6 Cara Tuntut Hutang Langkah Lembut Tapi Buat Si Penghutang Rasa Jatuh Harga Diri

Katakan kita pernah memberi pinjam duit kepada kawan yang mahu tambah modal kepada perniagaannya.

Kawan itu sekarang kelihatan mewah dan senang tetapi masih belum melunaskan hutangnya kepada kita.

Tetapi setiap kali ditanya pasal hutang itu ada sahaja jawapan dalihnya.

Cuba hantar mesej-mesej ini kepadanya:

1. Kalau kau tak mampu nak bayar penuh, bayar separuh dulu pun aku terima.

2. Kalau kau tak mampu nak bayar separuh, bayar suku dulu pun aku terima.

3. Kalau kau tak mampu nak bayar suku, ko ansur bayar RM1000 tiap bulan pun aku terima.

4. Kalau kau tak mampu nak ansur RM1000, ko ansur bayar RM500 tiap bulan pun aku terima.

5. Kalau kau tak mampu nak ansur RM500, ko ansur bayar RM200 tiap bulan pun aku terima.

6. Kalau kau tak mampu nak ansur RM200, kau ansur bayar RM50 tiap bulan pun aku terima tapi aku takut kau tak sempat lunaskan hutang kau untuk masuk SYURGA

Inilah kata-kata baik dan sopan yang akan membuatkan mereka terasa harga dirinya dipijak-pijak masuk ke dalam longkang.

Kita sepatutnya sentiasa menggunakan akal sihat bagi menilai risiko sebelum melakukan sesuatu.

Tip Lengkap Bagaimana Kami Mengerjakan Umrah Dengan Anak Kecil

Semenjak menetap di Mekah, banyak kali tertangguh hasrat saya untuk berkongsi kisah Umrah bersama anak, sejak dari Naura Medina berumur 9 bulan kini umurnya sudah 2 tahun 6 bulan, SubhanaALLAH.

Hari ini terluang sedikit masa untuk habiskan juga coretan khas yang memberi fokus kepada tetamu cilik Allah ini dan sedikit tips untuk dikongsi kepada ibu bapa semua bagi memenuhi hasrat beberapa orang rakan yang meluahkan kerisauan ibadah Umrah terganggu jika datang bersama anak-anak kecil mereka.

TABARAKALLAH buat ibu bapa serta ahli keluarga yang menaruh harapan tinggi dan sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk menunaikan Umrah dan beribadat di tempat yang menjadi idaman umat Islam seantero dunia, lebih istimewa ibadah Umrah ini disertai dengan tetamu cilik Allah yang Rasulullah SAW umpamakan ibarat malaikat-malaikat kecil.

Seperti penulisan saya tahun lalu untuk rentetan Infak dan Ibadah Ramadan, saya amat menggalakkan agar ibu bapa turut membawa anak-anak menunaikan ibadah Umrah bersama, ketepikan soal kekangan wang ringgit atau memikirkan kepayahan, kerumitan beribadah dengan anak-anak kerana ibadah Umrah ini sebenarnya ringkas sahaja.

Yakinlah bahawa pelbagai keberkatan dan kenangan manis akan diperoleh dan menjadi memori indah bersama. Makin mencurah rezeki Allah limpahkan bilamana ibu bapa berusaha untuk membawa anak-anaknya ke jalan Allah.

Ramai yang bertanya, a�?Susah tak bawa baby? Macam mana nak beribadah nanti? Anak menangis, menjerit, berlari-lari?a�? USAH KHUATIR dan was-was kerana ALLAH sentiasa ada mempermudahkan urusan ibadah kita kepada-NYA.

Di sini lah tempatnya, Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk ibu bapa dan anak-anak beribadah bersama-sama (selain di rumah) dan berkongsi nikmat dan kebesaran Allah. Dan di sini lah tempatnya untuk anak-anak memerhati (walaupun mungkin belum lagi faham) betapa Tanah Suci inilah semua Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul dan bersatu menunaikan ritual Ibadah, cerita-cerita Nabi dan Rasul lebih realistik untuk digambarkan pada anak-anak.

Saya banyak mempelajari budaya keibubapaan masyarakat Arab yang sentiasa menunjukkan kecintaan dan sayang pada anak-anak mereka, juga sangat kasih pada kanak-kanak lain. Seringkali Medina didukung, dicium oleh mereka ini bila ke Masjidil Haram mahu pun di pasar raya.

Pertama sekali ingin saya nasihatkan agar memilih travel agency yang a�?kids-friendlya�? dan menyediakan mutawif yang dapat membantu jemaah bukan sahaja pengurusan di KLIA tetapi hendaklah sehingga pulang ke Tanah Air. Banyak servis yang bagus dikendalikan oleh beberapa agensi Umrah seperti Zahafiz, Andalusia, Farhan Travel dan Tours dan sebagainya.

Pengalaman kali pertama membawa Naura Medina pada bulan Ramadhan 2014 berusia 9 bulan bersama orang tua saya, adik perempuan dan adik angkat. Ketika itu suami di Mekah sejak tahun 2010 mengetuai Projek Menara Jam Abraj Al Bait, Temporary Mattaf (bulatan yang mengelilingi Kaabah) hingga kini projek Shamiya Pembesaran Masjidil Haram bersama 14 orang lagi rakyat Malaysia.
Apabila jemaah mengikuti pakej-pakej Umrah berkumpulan, lebih banyak masa perlu diperuntukkan mengikut keadaan semasa. Bertolak ansur, bertimbang rasa dan sentiasa menghormati antara jemaah-jemaah lain.

Ibu bapa yang bersama-sama tetamu kecil ALLAH ini perlu lebih banyak bersabar, dan bersabar. Istiqamah dengan niat kita untuk ibadah Umrah dengan anak-anak, jangan dimarahi mereka dek kerana kepenatan kita!

Ringkasan tips Umrah saya permudahkan dengan setiap penjelasan ada pada ilustrasi gambar peribadi kami sekeluarga pada musim Ramadan 2014 dan terkini 03.03.2016. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang akan mengerjakan ibadah Umrah, inshaaALLAH.

Di alu-alukan untuk share sebagai rujukan kelak di masa hadapan buat ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan.

Coretan saya ini mungkin tidak lengkap sepenuhnya, saya mohon agar rakan-rakan turut merujuk kepada mutawif-mutawif atau agensi yang menguruskan Kursus Umrah untuk mendapat butiran lanjut tentang ibadah Umrah.

Besar harapan saya jika ada pengalaman-pengalaman daripada ibu bapa lain yang pernah membawa anak-anak kecil menunaikan ibadah umrah untuk berkongsi cerita di ruangan komen.
Jazakumullah khairan katsiraa, semoga memberi kebaikan pada diri saya dan rakan-rakan dan mempermudahkan urusan ibadah Umrah pada jemaah.

Doa saya buat kalian semua agar dirahmati Allah dan dilimpahkan rezeki diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Madinah dan Mekah menunaikan Umrah bersama keluarga tersayang dan bersilaturrahim bersama saya di sini, inshaAllah!

Destinasi ke Jeddah bersama Ketua Pramugara Malaysia Airlines a�� Encik Ismail. Kru MAS yang sangat ramah dan banyak membantu urusan kami sekeluarga di dalam pesawat. Jarang beliau dapat penerbangan Umrah bersama kanak-kanak usia Naura Medina.

Mengisi masa lapang anak-anak dengan membaca atau biarkan anak-anak bermain dan kepenatan. Nanti dalam pesawat tidur!

umrah-anak03

Selesai urusan passport control di King AbdulAziz Terminal Jeddah, tidak ramai jemaah waktu ini 09 Februari 2016.

KLIA a�� Terminal Haji Jeddah

Membawa anak kecil amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, apatah lagi perlu tempuh perjalanan yang amat panjang a�� 3 jam di KLIA, 9 jam penerbangan KUL a�� JED dan hampir 4 jam di Terminal Haji untuk menunggu giliran di passport control dengan kerenah pegawai Arab Saudi di Imigresen yang bermacam ragam. Di sinilah Allah menguji kesabaran dan keimanan kita, jadi perbanyakkan istighfar agar amarah tidak menguasai akal dan emosi. Paling penting perlu beri keselesaan dan tumpuan pada anak kecil a�� pastikan emosi anak-anak ini dijaga dan kawal pergerakan mereka dengan keadaan terminal yang sesak dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia (terutama di bulan Ramadan) agar tidak hilang dari jagaan.

Hand luggage

umrah-anak04

Kebanyakan travel agent akan sediakan beg roda, beg silang dan hand luggagekepada jemaah. Keperluan hand luggage di bawa bersama ke dalam pesawat untuk tetamu cilik Allah ini perlu ada:

1. Selimut (dalam pesawat disediakan, selimut sendiri untuk kegunaan di dalam bas sepanjang perjalanan Jeddah ke Madinah adalah 4 jam).

2. Bantal kecil.

3. Stok makanan bagi kanak-kanak usia 1 tahun ke bawah (Nestum, susu formula, infant cereals dan lain-lain.) Untuk Medina ketika 9 bulan saya bungkuskan dan letakkan di dalam beberapa bekas makanan saiz kecil. Bila dia dah besar sikit dan dah banyak gigi ni saya bungkuskan beberapa jenis biskut Tiger / Oreo / Mary, Milo, buah-buahan yang tidak berair dan tahan lama seperti epal 2-3 biji (kulitnya saya kupas dalam pesawat, pinjam pisau daripada kru sebab tak boleh hand carry barang-barang tajam pisau, gunting dan lain-lain.)

4. Lampin pakai buang a�� bawalah sekurang-kurangnya 10 keping atau lebih.

5. Ubat-ubatan a�� paling penting! Boleh minta nasihat doktor semasa pergi dapatkan suntikan vaksin dan mungkin boleh dapatkan Paracatemol, selsema dan batuk. Ini adalah persediaan awal untuk mengelak sebarang kekalutan jika anak-anak jatuh sakit. Losyen juga penting untuk pastikan kulit anak-anak sentiasa lembab dengan cuaca kering dan panas terutama di Mekah. Di Madinah dan Mekah terdapat banyak farmasi di sekitar kawasan hotel, ibu bapa boleh beli ubat-ubatan akan tetapi ada sedikit kesukaran dalam komunikasi bahasa kerana ramai tidak berapa faham bahasa Inggeris.

6. Pakaian a�� bawa lebih baju dan seluar anak-anak. Keadaan cuaca di Madinah dan Mekah dah mula sedikit panas pada bulan Mac jadi bawalah baju yang sedikit nipis untuk keselesaan anak-anak. Di dalam pesawat pakaikan anak-anak sweater dan salin pakaian lebih kurang sejam sebelum pesawat mendarat.

7. Tuala kecil a�� boleh minta daripada kru penerbangan atau bawa sendiri untuk lap dan bersihkan badan anak-anak. 12 jam perjalanan daripada KLIA dan dalam pesawat tentunya anak-anak dah bau mashammm jadi saya akan bawa Medina ke tandas untuk tukar lampin, pakaian dan basahkan tuala kecil diperah untuk lap badannya. Ini juga untuk elak anak-anak cepat dapat ruam. Tuala kecil juga diperlukan ketika ziarah atau ke Masjid, terutama sekali ketika Tawaf berdekatan dengan Kaabah. Basahkan tuala letakkan di kepala anak-anak untuk mengelakkan dehidrasi.

Pesawat

umrah-anak05

Malaysia Airlines adalah pesawat pilihan saya kerana kru airlines yang mesra, dan tidak lekok untuk memberi dan membantu apa jua permintaan kita. Nak menempuh 9 jam penerbangan, MashaAllah bukan orang tua sahaja yang akan lenguh-lenguh badan begitu juga anak-anak kita. Saya sering menggunakan perkhidmatan MAS sama ada chartered airlines (khas untuk jemaah Umrah) dan juga komersil a�� kedua-duanya tak ada masalah bila mana ada keperluan untuk kita mengikut dari belakang anak-anak berjalan (Saei 3 pusingan pergi dan balik). Jangan biarkan anak-anak berjalan tanpa pengawasan atau hanya dengan lirikan mata, ikutlah anak-anak supaya tidak menganggu urusan jemaah lain yang sedang tidur, solat, membaca dan sebagainya.

umrah-anak06

Bila anak-anak kebosanan, rajin-rajinlah ibu bapa untuk melayan anak-anak supaya tidak terlalu kerap berjalan di dalam pesawat kerana ada laluan tertentu pesawat akan alami cuaca buruk atau air turbulence. Bila menaiki pesawat dengan penumpang-penumpang lain ada sesetengah kurang senang bila anak-anak bising, berjalan, menangis dan seumpamanya. Berusahalah sebaiknya untuk menenangkan anak-anak kita, elakkan daripada melepaskan kemarahan secara spontan, sengaja atau tidak sengaja. Ini akan mengundang anak-anak untuk lebih tantrum. SABAR a�� berdoa dan bertoleransi dengan suami atau isteri untuk menjaga anak-anak.

umrah-anak07

Persediaan alternatif pada ibu bapa adalah untuk download seberapa banyak aplikasi dan video-video untuk hiburan anak-anak (dalam pesawat juga ada in-flight entertainment untuk kanak-kanak seperti movie, games dan sebagainya tetapi saya cadangkan agar ikut minat anak-anak a�� Upin Ipin, Hi5, Barney and Friends contohnya). Ia sedikit sebanyak dapat mengalih tumpuan mereka selama satu-dua jam.

Jangan risau tentang menu yang dihidangkan dalam pesawat, kebanyakannya boleh dimakan oleh anak-anak (nasi putih, buah-buahan, roti, puding). Sediakan makanan sendiri untuk anak-anak berusia setahun ke bawah.

umrah-anak08

Penerbangan ekonomi MAS tiada masalah, ibu bapa boleh minta daripada kru untuk dapatkan satu row (4 kerusi a�� jika ada kekosongan) untuk baringkan anak. MAS juga akan berikan seberapa banyak bantal yang kita nak untuk keselesaan anak kita. Terima kasih MAS! Anak dah tidur jadi ibu bapa ada masa untuk diri sendiri a�� berehat, take a nap sebentar atau menelaah buku panduan Umrah.

Kru Malaysia Airlines

umrah-anak09

Layanan mereka First Class! Sangat mesra, friendly dan sentiasa melayan kehendak ibu-ibu yang perlukan pelbagai jenis permintaan a�� sekejap nak tuala, sekejap nak tisu, sekejap nak air mineral, sekejap itu ini! Rajin juga melayan kerenah Medina yang macam Chief Supervisor melawat kawasan dan practice Saei dan Tawaf dalam pesawat. Dapat juga in-flight gift yang ada buku mewarna, pensil warna dan permainan! Lega, satu jam masa telah diisi!

umrah-anak10

Inilah dia a�?rasuaha�? pada anak nak bagi duduk diam bukannya mudah! Apatah lagi anak yang lincah seperti Medina, kenalah bagi dia makan chips dan tengok Upin Ipin! Terpulang pada ibu bapa anak-anak suka makan apa ya. Sekurang-kurangnya adalah dua jam kita dapat duduk rehat. Maka ada sedikit masa lagi diisi sebelum tiba di Jeddah

umrah-anak11

Keadaan di Passport Control atau Imigresen di Terminal 1 King Abdul Aziz Jeddah Airport. Terminal 1 ini adalah untuk pemegang Residence Permit, Commercial Visa, Iqama, Working Visa @ Business Visa seperti kami sekeluarga. Manakala jemaah-jemaah Umrah akan tiba dan berlepas dari Terminal Haji King Abdul Aziz Airport Jeddah yang mana ia khas untuk pemegang visa Umrah dan Haji sahaja.

umrah-anak12

Keadaan di Passport Control atau Imigresen di Terminal 1 King Abdul Aziz Jeddah Airport. Terminal 1 ini adalah untuk pemegang Residence Permit, Commercial Visa, Iqama, Working Visa @ Business Visa seperti kami sekeluarga. Manakala jemaah-jemaah Umrah akan tiba dan berlepas dari Terminal Haji King Abdul Aziz Airport Jeddah yang mana ia khas untuk pemegang visa Umrah dan Haji sahaja.

umrah-anak13

Penggunaan stroller/ pushchair dibenarkan di Masjid Nabawi Madinah (cuma di kawasan luar persekitaran Masjid sahaja) dan TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke dalam Masjidil Haram ketika melakukan Tawaf dan Saei. Jadi penggunaan stroller tidak begitu praktikal semasa Umrah. Nasihat saya adalah lebih baik untuk menggunakan baby carrier sahaja kerana lebih mudah dan senang untuk bergerak ke Masjid atau Ziarah. Atau paling tidak gunakan stroller yang light weight dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Jika anak-anak berusia tiga tahun ke atas, beri kata-kata dorongan dan semangat untuk mereka berjalan dan meneruskan ibadah Tawaf dan Saei. Ibadah Umrah ini bukan untuk rekod siapa paling cepat habis, ambil masa untuk anak-anak berehat sebentar dan minum air Zam Zam yang ada disediakan di sekitar Masjid.

umrah-anak14

Miqat atau niat ihram untuk mengerjakan Umrah sama ada di Bir Ali (dari Madinah) atau di Masjid Al Aisyah di Tanaem (dari Mekah). Ini adalah Masjid Al Aisyah di mana kami sekeluarga berniat Ihram dan solat sunat Umrah 2 rakaat sebelum memulakan perjalanan Umrah. Ibadah Umrah rukunnya amat ringkas a�� niat ihram, tawaf 7 keliling Kaabah, saei 7 pusingan antara Safwa dan Marwah, bertahallul / bercukur, tertib. Itu sahaja. Jadi lakukanlah Umrah Sunat seberapa banyak yang boleh setelah selesai Umrah Pertama.

umrah-anak15

Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah. Ibadah Umrah bermula. Beginilah keadaan di Masjidil Haram setiap hari, siang dan malam. Pastikan anak-anak tetap dalam genggaman tangan, dipegang erat atau lebih baik didukung agar tidak berasak-asak dengan jemaah yang lain. Di ruang Mattaf tingkat 1 dan 2 mudah untuk ibu bapa solat berdekatan (lelaki di barisan depan, perempuan di barisan belakang) untuk mengawasi anak-anak. Ruangan dalam Masjid bahagian solat terpisah untuk jemaah lelaki dan wanita, begitu juga ruangan di lantai Kaabah ibu bapa tidak dapat solat bersama jadi salah seorang perlu mengawasi anak-anak sebaiknya dan tunggu di satu tempat yang mudah untuk berjumpa semula.

Kemaskini:

Temporary Mataf ini sudah dikeluarkan dari kawasan tawaf Masjidil Haram pada 01 Mei 2016. Boleh lihat penulisan terbaru saya kawasan di Masjidil Haram yang dikemaskini setiap minggu.
Selesai tawaf 7 pusingan a�� Alhamdulillah, Medina didukung oleh Daddy-nya dan bergantian dengan saya untuk dukung Medina. Keadaan jemaah yang ramai tidak memungkinkan suami untuk lepaskan Medina berjalan sendiri sepanjang masa tawaf. Kadang kala suami turunkan Medina untuk mendisiplinkannya berjalan mengikut rentak jemaah lain. Perlu lebihkan perhatian untuk mendengar dan mengikuti bait-bait bacaan doa khas daripada Mutawif ketika Tawaf dan Saei.

Backpack

Boleh bawa backpack / bag sandang dengan saiz sederhana untuk dibawa ke Masjidil Haram. Isikan keperluan seperti:

1. Lampin pakai buang (pastikan menukar lampin yang bersih ketika dalam Masjid, melakukan Tawaf dan Saei).
2. Wet Tissue (tisu basah).
3. Makanan ringan / snacks seperti roti, biskut, gula-gula dan air minuman (boleh jugaisi kan dengan air ZamZam lebih berkhasiat dan bertenaga). S

aya selalu bawa lebih makanan untuk Medina sedekahkan pada kawan-kawan yang dia selalu sapa ketika di Masjid, dapat juga pahala bersedekah.
Saya tidak galakkan untuk bawa bag jenis Totes kerana tidak sesuai dengan pergerakan untuk ibadah, bag sandang lebih mudah untuk bergerak dan isi barang-barang keperluan termasuk lah kasut suami isteri dan anak-anak.

Keadaan cuaca di Madinah sedikit berangin dan dingin, tetapi di Makkah cuaca agak kering dan panas. Sentiasa bawa tuala kecil / napkin, basahkan dan letakkan di atas kepala anak-anak bagi mengelakkan dehidrasi. Kerap beri anak-anak minum air ZamZam yang terdapat di sekitar kawasan Masjid, dan sapukan losyen untuk elakkan kulit anak-anak kering dan menggelupas.

umrah-anak17

Naura Medina protes nak tawaf dengan kudrat kakinya sendiri. Beri peluang pada anak-anak untuk merasa dan sentuh kaki mereka di marmar dan pastikan ibadah seiring dengan perhatian pada anak-anak dalam kesibukan kita untuk membaca doa-doa yang terdapat di Buku Panduan Umrah. Ada dua pilihan untuk lakukan Tawaf:

1. Lantai Kaabah a�� ramai jemaah yang tawaf di kawasan ini maka perlu bagi ibu bapa untuk dukung anak-anak agar tidak berasak dengan kumpulan-kumpulan jemaah Umrah dari negara lain.
2. Mataf dalam bangunan Masjidil Haram a�� ibu bapa yang membawa anak-anak ada pilihan untuk tawaf di tingkat 1 dan 2 di laluan tawaf dalam Masjidil Haram jika kawasan dataran Kaabah sesak.

Baby Carrier

Saya dan suami selesa menggunakan baby carrier seperti ini dengan keadaan Medina duduk, kami berdua bergilir-gilir mengendong Medina (Umrah April 2015) maklumlah beratnya ibarat mendukung sekampit beras 10 kilo! Kadang kala ayah saya juga turut sama membantu untuk dukung Medina. Tabah dan kuatkan semangat, setiap langkah dan kudrat kita mudah-mudahan Allah gandakan ratusan ribu pahala!

Solat

Bagi ibu bapa yang ada anak-anak bawah 4 tahun ini akan alami sedikit kesukaran untuk solat fardhu di Masjid kerana berjemaah setiap kali solat. Apa yang saya lakukan ketika Medina masih bawah 2 tahun, saya akan gunakan babycarrier untuk dukung Medina ketika solat dan duduk di atas kerusi (ada banyak kerusi terdapat di dalam Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan kawasan Safwa Marwah). Medina yang ketika ini berusia 2 tahun setengah saya harus bertoleransi dengan suami sama ada dia solat mengikut Imam berjemaah disusuli saya kemudiannya untuk menjaga Medina yang masih belum faham untuk duduk diam sebentar a�� pasti dia sudah berlari ke sana sini. Bagi mengelakkan fokus waktu solat terganggu, kami berganti-ganti. Saya juga cadangkan agar ibu bapa menggunakan harness kepada anak-anak ketika solat, agar mereka terikat dan tetap berada berdekatan dengan anda dan dapat menumpukan perhatian penuh ketika menunaikan solat. Jangan risau bagi anak-anak yang sudah berusia 4 tahun ke atas, mereka sudah boleh faham dan dengar kata, dan sambil itu boleh bantu ibu bapa untuk jaga adik-adiknya yang lain.
Saei di Safa dan Marwa

Kami lepaskan Medina untuk bersaei (selesai ibadah Saei 7 pusingan), ruang di kawasan ini lebih besar dan mudah untuk kawal pergerakan anak (suami saya perlu berlari kejar Medina) dan kawasan ini lebih sejuk kerana terdapat penghawa dingin. Ingat, ibadah Umrah ini bukan untuk mengejar masa dan siapa yang lebih dahulu selesai tetapi nikmatilah ibadah ini sebagai satu peluang untuk mendekatkan diri pada Allah, mensyukuri nikmat dan kebesaran Allah berikan kepada kita dan ahli keluarga. Ambil sedikit masa untuk beri anak-anak berehat sebentar jika kepenatan, kerap berikan mereka makanan ringan seperti kurma, kismis dan kekacang untuk meningkatkan tenaga. Jika sudah terlalu penat, terdapat banyak wheelchair (kerusi roda) di sekitar kawasan untuk disewa dalam kadar 50 riyal atau boleh dapatkan kerusi roda yang telah diwakafkan di sekitar tempat penginapan hotel atau sekitar luar Masjid. Kerusi roda ini boleh digunakan sebagai ganti kepada stroller untuk membawa anak-anak.

umrah-anak18

Naura Medina menggunakan kudrat dan tenaganya untuk mengerjakan Saei. Terdapat ramai jemaah di kawasan Safa Marwah berehat dan membaca Al Quran kerana tidak begitu sesak jika dibandingkan di kawasan berdekatan Kaabah. Solat juga mudah di kawasan Saei ini kerana ibu bapa dapat solat berdekatan antara satu sama lain, berbanding di dalam Masjidil Haram ruang solat dibahagikan kepada dua ruang berjauhan a�� lelaki dan perempuan. Berhati- hati dengan jemaah lelaki kerana mereka akan berlari-lari anak di Zon Lampu Hijau (sunat).
Tahallul / bercukur.

Lengkap sudah ibadah Umrah setelah tawaf, saei dan tahallul adalah tertib terakhir. Bagi lelaki sebaiknya untuk bercukur hingga botak, bagi perempuan cukup sekadar anggaran tiga helai rambut sahaja. Begitu juga Medina, suami saya guntingkan hujung rambutnya sahaja. Boleh bawa gunting kecil sendiri atau pinjam daripada jemaah-jemaah di sekitar untuk bantu tahallul. Ada juga beberapa orang anak muda yang tawarkan khidmat tahallul dengan kadar 10 riyal.

umrah-anak20

Saya kenalkan semua kepada Ustaz Haji Abdullah, beliau berasal dari Kelantan dan sudah menetap di Mekah hampir 30 tahun. Seorang mutawif persendirian dan acapkali kami sekeluarga menggunakan perkhidmatan dan bimbingan beliau dapat memimpin perjalan Umrah. Seorang yang sangat memahami situasi dan keadaan kami sebagai ibu bapa yang membawa anak kecil, akan menunggu dan mengulangi bait-bait bacaan doa khas ketika rukun tawaf dan saei. Bacaan doa yang jelas dan terang. Saya sentiasa unjurkan cadangan pada rakan-rakan untuk dipimpin oleh Ustaz Abdullah ketika Umrah Sunat (selepas Umrah pertama bersama Mutawif dari travel agent) kerana dalam kekalutan untuk mengawal anak dan tangan pula nak membelek buku panduan dan mata nak digunakan untuk membaca doa-doa dan memerhati anak, adalah lebih mudah dipimpin oleh mutawif seperti beliau. Kita hanya perlu dengar dan ikut bacaan-bacaan doa sahaja.

umrah-anak23

Berkesempatan untuk memegang Kiswah Kaabah a�� peluang yang jarang sekali dapat dinikmati untuk hampir dengan Kaabah kerana jemaah yang begitu ramai dan berasak-asak untuk ke Hajarul Aswad. Alhamdulillah menjelang 2 minggu ke hari ulangtahun ke-3 pada 31.10.2016 Medina diberi rezeki mengucup Hajar Aswad. MasyaAllah.

umrah-anak29

Begini Cara Solat Taubat Dengan Betul

Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.

Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.

Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.

Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat taubat atau keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.

1

2

3

4

5

Berikut ialah teks gambar di atas tentang panduan dan cara solat taubat:

Sembahyang Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Mengerjakannya

Lafaz Niat:

1

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Bacaan

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.

2

Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

3

Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

4

dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.

Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:

5

Maksudnya: Aku minta ampun dari Allah (3X)

6

Maksudnya: Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.

7

Maksudnya: Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.

8

Maksudnya: Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.

9

Maksudnya: Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.

10

Maksudnya: Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

11

Maksudnya: Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.

12

Maksudnya: Kami redha Allah sebagai tuhan kami.

13

Maksudnya: Dan agama Allah sebagai agama kami.

14

Maksudnya: Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.

15

Maksudnya: Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.

16

Maksudnya: Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman

Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah. Berbanyak-banyak terima kasih pada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.

5 Tips Mengambil Staff Pertama

Mahu tidak mahu kita wajib ambil staff jika nak berkembang. Kita harus belajar mengurus staff. Kita wajib belajar cara menjaga staff.

Semuanya kita kena belajar supaya kita boleh leverage kan kerja. Semua orang tahu perkara itu.. Soalnya nak bermula di mana?

Kami berikan tips kepada anda khas untuk anda praktikkan.

Kenal pasti apakah kerja yang memakan masa kita paling banyak

14449979_1768885340024497_6064108271870940309_n

Pada permulaan kita haruslah faham bahawa kerja sales dan marketing memang kita yang kena handle.

Jika masa untuk sales dan marketing kurang maka sedikitlah pendapatan kita.

Contoh : Jika kita berniaga dan memasak memakan masa kita yang paling banyak sehingga kita tidak dapat fokus kepada kerja menyusun dan membina perniagaan, maka orang yang patut kita ambil dahulu adalah tukang masak.

Sediakan SOP

Bekerja dengan pasukan tanpa SOP seperti kita mengajak mereka belayar tanpa kompas.

Semuanya akn kembali kepada kita.

Bos nak buat macam mana?
Bos kita nak buat apa?
Bos apa ni?
Bos yang ni guna untuk apa?

Semua soalan ini akan berulang-ulang dan akhirnya kita cop staff kita lembab, bodoh, bengong sebab tak pandai buat kerja.. sedangkan kita yang tak sediakan keperluan mereka yaitu SOP supaya kerja itu lebih mudah dan teratur.

Skop kerja yang jelas

Staff kalu takda SKOP kerja yang jelas, tak hairanlah diaorang boleh bersidai menanti arahan sahaja sebelum bekerja.

Jadi sko kerja wajib jelas dan terang.

Contoh skop kerja :

Jawatan : Pegawai Khidmat pelanggan.

Melaksanakan semua perkara yang melibatkan pelanggan dengan syarikat atau syarikat dengan pelanggan.

Memastikan komunikasi dapat dilakukan dengan berkesan mengikut tatacara kerja yang di berikan.

Mengurus semua keperluan pelanggan yang tidak menyalahi undang-undang dan polisi kerja.

Ambil gaji sendiri dahulu

Kalau anda full time buat bisnes. ini sangat wajib. jangan cedok sikit, tarik sikit, pinjam sikit, belajar ambil gaji secukupnya, bukan semahunya…

Bayar EPF dan SOCSO

Jangan buat tak tahu.
Jangan bagi alasan tak tahu.

Ini undang-undang dan hak pekerja kita.
Wajib ambil tahu.

Tips Memiliki Kabinet Dapur Idaman Dengan Bajet Kurang RM1,500

Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K kalau pasang sendiri.

762-0-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Disebabkan kabinet dapur mahal sekitar Kedah ini jadi kami beli kabinet dapur IKEA dan pasang sendiri je lah. Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K.

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kabinet dapur di kedai dah survey haritu RM3.5k untuk design macam ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Jimatkan? Waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD, kalau jenis FYNDIG tak ada waranti.

Cara nak buat ;

1. Design dan susun dulu kedudukan kabinet dapur. Lukis pakai tangan je tapi pastikan guna skal yang betul, baru boleh padan.

2. Pergi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. Sebab rumah yang nak pasang KC ni di KEDAH, Jadi redah muatkan dlam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak hebat lagi, jadi terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe…

762-2-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Kos :
-Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + top (EKBACKEN) + kaki = RM1.4+k
-Hood + hob+ serombong = RM1.4k
-Upah pasang hood = RM200
-Hob tebuk sendiri
-Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

762-3-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-4-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-5-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Ini Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

10 Tip Ringkas Sebelum Mula Bercuti

tt1

Extension Cord?Sumber elektrik kini menjadi satu keperluan penting selain air dan internet, terutamanya pada dunia sekarang di mana penggunaan teknologi memainkan peranan penting.

tt2

Perhatikan sekiranya terdapat mana-mana port USB di dalam bilik. Selalunya LCD TV didatangkan dengan port USB. Anda boleh gunakannya untuk cas telefon serta peranti lain. Jangan lupa pula untuk ambil semula kabel serta peranti andaA selepas dicas, kerana port USB ini selalunya diletakkan di kawasan tersorok, dikhuatiri lupa.

tt3

Berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan syiling lebihan belanja kerana kebanyakan pengurup wang tidak menerima syiling.

tt4

Snap gambar passport, Visa perjalanan anda dan simpan di dalam telefon. Sekiranya berlaku kehilangan, ini memudahkan anda untuk meyakinkan pihak imigresen negara tersebut, mahupun kedutaan negara anda untuk menggantikan passport, Visa perjalanan yang hilang. Sekurang-kurangnya ia membantu.

tt5

Sekiranya anda hanya dibenarnya untuk membawa muatan maksimum sebanyak 20kg, cuba kurangkan barangan anda kepada 5kg lebih ringan, iaitu dalam lingkungan 15kg. Selebihnya adalah peruntukan untuk membeli buah tangan di destinasi yang dituju.

tt6

Minta kaunter Check In untuk tandakan barangan anda sebagai Fragile (Mudah pecah). Ianya akan dijaga lebih berhati-hati

tt7

Untuk tujuan mengelakkan kehilangan barangan kemas, kotak pill boleh dijadikan sebagai tempat meletakkan barangan kemas.

tt8

Bawa travel pouch lengkap beserta isinya.

tt9

Cable tie penting untuk pelbagai situasi.

tt910