Ini 10 Perkara Yang Boleh Menjejaskan Kemampuan Otak Anda

Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga badan iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.

Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.

Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

Terlebih Makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.

Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan ,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.

Ini mengakibatkan mengantuk, malas & hilang daya fokus

Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein & nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat.

Menghidu Udara Tercemar

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.

Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

Tidur Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif & melemahkan daya berfikir seseorang.

Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil meniarap & menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap & disedut semula semasa bernafas.

Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

Kurang Berimaginasi

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.

Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

Jarang Berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

Tidak Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan nya daripada rosak.

Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu & dangkal.

Pengguna Iphone Cepat Habis Kuota Internet? Ini Perkara Anda Perlu Ambil Tahu

Kebanyakan pengguna peranti Apple Iphone daripada pelbagai generasi sememangnya akan mengalami masalah kehabisan kuota Internet dengan cepat berbanding peranti lain.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, peranti Iphone banyak menggunakan data secara tidak langsung untuk kegunaan sistem operasinya. Namun sekiranya dikawal dengan baik, ianya banyak membantu dalam menjimatkan kuota Internet bulanan anda.

Ikuti langkah ini untuk mengatasi kebocoran data Internet pada Iphone anda;

Pilih dan benarkan aplikasi yang kerap digunakan sahaja untuk menggunakan data internet

  1. Pergi ke ‘Setting’ > ‘Cellular’ > ‘Use Data Cellular For’
  2. Matikan serta pilih hanya aplikasi yang digunakan.

Tutup konfigurasi muat turun aplikasi automatik

  1. Caranya, pergi ke ‘Setting’>’ITunes & App Store’
  2. Matikan ‘Use Data Cellular’

Tutup konfigurasi ‘Refresh Apps Background’

  1. Caranya, pergi ke ‘Setting’ > ‘General’ > ‘Refresh Apps Background’
  2. Pilih ‘Disable Refresh Apps Background’.

Tutup konfigurasi ‘Push Notification’ di Mail

  1. Caranya, Setting > Mail, Contacts, Calendar > Take New Data
  2. Matikan ‘Push Notification’

Matikan juga dalam aplikasi yang menggunakan muat turun automatik di WhatsApp

  1. Caranya, buka aplikasi Whatsapp
  2. Pergi ke ‘Setting’ > Sembang & Panggilan > Muat Turun Automatik Media
  3. Tukarkan Imej Audio dan Video kepada WiFi sahaja.

Tutup konfigurasi streaming video secara automatik di Facebook

  1. Caranya: buka Facebook > pergi ke 3 line di kanan > Tetapan > Tetapan Akaun > Video dan Foto >
  2. Matikan semua muat naik HD pada video dan foto
  3. Klik auto main
  4. Pilih a�?Jangan Mainkan Video Secara Automatika�?

Jika anda menggunakan YouTube dari data, lupakan saja.

  1. Hanya gunakan WiFi apabila ingin membuka video daripada Youtube serta video lain.

Untuk pengguna iOS9, anda wajib menutup Wi-Fi Assist.

  1. Caranya: Setting > Cellular
  2. Skrol sampai jumpa Wi-Fi Assist > Turn Off jika terbuka

Matikan juga FaceTime.

  1. Caranya: Setting > Facetime
  2. Matikan jika terbuka.

Matikan iCloud Drive di Setting

  1. Caranya: Setting > iCloud > iCloud Drive
  2. Matikan jika terbuka.

Dayakan Restriction dan matikan data di dalam bahagian itu.

  1. Caranya, Setting > General > Restriction > Enable Restriction >
  2. Masukkan 4 nombor keselamatan > masukkan sekali lagi 4 nombor keselamatan > Mobile Data Used di Allow Changes > pilih Dona��t Allow Changes.
  3. Pastikan jangan matikan Restriction dalam ini.

(Minor) Gunakan hanya untuk 2G saja.

  1. Caranya: Setting > MobileA�Data > Voice & Data > tick pada 2G. Perhatian : Langkah ini akan menyebabkan capaian internet anda perlahan kerana ianya hanya menggunakan data 2G sahaja.

Selamat mencuba.

Nak Reschedule Pinjaman Sedia Ada? Ini Risiko Yang Perlu Anda Faham

Reschedule @ Restructure adalah penyelesaian atau kesilapan? Baik anda faham sebelum rasa terjerat

Ramai orang tidak faham bacaan dalam CCRIS report especially code pinjaman & status pinjaman . Hari ini saya nak terangkan mengenai status “C” dalam CCRIS report.

‘C’ itu adalah status untuk reschedule.Apa yang kita faham dengan ‘Reschedule’? Reschedule adalah membuat penjadualan semula pinjaman yang telah sedia ada disebabkan:

Yang pertama atas proposal dari pihak bank sekirannya Anda kerap tersangkut bayar. Saya Bagi contoh pinjaman kenderaan Anda 9 tahun, Waktu pinjaman berbaki 4 tahun, bayaran bulanan anda kerap tersangkut, bank akan offer kepada anda membuat reschedule, dengan mengambil baki pinjaman dengan meningkatkan semula tempoh pinjaman kepada 9 tahun. Tujuannya supaya anda mampu membuat bayaran bulanan dengan nilai yang lebih kecil & mampu.

Yang kedua atas permintaan anda sendiri memohon kepada pihak bank untuk membuat penjadualan semula pinjaman anda yang berbaki 4 tahun dinaikkan semula kepada 9 tahun atas tujuan mengecilkan komitmen bulanan. (Ini sengaja menggatal cari pasal)

Anda fikir dengan proses reschedule ini masalah anda akan selesai. Ye betul untuk penyelesaian jangka pendek, namun masalah kepada anda untuk jangka panjang. Bila proses reschedule ini dilakukan , status dalam CCRIS akan menunjukkan status ‘C’ atas pinjaman tersebut . Masalahnya akan datang bila anda mahu buat pinjaman @ pembiayaan Baru lain dari institusi perbankan. Anda fikir pinjaman anda tiada masalah , namun kebarangkalian pinjaman anda Akan ditolak. KENAPA?

Pada pandangan bank bila pelanggan ada membuat proses reschedule, mereka telah mempunyai masalah dalam membuat bayaran bulanan. Status ‘C’ ini juga akan trigger secara automatic waktu anda buat pinjaman baru dan mengakibatkan Risk Grade anda meningkat ke paras yang tinggi dan kesannya pinjaman anda akan ditolak walaupon Gaji anda tinggi, DSR anda rendah, rekod bayaran anda cantik.

Selain kenderaan, proses restructure biasanya digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah dalam membuat bayaran kad kredit yang membuat conversion kepada term loan. Status ini turut akan muncul.

Tujuan Reschedule ini adalah untuk memudahkan anda dari masalah untuk membuat bayaran bulanan dengan komitmen yang tinggi daripada tersangkut bayar. Keburukannya ,kesannya adalah sama seperti anda BLACKLISTED. Tidak boleh membuat pinjaman @ pembiayaan baru. Jangan menggatalkan tangan sengaja minta reschedule untuk mengurangkan komitmen, anda menyesal nanti .

Bagaimana Nak Hilangkan Status Ni?

Kena buat bayaran penuh . Full settlement.

Reschedule dengan Refinance. Tak sama ke?

Reschedule, Refinance , Redraw & Remortgage itu semuanya berbeza. Belajar sikit-sikit ye.

Status ini kerap keluar sekarang untuk peminjam PTPTN . Ramai akan terkesan dari status ‘C’ ini. BERTABAHLAH .

Harap pihak PTPTN memandang serius perkara ini sebab proses reschedule ini akan menghukum peminjam untuk jangka masa panjang sehingga habis pinjaman tersebut. Kalau 25 tahun? Tak berumah la mereka. Sebaiknya proses penjadualan semula dibuat oleh PTPTN tanpa melibatkan kemasukan status ‘C’ tersebut. Reschedule yang pihak anda buat bukan menggalakkan pembayaran semula , tetapi lebih kepada terus menghukum dan menyusahkan Anak Muda untuk bangkit memiliki Hartanah terutamanya. Saya setuju dengan usaha penjadualan semula Semua peminjam yang tegar sebelum ini supaya mereka membuat bayaran semula bermula dari sekarang .

Tapi Jangan gunakan element reschedule ini. Baik cakap BLACKLISTED terus, kan senang.

*Buatlah bayaran mengikut perjanjian, bayar pada masa yang ditetapkan. Itu yang terbaik.

Ini Senarai Semak Yang Fresh Graduate Perlu Tahu Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan

Apa yang perlu Fresh Graduate buat setelah mula mamasuki alam pekerjaan? Aturkan langkah dengan bijak bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Artikel ini akan membincangkan berkenaan tindakan atau langkah yang perlu dilakukan bagi Fresh Graduates setelah bekerjaya

1. Jangan Beli Kereta

Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat ‘untung’ daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja. Jika tempat kerja tidak terlalu jauh belilah motor sebagai kenderaan sementara untuk 2 hingga 4 tahun pertama kerana kos tersembunyi motor tidak terlalu mahal seperti kereta.

2. Beli Rumah Kos Rendah atau Tanah

Oleh kerana baru bekerja dan gaji kecil bukan menjadi alasan untuk tidak membli rumah atau tanah. Nilai hartanah tidak pernah susut malahan semakin meningkat saban hari. Jika ada rumah low cost yang dijual di pasaran maka belilah sebagai tempat berteduh sementara merancang untuk menstabilkan kewangan diri sendiri.

3. Educate Diri Sendiri

Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Kebiasaannya yang masuk dalam golongan BANKRAP ini adalah yang tidak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapai kalau bulan-bulan kebocoran, banyak komitment dan takde saving pun tak guna.

4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)

Untuk fresh graduate, memandai badjet antara RM100-RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ini, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dan sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

5. Elakkan mengambil kad kredit

Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis yang tidak tahun mengawal perbelanjaan. Ia akan mendorong kepada bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas tiga tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah seperti RM5000 sahaja. Pastikan langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan minimum payment saja, nanti bunga dia akan berganda.

6. Perbanyakan sedekah dan bayar Zakat

Percaya yang satu ini. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber yang halal, Allah akan gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak gaji pertama lagi. Biar sedikit janji Ikhlas.

7. Buka akaun Tabung Haji

Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM1300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

8. Berkahwin bagi yang masih Bujang

Carilah pasangan yang sudi susah senang bersama, makan meggi bersama, ketawa bersama, menangis bersama dan sanggup menyewa/duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

9. Pekakkan Telinga

Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks, mengumpat malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai kereta, telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, adakah dia nak bagi duit kat kita?

10. Topup Simpanan ASB

Jika ada duit gaji maka cuba topup sedikit ke tabung simpanan ASB yang ada memberi pulangan dividend setiap tahun.

P/S Segala point-point yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada sumber yang diselitkan. Anda boleh follow atau atau anda boleh ikut acuan perancangan hidup anda sendiri.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan

Perut senak atau kembung, badan rasa sakit, tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.

Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara.

Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin:

Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Ubatan dan urutan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

Menurut pakar terapi Nor Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.

a�?Terdapat pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.

a�?Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu,a�? ujarnya.

Nor Qamarul Ramdhah yang mempunyai pengalaman mengurut masalah angin lebih 10 tahun itu berkata, pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

a�?Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.

a�?Pengambilan buah sebelum makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin,a�? katanya

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais Sebelum Meninggalkan Rumah

Pernah terjadi tak satu ketika apabila anda pulang dari bercuti atau riadah hujung minggu dan apabila sampai di rumah, anda mendapati jam digital memaparkan waktu yang salah?

Sekelip mata, fikiran anda mencetuskan jangkaan yang terdapat gangguan elektrik terjadi di rumah semasa anda tiada. Namun pada dasarnya, susah nak tahu bila ianya berlaku, atau berapa lama ianya berlangsung. Dan ini juga menjadikan agak mustahil untuk tahu berapa lama makanan dalam peti ais anda mungkin telah dicairkan, rosak, kemudian dibekukan kembali.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Sheila Pulanco Russell menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi satu tip mudah untuk membuat jangkaan bawah makanan dalam peti ais anda masih lagi dalam keadaan baik ataupun sudah rosak.

Caranya terletak pada kombinasi tiga alatan ringkas ini; cawan, duit syiling dan air.

Menerusi akaun Facebook miliknya, dia menulis:

“Bagi anda yang berpindah dari pantai, saya baru tahu satu tip bagus, ianya dipanggil tip satu cawan.

Anda letakkan satu cawan air dalam bahagian freezer peti ais. Bekukan ia sepenuhnya. Setelah beku, letakkan syiling di atasnya dan biarkan ia di dalam bahagian freezer tersebut.

Dengan cara itu, apabila anda kembali selepas keluar rumah pada jangkamasa yang lama, anda boleh teka samada makanan anda betul-betul dibekukan berterusan. Sekiranya syiling tersebut tidak berganjak atau tenggelam sedikit ke bahagian tengah cawan (tahap awal adalah pada 3/4 cawan), ianya bermaksud makanan anda masih okay.

Lagi bagus kalau anda cuba tip ini sepanjang masa. Kalau ada sebarang gangguan elektrik di rumah, syiling ini akan tenggelam. Dan jika anda rasa ragu-ragu dengan tahap kesegaran makanan di situ, buang terus makanan tersebut. Yang penting kesihatan kita terjaga.

Ringkas dan berkesan bukan? Yang pasti, satu tip yang menjimatkan. Kongsikan tip ini kepada rakan-rakan anda.

Resepi buat sendiri Durian Crepe ini sungguh menyelerakan

Bismillah. Hari ini ramai yang tunggu sebab resepi ini sangat marvelous, berbaloi buat sendiri berbanding beli. Cuma olahan resepi penulis ikut kesukaan anak-anak yang tak suka kulit crepe terlampau nipis atas sebab cepat muak lebih makan krim saja. Jadi siapa-siapa yang nak follow boleh cuba.

Kalau nak beli selalu memang alamatnya botaklah lagi-lagi yang anak-anak ramai sebab biasanya durian crepe ini dijual dalam harga RM6 untuk 3 ketul. Itu pun kecil punya. Kalau mahu besar mahu RM5 seketul.

Ini caranya nak buat homemade Durian Crepe

Bahagian Isi Durian

First kena ada isi durian. Disarankan filling dia guna isi sebenar berbanding custard sebab lebih nikmat makan perghh manis die sejati!

duriancrepe3

Carik-carikkan durian dan lenyek pakai garfu. Sekiranya perlu, boleh letak pewarna ikut kesukaan masing-masing.

duriancrepe4

Bahagian Whipping Cream

Allright, ini whipping cream, jangan salah beli. Kena beli yang non-dairy punya sebab dia dah manis dan tak mudah cair. Sekotak ni RM12 boleh dapat seguni crepe hah kau. Jimat.

duriancrepe5

Ambil satu cawan whipping cream tadi dan kacaukan kental sampai jadi macam rajah di bawah ini, baru tak mudah cair filling crepe dia.

duriancrepe6

Bahagian Crepe (Kulit)

Okay ini bahan-bahan crepe pula;

3 sb tepung gandum
3 sb tepung ubi
1 sb1/2 tepung jagung
1 sb tepung custard
1/2 cawan susu segar bg suam
3/4 cawan air paip(3/4 ni dekat2 penuh ah ko tu pon xpaham)
1 sk pewarne kuning lemon
1 biji telur semua dan 1 biji kuning sahaja
Sedikit garam dan esen vanila
1 sb gule halus
1 sb minyak
Nota : *sb merupakan sukatan standard mengikut sudu baking. Boleh dibeli di kedai bakeri sudu tersebut.

Whisk‘kan semua dan tapis.

duriancrepe7

Nota tambahan : Kalau siapa-siapa suka kulit crepe nipis, air tadi tambahkan, lengkapkan jadi satu cawan.

duriancrepe8

Sekarang panaskan kuali non-stick (Kena pakai kuali non-stick, yang takde di rumah jangan berangan nak buat memang tak boleh sebab dia letak dan akan jadi roti canai. Haha. Beli murah punya dulu, RM19.90 kat pasaraya pun ada.)

duriancrepe9

Cara dia, panaskan kuali, dah panas angkat kuali dan jangan tuang masa dekat api sebab nanti permukaan dia akan jadi tak berkilat. Jadi, jauhkan kuali daripada api terlebih dahulu dan tuang adunan, goyangkan sikit kuali untuk ratakan crepe tersebut. Masak satu bahagian permukaan sahaja kemudian terus terbalikkan ke atas pinggan.

Cara melipat adalah bahagian tak kilat duduk bahagian dalam dan yang berkilat di luar. Okay, letak whipping cream dan isi durian seperti gambar di bawah. Lipat atas, bawah, kanan dan kiri.

duriancrep11

Okay done. Susun cantik-cantik.

duriancrep12

Perghh rasa tip top meletop kebabom makan gerenti tutup pintu rapat-rapat takut jiran datang pow. Selamat mencuba.

Jadual & Tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan kerajaan 2016-2017

Berikut merupakan Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji bulanan kakitangan kerajaan dan badan berkaitan di Malaysia bagi tahun 2016 mengikut sumber rasmi daripada Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Jadual bayaran gaji bulanan ini dapat memudahkan penjawat awam dan berkaitan merancang perbelanjaan isi rumah masing-masing.

Nota Kalendar akan sentiasa dikemaskini dengan kadar segera mengikut info semasa bagi memastikan informasi tepat.