Langkah 2

Anda perlu ubahsuai tetapan di 3 bahagian, iaitu:

a. Window animation scale
android-5

b. Transition animation scale

c. Animator duration scale

Semua diatas ini boleh pilih sehingga .5X. Point 5X tau, bukan 5X.

Langkah 3

Dah selesai! Cubalah. Tiba-tiba anda akan rasa macam ada sinar bahagia tau.
Share artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda. Mungkin ramai yang memerlukannya.

Ketahui pilihan pembiayaan bank terbaik buat diri sendiri

Dah tengok dan dah pergi tanya semua bank dah? Puas fikir mana yang paling terbaik untuk korang?
Masih lagi tak jumpa yang manalah bank paling bagus nak ambil ni?

Kali ni saya nak kongsi macam mana panduan korang Nak Pilih Pembiayaan Bank yang Terbaik buat diri sendiri.

Ada caranya yang penting kena ambil tahu dan wajib ambil peduli :

Pastikan Pembayaran Islamik

perbankan-islam

Kalaulah korang rasa ini sama saja macam pembiayaan konvensional korang silap. Bank ni siap lantik panel syariah lagi nak memastikan yang mereka dapat tawarkan pinjaman islamik yang patuh syariah.

Senang-senang saja korang cakap ini agenda yahudilah itula inila. Baik korang tanya diri sendiri kenapa panel syariah tu tak jemput korang sebagai panel mereka. Ha yelah korang yang tengah baca ni. Muhasabah balik. Huhu

Effective Rate Paling Rendah

Tak tahu apa itu Effective Rate?. Dia macam ni. Katakanlah pakej pinjaman korang dinyatakan BLR – 1.8%. Effective rate korang ialah (BLR 2016 = 6.6%) so jadilah 4.2%.

So yang ni lah kadar keuntungan (sebab bank islamik dipanggil kadar keuntungan) bulanan yang korang perlu bayar.

Pilih yang takda Lock-In Period

Lock-In Period ni macam perjanjian pinjaman masa korang mohon “loan”. Katakanlah ada “lock-in period” 3 tahun, maka dalam masa 2 tahun dari tarikh perjanjian, kadar BLR naik maka korang tak boleh tukar pakej pinjaman.

Bila tak boleh tukar, jika kadar BLR naik maka bayaran bulanan korang pada bank pun meningkatlah. Kalau dulu bayar RM1500 bulanan sekarang mungkin kena bayar RM2000 bulanan.

Ambil “Full Flexi” Pinjaman

Pinjaman akan jadi “fleksibel” dan korang boleh manipulasi tempoh bayaran, kadar keuntungan dan banyak lagi perkara lain.

Ambil Tempoh Pinjaman yang Paling Lama

Lagi lama lagi bagus sebab korang boleh minimumkan kenaikan Debt Service Ratio (DSR @ Kadar Keberhutangan) dekat CCRIS korang.

Pastikan ambil takaful MLTT atau MRTT

Senang cerita kalau apa-apa jadi pada penama (siapa yang beli rumah tersebut) misalnya meninggal dunia nanti takaful ni yang akan langsaikan hutang korang dengan bank.

Jadi tanggungan terus jadi hak milik tanpa mewarisi hutang penama sebab tu penting ambil tahu.

Masukkan Yuran Guaman dalam Perjanjian Pembiayaan Rumah

Yang ni untuk korang yang nak berjimat. Kalau ada bank yang tawarkan memang best. Tak payah lah korang keluarkan duit tunai masa mula-mula nak beli rumah. Boleh la belanja saya makan ayam golek. Huhu

Ini antara panduan yang korang wajib tahu dalam memilih bank yang terbaik. Ada bank yang ada bahagian tu tapi takda bahagian ni. Korang balik buat kira-kira sendiri. Hanya korang saja yang tahu kewangan korang macam mana. Pokok pangkalnya korang saja yang tanggung samada untung atau rugi.

Cara pam minyak kenderaan menggunakan kad debit tanpa caj deposit RM200 dipegang pihak bank

Kemaskini : Cara ini hanya boleh digunakan pada Stesen PETRON sahaja.

Pernah tak isi minyak kenderaan guna kad debit di pam stesen minyak? Kalau pernah, tahu tak jumlah pra-kelulusan menggunakan kad adalah berjumlah RM200?

Jumlah RM200 tu akan di’pegang’ oleh bank sehingga pihak bank pulangkan baki isi minyak anda semula dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Sebagai contoh, anda isi minyak, duit dalam kad tersebut akan ‘hilang’ RM200, anda isi sehingga jumlah RM17.00 (10 Liter RON95). Bank akan pulang duit baki RM183.00 dalam 3 hari waktu bekerja berikutnya.

RM183 banyak tu.

Di sini kami nak share bagaimana menggunakan kad debit untuk pam minyak kenderaan tanpa di’pegang’ RM200 oleh pihak bank.

Caranya;

1. Klik PRESET pada skrin pam tersebut.
2. Tekan jumlah nak di isi. Contohnya RM52.
3. Masukkan kad bank tu.
4. Tunggu kelulusan.
5. Setelah lulus, keluarkan kad bank itu, masukkan pula kad PETRONMILES untuk kumpul point (sekiranya ada).
6. Angkat pam dan isi seperti biasa.
7. Sekiranya minyak kereta atau motosikal dah penuh sebelum sampai jumlah yang dah di’set tadi, letak sahaja pam itu pada tempat asal. Duit baki? Jangan risau, bank akan pulangkan 3 hari waktu bekerja berikutnya.
8. Bila dah letak balik nozel pam tu kat tempat asal, jangann lupa ambik resit sebagai rujukan.

Bank akan potong jumlah yang anda set tadi. Tak payah nak potong smpi RM200 bagai.. takut duit tak cukup lak nk guna sementara nak tunggu bank pulangkan duit baki semula. Huhu…

Harap dapat faham ya sapa yang guna kad debit untuk isi minyak kat pam. Share artikel ini pada kenalan yang selalu isi minyak guna kad debit di stesen minyak.

Begini cara untuk ‘jump start’ kereta anda dengan betul

Jangan tersilap langkah apabila cuba untuk ‘jump start’ sesebuah kenderaan. Ini cara yang sebetulnya.

Dahulu kita diajar sambungan wayar ‘jumper‘ negatif ke negatif dan positif ke positif. Namun pasti terkejut rupanya apa yang kita belajar dahulu merupakan cara salah dan berisiko.

Tertanya-tanya mengapa kabel negatif perlu disambungkan kepada chassis (yang tidak bercat) ataupun blok enjin kenderaan?

Mengikut kajian, penyambungan di atas membolehkan motor penghidup (starter) menyalurkan cas negatif kepada chassis dan blok enjin. Sekiranya kita sambungkan kabel negatif secara terus pada terminal bateri sepertimana yang kita buat dahulu, risiko rintangan antara terminal bateri dan motor penghidup boleh berlaku yang akan menghasilkan ‘spark dan pelepasan gas Hidrogen daripada bateri yang bermasalah.

Worst scenario, ianya boleh menyebabkan letupan dan kecederaan. Bahaya tu.

Cara Bijak Memendekkan Hutang Kereta Daripada 9 Tahun Kepada 5 Tahun Sahaja

Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada tu bila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Yelakan, belajar sampai universiti, kerja bagus takkan pakai motosikal je. Nak ngorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi. Barulah senang nak angkut awek ye dak?

Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama.

Ini adalah pelan ataupun idea jika kau orang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

1. Kau orang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja kau orang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.

2. Katakan kau orang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau kau orang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.

3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen kau orang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta kau orang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la kau orang cari ye.

4. Jika ansuran bulanan kereta kau orang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh kau orang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.

6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150

7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.

Itu sebab kau orang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.

Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.

Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji kau orang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya kau orang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?

Kau orang kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.

Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika kau orang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.

Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!

Beli hartanah dahulu dan kau orang mampu beli kereta. Tapi kau orang beli kereta dahulu belum tentu kau orang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.

Kalau kau orang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian kau orang masa zaman muda.

Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke kau orang. Kau orang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Kalau kau orang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun kau orang dapat besi buruk jeeee. Kah!

Silakan share jika manfaat.

Pairing Loan ASB Untuk Langsai Hutang Hartanah, Ini Respon Pakar Kewangan

Artikel ini diterbit semula daripada blog Pakdi milik Tuan Suzardi Maulan.

Ramai yang tanya aku pasal pairing ASB dan hartanah.

Ada yang minta opinion aku okay ke tidak ?

Berkenaan dengan teknik beli rumah under construction RM 350 ribu + ASB loan RM 200 ribu + ASB2 loan RM 140 ribu seorang.

Sila rujuk: Bagaimana Ingin Membayar Hutang Rumah Selama 4 Tahun Tanpa Komitmen Tambahan

Macam ini lah.

Ini adalah pendapat aku, yang korang nak tau sangat.

Pendapat aku tiada kena mengena dengan orang lain terutamanya Khariul Ezuwan Yusof (KEY). Jangan korang ingat aku bermusuh pulak dengan KEY. Kita orang boleh melepak dan duduk semeja tanpa ada masalah.

Dari sudut kiraan, memang ok lah korang nak pairing kan dengan ASB dan hartanah. Unit under construction, 3 tahun dalam construction period, dan 4 tahun lepas tu korang boleh settle kan hutang.

Aku lebih concern pada total loan yang korang buat iaitu:

  1. Housing loan RM 350 ribu
  2. ASBloan; RM 200 ribu seorang (total RM 400 ribu)
  3. ASB2loan; RM 140 ribu seorang (total RM 280 ribu)
  4. EPF akaun 2; RM 13 ribu dijadikan bayaran bulanan ASB loan

Cuba korang total kan, berapa total loan korang ?

Total loan ASB, + loan ASB2 + housing loan adalah RM 1.03 juta. Syabas, sudah RM 1 juta loan korang tu.Power bukan ?

Dalam keadaan ekonomi sekarang, adakah korang nak berpusu pusu nak kejar loan yang tinggi, atau commitment yang tinggi, dengan keadaan banyak company yang buang pekerja.

Bila total loan begini:

  • Korang tidak di kira high commitment ke, atau,
  • High exposure ke, atau,
  • Bukan high risk ke.

Cuba tengok kat list, berapa kadar kenaikan orang yang kena bankrupt ?

  • Bagaimana dengan risk ?
  • Projek tersebut delay, atau pun terbengkalai ?

Progress payment korang kena tanggung sehingga lah property siap. Pastikan korang bebetul pilih developer yang strong.

Kalau korang boleh handle loan ini selama 7 tahun, korang proceed lah.

Opportunity Cost Pairing Loan ASB Hartanah

Personal opinion aku.

7 tahun korang hadap satu housing loan. Dalam tempoh masa tu dah tak boleh nak buat benda lain . Stuck. Itu bukan game aku.

Aku lebih suka pikirkan dari sudut opportunity loss. Instead of korang buat gitu, kalau korang buat gini apa korang dapat ?

Aku lebih suka:

  • Pegang benda yang siap.
  • Benda yang murah.
  • Loan dalam atau bawah RM 200 ribu.
  • Risk yang rendah.
  • Lokasi hartanah yang lain-lain tempat.

Kalau korang layak loan RM 1 juta, 5 buah rumah korang boleh beli.

  • Cuba kira berapa cash flow sebuah rumah.
  • Cuba kira berapa capital appreciation selepas 7 tahun nanti.

Disiplin Untuk Tidak Guna Agihan Pendapatan ASB

Apa pun kita nak buat, displin perlu ada.

Dividen ASB korang depan mata, korang tahan ke tak nak guna dan dicompound kan sahaja 7 tahun ?

Hahahaha

Kalau korang boleh tahan tengok jer dividend tu, aku memang respect lah.

Biasa nye dividend dah boleh keluar je, korang dah terpacak depan bank. Korang dah berangan nak tukar telefonlah, bercutilahlah, tukar handbag lah,sport rim lah. nak tukar kereta lah, nak bayar duit road tax lah, itu lah dan ini lah.

Apa pun, atas paper memang cantik lah bro. Semua boleh tapi bab displin nanti ke laut, bab praktikal hancur.

Okay lah. Setakat ini saja aku boleh komen.

Sekali lagi, jangan salah ertikan apa yang aku cuba sampaikan, dah korang tanya pendapat aku kan.

To A Man With Hammer, Everything Looks Like A Nail

Benda normal lah geng.

  • Korang jumpa budak unit trust, diorang cakap unit trust lagi bagus.
  • Kalau jumpa budak insurance, insurance lah segala-galanya.
  • Korang tanya geng emas, emas lah terbaik
  • Kalau korang tanya geng hartanah, hartanah lah the best.

Apa saja input yang korang dapat, rasional kan balik, adakah bersesuaian dengan financial kita ?

Cukup lah ni. Aku nak layan tangga kontena. Kontena buruk. Tangga pun DIY.

Tak Forecast Figure

Cara aku memang gini.

Aku tak tekankan forecast figure.

7 tahun ke, 10 tahun ke. Walaupun aku boleh forecast dengan baik berdasarkan pengalaman aku involve dalam hartanah lelong dan homestay dari 2008 lagi.

Kalau Aku Nak Claim

Kalau nak cerita teknik.

Cara yang dah apply.

Real case study yang aku dah buat. Aku boleh claim dapat

  • Free rumah.
  • Free kereta.
  • Free motor besar.
  • Apa saja nak free pun boleh.
  • Free jam branded.

Semua tu aku boleh claim sebab semua tu dah pun aku dapat.

Tapi untuk apa semua itu, sekadar nak poyo. Nak bangga diri cipta teknik itu ini. Ada kalanya, yang utarakan dan ketengahkan teknik tu pun tak buat seperti mana yang ditunjukkan.

Hahaha.

Jangan Ikut Orang

Yang kesian nya:

  • Yang baru baru ini
  • Yang newbies ini

Beria ikut teknik itu ini, Sekarang ini trend mudah terikut ikut tanpa faham apa yang dibuat.

Yang penting pada aku adalah rajin.

Pokok pangkal nya adalah korang rajin atau tidak. Apa usaha korang untuk capai apa korang ingin kan ? Bukan sekadar conteng conteng di atas kertas saja, pusing sana, pusing sini.

Hati-Hati Dengan Interest Bank

Benda related pada interest rate bank ini.

Perlu berhati-hati.

Interest naik sikit jer, tengok effect dia kat loanRM 1 million korang tu. Hakhakhak.

Pilih Benda Depan Mata

Aku lebih suka yang thrill.

  • Ke sana sini.
  • Explore benda baru.
  • Pegang benda yang tangible.
  • Benda dah ada depan mata.
  • Bukan future value.

Apa yang penting adalah kita usaha dan buat yang terbaik untuk cash flow kita.

Siapa Nak Buat, Selamat Mencuba

Pada dah apply teknik pairing ini,

Selamat mencuba.

Kita jumpa lagi 7 tahun akan datang. Dan dalam tempoh masa tersebut. Yang pastinya aku atau student yang lain dah berapa buah rumah sudah kitacommit dan rasa hasilnya. Sedangkan korang just hadap lah satu housing loan dan ratus ribu ASB loan.

Cara kita memang berbeza

Terpulang kat masing masing untuk menilai nya.

Sekian saja pendapat peribadi dari budak runner.

Jangan disalah ertikan.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Langsai Hutang Rumah Dalam 4 Tahun Tanpa Komitmen Tambahan

Artikel ini dikongsi Tuan Khairul Ezuwan menerusi akaun Facebook miliknya.

Sudah lama tak bagi idea teknik menarik, Anda nak saya tunjukkan anda beli rumah high rise under construction buat pembiayaan RM315K. Lepas rumah siap, sewakan 4 tahun dengan pulangan sewa yang negative cash flow. Tapi dalam masa 4 tahun itu pembiayaan rumah itu akan habis dibayar tanpa ada komitmen tambahan. Hanya komitmen bayar rumah tu sahaja. Orang lain bayar 35 tahun, kita bayar 4 tahun sahaja. Bagaimana? Anda nak tahu teknik ini? Anda pasti terkesima.

Membeli Rumah

Saya bagi contoh anda suami isteri joint applicant membeli sebuah rumah apartment dalam pembinaan yang berharga RM350K. Banyak pembangunan seperti ini yang kita boleh dapat banyak diskaun hingga tidak perlu mengeluarkan 10% deposit & kos-kos lain seperti S&P & Financing agreement. Jadi, kita dapat pembiayaan penuh berjumlah RM315K . Tempoh pembiayaan 35 tahun, ansuran bulannya adalah RM1500. Biasanya akan siap dalam tempoh 3 tahun.

Hantar Pembiayaan ASB

Selepas sahaja dimaklumkan pembiayaan rumah anda lulus, terus hantar pembiayaan ASB anda suami isteri RM200K setiap orang untuk tempoh pembiayaan 30 tahun, anda layak untuk dapatkan kadar 5.0%. Ansuran bulanan setiap seorang RM1075 .

Setahun perlu bayar RM12,900. Katakan EPF Acc 2 anda suami isteri ada RM13,000 setiap seorang, selepas sain S&P rumah, anda suami isteri mohon pengeluaran EPF semua RM13,000 tersebut setiap seorang. Gunakan wang tersebut untuk bayar setahun pembiayaan ASB tersebut . Dalam fikiran anda perlu set dividen yang akan anda terima, akan digunakan rolling bayaran ansuran tahun berikutnya sehingga tempoh 7 tahun.

Hasil dalam 7 tahun ASB

Dividen tahun ke-7 = (RM200K x 7.25%)= RM14,500
Baki selepas rolling installment setiap tahun = (RM14,500 RM12,900) = RM1600 x 6 tahun = RM9600
Cancel pembiayaan ASB = Sijil RM200K RM176K(baki pembiayaan) = RM24,000

Jumlah = RM48,100
Suami + isteri = RM48,100 x 2
Jumlah Besar = RM96,200

Komitmen

Hantar sekali permohonan pembiayaan ASB2 RM140K setiap seorang untuk tempoh pembiayaan 30 tahun sama satu masa dengan pembiayaan ASB. Komitmen bulanannya adalah RM750 setiap seorang. RM750 x 2 = RM1500 (sama dengan ansuran pembiayaan rumah). Anda perlu set komitmen ini untuk tempoh 7 tahun tanpa sentuh dividen tahunan. Anggap ini adalah komitmen anda membayar rumah tersebut dari awal anda membelinya walaupon kalau diikutkan keuntungan pembiayaan rumah anda perlu dibayar mengikut progresif

Hasil dalam 7 tahun ASB2

RM140K dividen compounding 7.05% selama tempoh 7 tahun adalah RM85,500

Batalkan pembiayaan ASB selepas 7 tahun = Sijil RM140K RM123K baki pembiayaan = RM17,000

Jumlah = RM102,500
Suami + isteri = RM102,500 x 2
Jumlah Besar = RM205,000

Keuntungan

Dalam tempoh 3 tahun sebelum rumah siap , anda perlu bersiap siaga dengan satu komitmen bertindih iaitu keuntungan progresif atas pembiayaan rumah. Tetapi bayarannya tidak mahal, yang mahal sedikit waktu dihujung-hujung hampir siap nanti.

Membuat Ansuran Bulanan

Selepas 3 tahun, rumah anda siap, anda sudah mula perlu buat ansuran penuh bayaran bulanan RM1500 untuk tempoh 35 tahun. Lama sangat kan. Baik, sejurus dapat kunci rumah, katakanlah anda hanya dapat menyewakan rumah tersebut cuma RM1,000, lagi RM500 sebulan anda boleh gunakan pengeluaran bulanan EPF untuk pembayaran.

Maka rumah anda tidak menggunakan duit poket anda sendiri untuk membuat sebarang bayaran. Sasaran untuk sewaan tersebut selama tempoh 4 tahun. Jumlah pembiayaan asal rumah anda adalah RM315K. Baki pembiayaan rumah anda selepas 4 tahun buat bayaran ansuran penuh adalah RM299,000.

Lihat Baki Pembiayaan

Sekarang anda lihat baki pembiayaan rumah anda waktu ini RM299,000. Banyak lagi kalau nak habiskan. Lagi 31 tahun sekurang-kurangnya.

Baik, sekarang lihat jumlah tunai yang ada ditangan anda waktu ini.

ASB = RM96,200
ASB2 = RM205,000

Jumlah = RM301,200

Cukup tak duit itu nak buat full settlement rumah anda? Cukup kan.

Saya andaikan kenaikan harga rumah cuma 3% setahun. Maka nilai rumah itu waktu tersebut adalah RM420K. Bayangkan waktu tersebut anda mempunyai satu aset tanpa hutang yang berharga RM420K. Jika anda perasan, melalui semua langkah yang saya tunjukkan di atas, komitmen setiap orang suami isteri cuma RM750 sebulan sahaja sepanjang tempoh tersebut.

Kalau anda fikir ASB itu biasa, anda silap sebab anda belum kenal keluarbiasaannya. ASB Financing bukan menggalakkan berhutang tetapi satu cara penyelesaian hutang yang lebih cekap.

Cara Bayar Pinjaman Kereta Online menerusi Maybank2u

Maybank merupakan antara institusi perbankan yang menjadi kegemaran selain CIMB di Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata orang memiliki akaun di bank ini. Ia menawarkan pelbagai pinjaman untuk orang awam. Salah satunya adalah pinjaman pembelian kereta (Hire Purchase).

Artikel ini berkongsi cara bagaimana untuk membuat pembayaran bagi pinjaman kereta secara dalam talian menerusi Maybank2u.

Untuk kes ini, pengguna membuat pinjaman sewa-beli kenderaan menggunakan Maybank.

Login ke akaun Maybank2u

Layari halaman web Maybank2u

Login seperti biasa menggunakan username dan password

Pilih Pembayaran Untuk Pinjaman Hire Purchase

Pilih ‘Accounts & Banking’

Pilih ‘Bill Payment’ pada menu kiri seperti di bawah

Buat pilihan ‘Make A One-off Payment’

Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ dan klik ‘Continue’

Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ dan klik ‘Continue’

Masukkan No. Plat kenderaan anda (Contoh ABC1234) dan klik ‘Continue’

Buat semakan nama peminjam sama ada betul atau tidak. Sekiranya betul, klik ‘Continue’

Masukkan amaun yang ingin dibayar. Pilih akaun bank yang mahu digunakan pada ‘From Account’. Klik ‘Continue’

Masukkan TAC dan selesai. Simpan resit sebagai rujukan masa hadapan.