11 Perkara Tak Boleh Anda Lakukan Bila Travel Ke Turki

Jangan lakukan beberapa perkara ini jika ada ke Istanbul. Ini adalah pengalaman saya selama 3 tahun duduk di Istanbul.

Untuk pengetahun ini adalah kes-kes terpencil sebabnya selama 3 tahun duduk di Istanbul kes-kes begini saya dengar dan alami tidak sampai pun 4, 5 kali.

Artikel ini adalah untuk tujuan waspada, bukan kata Turki ni tidak selamat. Aduhaii. Jika nak tahu di Turki ini hampir tiada kes ragut, seluk poket, gangguan seksual, simbah asid, rompakan dan lain-lain.

1. Jangan kutuk Ataturk di tempat awam

Turki ada undang-undang bagi sesiapa yang kutuk Kamal Ataturk, boleh dipenjarakan.

2. Jangan lupa semak bayaran baki jika beli di kedai-kedai tepi jalan

Bila peniaga Turki beri baki tolong semak dulu. Jangan main jalan sahaja. Beberapa kes telah berlaku kepada sya dan peserta trip. Nanti peniaga tu cakap tak perasan duit baki tidak cukup. Tetapi jika anda orang kaya nak sedekah apa salahnya.

3. Jangan guna the power of handa jika mahu melintas jalan di Turki

Tidak kira anda bawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan lintas jalan sebelum waktunya seperti di Malaysia.

Jangan tunjuk tangan kononnya nak tahan kereta nak lintas jalan, silap-silap anda kena hon dan kena marah.

4. Jangan ikut jika ada orang ajak minum

Modus operandi scammer di Istanbul. Ini yang paling saya banyak pernah dengar. Bila dah minum sama-sama anda akan diminta bayar. Tahukah anda akan dicaj harga untuk minum kopi sebanyak USD500!

5. Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solat

Biasa orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan! Jika dah ambil wudhu lepas tu jalan kaki ayam ke dalam masjid, tu maksudnya kaki anda sudah kotor. Nanti kena marah dengan pakcik-pakcik Turki. Ayok.

6. Jangan buka dompet di depan orang-orang yang jual tepi jalan

Bila jalan-jalan di Bazaar di Istanbul, akan ada orang-orang mendekati anda nak jual buku, jaket dan macam lagi. Pernah jadi ada pelancong buka dompet depan orang-orang tu, kemudian orang tu tengok dompet penuh dengan duit USD, dia ambil duit tu dan lari.

7. Jangan datang kurang 3 jam ke lapangan terbang dari jadual penerbangan

Ataturk International Airport di Istanbul sangat sensitif dan ketat sekarang. Jika mereka dapat laporan atau dapati perkara yang mencurigakan, mereka akan tahan setiap kereta yang nak masuk airport. Akibatnya jalan jammed !

Pihak airline tidak akan bertanggungjawab jika ada kata anda lambat sebab polis airport buat anda terlambat.

8. Jangan layan jika ada pasangan Arab minta tengok bentuk duit Malaysia

Scammer ini sudah 2 kali saya kena. Tetapi saya dah tahu modus operandi mereka. Pasangan Arab akan mendekati anda kemudian cerita mereka akan ke Malaysia.

Mereka nak tengok bagaimana rupa duit Malaysia. Sebaik ada buka dompet depan mereka, percayalah duit anda telah pun hilang sekeping dua! Tidak tahu betapa lajunya tangan mereka buat kerja.

9. Jangan buka makanan Malaysia di dalam pengangkutan awam

Orang Turki sensitif bau2 makanan asia ni terutamanya Nusantara. Ada yang gelarkan makanan Malaysia ni seperti stokin busuk.

Janganlah pergi makan dalam pengangkutan awam mereka. Sayasendiri pernah kena halau dari teksi kerana bawa makanan berminyak. Bawa je pun dah kena halau.

10. Jangan sibuk main hp sewaktu naik teksi

Jika anda sibuk main hp sewaktu naik teksi, anda tidak perasan pemandu teksi tersebut tidak ON kan meter teksi. Akibatnya mereka caj ikut suka mereka.

Jika sibuk main hp ketika nak tukar duit, kadangkala anda tidak perasan duit tukaran yang diberi tidak cukup. Bila anda perasan tidak cukup selepas itu, pengurup wang tersebut akan cakap anda beri wang sekadar itu sahaja. Sedangkan anda beri lebih daripada yang pengurup wang itu beritahu.

11. Jangan petik bunga

Jika musim bunga tulip (April) dan ros (Mei) ramai yang tanya, boleh ke nak petik bunga-bunga tu. Jika semua orang petik habislah bunga-bunga tu semua.

Cukuplah tengok dan ambil gambar sahaja ya, jika orang petik bunga di rumah kita pun kita marah kan.

Merancang melancong ke Sydney, Australia? Ini 10 Perkara Anda Harus Tahu

Australia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada tanah besar, yang merupakan benua terkecil di dunia. Sebahagian besar dari Australia terdiri daripada gurun dan tanah separa gersang. Namun begitu, ia masih mempunyai hutan hujan, padang rumput serta paya bakau.

Ianya turut terkenal dengan kangaroo yang turut terlihat pada jata negara Australia. Serta kawasan-kawasan yang menarik, dengan pemandangan indah yang menjadi sebab pelancong pergi ke Australia.

Bagi bandar yang terbesar di Australia, Sydney menjadi antara pusat pelancongan yang popular di Australia, ramai pelancong tidak akan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Sydney yang dikenali dengan Harbour Bridge, juga Opera House. Tapi, jika anda merancang untuk ke Sydney, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu, menurut saudara Mohamad Hafizuddin Sailani menerusi akaun Facebook miliknya. Jom kita tengok apa yang kita perlu buat.

10 perkara yang anda perlu tahu sebelum masuk ke Sydney, Australia

1) Mesti beli opal card untuk menaiki public transport di mana-mana kedai runcit termasuk 7E

2) Hari Ahad hanya $2.50 sahaja di cas kepada pelanggan yang ingin mengelilingi Sydney

3) Ayam mentah halal jenama LILYDALE ada jual di supermarket.

4) Jangan langgar lampu isyarat perjalanan kaki anda boleh di kenakan saman.

5) 6 jam dari bandar ke tempat salji nsw (Perisher mountain) musim sejuk bulan 5,6,7

6) 3 jam dari bandar untuk melihat bukit-bukit yang cantik (Blue mountain)

7) Boleh sewa kereta bagi yang mampu. ( Hertz , rentalcar , carnextdoor , etc)

8) Download app penting untuk lihat jadual perjalanan transport (Opal travel , TripViewLite)

9) Terdapat 4 pengangkutan awam di Sydney (Feri , kereta api , light train dan bas)

10) “Boxing day” iaitu hari semua kedai membuat sale 30%-70% pada bulan krismas pada tarikh 26-27 disember.

Bagi anda yang mempunyai kesempatan untuk pergi ke Australia, dan tiba ke Sydney, bolehlah gunakan tip dari perkongsian ini, untuk memudahkan pergerakan di sana kelak.

5 Kos Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Buat Keputusan Untuk Beli Rumah

Membuat perkiraan yang betul mengenai berapa banyak kos yang diperlukan dalam membeli rumah sememangnya perlu diketahui oleh semua orang. Ianya untuk memastikan anda dapat menyediakan jumlah yang cukup, sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Namun begitu, tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat kira-kira, atau aspek mana yang memerlukan penggunaan duit yang tinggi, sama ada bayaran deposit, atau peguam. Anda mesti mahu memastikan kos yang perlu dikeluarkan adalah cukup, dan membolehkan anda untuk menyelesaikan urusan jual beli rumah dengan lancar.

Berdasarkan perkongsian daripada laman, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), terdapat 5 aspek yang perlu diambil kira, dalam mengeluarkan kos membeli rumah. Jom kita lihat perkiraan yang yang dikongsikan.

Kos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

1. Deposit

a. Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan.
b. Kerana margin pinjaman hanya 90% daripada harga jualan atau nilai semasa (pilih mana lebih rendah antara keduanya)

Contoh :
Harga jualan RM250k
Deposit 10% = RM25k

c. Bagi kes bank yang memberi pakej 100% pinjaman, secara kasarnya deposit tidak perlu dikeluarkan
d. Jika anda masih mengeluarkan deposit, anda akan dapat semula wang anda apabila proses jual beli telah selesai.

2. Bayaran Undang-Undang dan Duti Setem

Contoh:
Harga jualan RM250k
RM150k pertama: RM150k X 1.0% = RM1500
RM100k seterusnya: RM100k X 0.7% = RM700
Total: RM1500 + RM700 = RM2200

* Perlu diingat terdapat kos lain yang akan peguam sertakan dalam sebut harga (quotation), seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, faks, telefon, fotostat, pencarian tanah, dan lain-lain

Contoh:
Harga jualan RM250k
RM100k pertama: RM100k X 1.0% = RM1000
RM150k seterusnya: RM150k X 2% = RM3000
Total: RM1000 + RM3000 = RM4000

* Untuk pembelian rumah pertama, anda layak untuk mendapatkan diskaun stamp duty sebanyak 50%
* Info dari: eLawyer.com.my

3. Pinjaman Guaman dan Duti Setem

Untuk contoh pengiraan, anda boleh terus layari laman web: lowpartners.com

* Pinjaman guaman dan duti setem biasanya termasuk sekali dalam pakej yang diberi oleh pihak bank

4. Yuran Penilaian

Contoh:
Harga jualan RM250k
RM100k pertama: RM100k X 0.25% = RM250
RM150k seterusnya: RM150k X 0.2% = RM300
Jumlah Keseluruhan: RM250 + RM300 = RM500

* Perlu diingat, terdapat kos pembayaran yang akan penilai sertakan dalam sebut harga (quotation)
* Yuran penilaian biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank
* Info dari: Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartatanah Malaysia

5. Insurans Perumahan

Insurans biasanya termasuk sekali dalam pekej pinjaman yang diberi oleh pihak bank

Secara kesimpulannya

a. Bolehlah dirumuskan bahawa deposit tunai dan bayaran undang-undang adalah kos paling utama yang anda perlu beri perhatian
b. Bayaran undang-undang, yuran penilaian dan insurans kebiasaannya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank
c. Jalan paling selamat adalah anda menyediakan duit tunai 13% hingga 15% daripada harga jualan

Ini Langkah Demi Langkah Cara Tanam Biji Benih Parsley atau Daun Ketumbar

Siapa yang tak tahu pasal ketumbar? Mesti ramai kan? Kalau nak tahu ketumbar nie asalnya daripada pokok ketumbar yang bentuknya macam daun sup tu. Pokok daun ketumbar nie sangat popular dalam masakan.

Ia tergolong antara rempah masakan yang paling popular di dunia. Kalau nak tahu buah ketumbar dijual dalam bentuk biji dan serbuk. Selalu dicampur dalam masakan untuk naikkan rasa dan aroma.

Parsley (coriander leaves) ataupun dipanggil dengan nama tempatannya daun ketumbar mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Antara manfaatnya ialah digunakan sebagai bahan campuran dalam masakan, memiliki kandungan Vitamin A yang cukup tinggi baik untuk kesihatan mata, menjaga daya tahan tubuh, baik untuk kesihatan dan kekuatan tulang, membantu Menjaga kondisi jantung, bermanfaat sebagai anti kanser dan anti carcinogenic, baik untuk pencernaan, mampu mencegah gangguan dan penyakit yang muncul pada ginjal, bertindak sebagai antioksidan, mencegah anemia, membantu produksi eritrosit, baik untuk kesihatan ibu hamil, membantu perkembangan sel badan, baik untuk kesihatan dan perkembangan bayi serta membantu mencegah kerosakan otak.

Ini langkah demi langkah cara untuk menanam Biji Benih Parsley. Berikut kami tunjukkan anda bagaimana ingin menyemai anak benih parsley.

1. Mula-mula campurkan tanah baja di dalam bekas sederhana besar.

2. Kemudian masukkan tanah ke dalam bekas kecil. Kemudian taburkan 5-10 biji anak benih. (Kami hanya taburkan 5)

3. Selepas itu spray permukaan tanah tadi agar tanah sedikit lembab.

4. Kemudian letakkan di kawasan yang kena pada cahaya matahari. Tapi elakkan cahaya matahari terik. Sebaiknya letak di kawasan tingkap dapur pun ok.

5. Setelah dua minggu biji benih akan mula bercambah dan dah boleh pindahkan ke pasu lebih besar.

8 Sebab Mengapa Kita Patut Tanam Sendiri Sayur-sayuran Herba Masakan

1. Lebih terjamin kebersihannya kerana kita tahu baja apa yang kita guna. Dan biasanya kita pasti guna baja organik berbanding baja kimia kan?

2. Menjimatkan duit dapur. Ye lah biasanya nak guna daun selasih, basil atau kari sikit saja tak sampai segengam. Tapi kalau beli di kedai terpaksa beli satu ikat. Yang selebihnya? Busuk sahaja dan kita buang. Sangat membazir! Kalau tanam sendiri kita boleh petik dua tiga helai mengikut keperluan.

3. Tidak perlu tanah luas. Dalam pasu pun dah boleh tanam. Nak lagi cantik susun cantik2 di dapur atau di balkoni rumah.

4. Senang tumbuh walaupun di tepi tingkap di dapur. Ini kerana ada sesetengah english herbs sesuai di tempat teduh. Daun pandan juga sesuai di tempat teduh. Tetapi untuk daun kari perlukan cahaya matahari terik.

5. Hasil boleh dikongsi bersama jiran atau pun gunakan sistem barter. Kita beri jiran daun basil dan jiran beri kita daun kari. Jimat kan?

6. Pemandangan dan suasana di kawasan rumah lebih cantik dan hijau. Sejuk mata memandang.

7. Tahukah anda berbudi pada tanah tidak pernah rugi? Mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya apabila kita mula bertanam, aura positif sedang melingkari kehidupan kita.

8. Suasana ekonomi di tahun 2016 sangat suram dan mencabar. Jadi mulakan langkah menanam sendiri untuk kurangkan beban belanja dapur.

Ini Cara Paling Mudah Untuk Tanam Pokok Cili dan Rugi Kalau Anda Tidak Cuba

Ini memang cara yang sangat mudah dan rugi jugalah kalau anda tidak mencubanya. Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah ini anda juga boleh mendapat banyak pokok cili. Jom kita lihat langkah-langkahnya.

1. Pertama sekali ambil dua biji cili padi. ( Terpulang pada jenis cili yang anda nak guna). Kami guna cili padi sebab stok di rumah memang suka guna cili padi buat nasi goreng.

2. Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan

3. Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah. Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain. Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan?

Selamat mencuba..

Cara Bancuh Susu Bayi yang Betul Bagi Elak Khasiat Susu Hilang

Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.

Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.

Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.

Penerangan ini dikongsikan oleh blog Vanilla KismisA�tentang kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa ini dalam proses membancuh susu.

 

Seperti kezaliman bagaimana anda membacuh susu formula?

Selalunya cara di bawah ini bukan?

1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Memetik laporan portal berkenaan, iaA�menyatakan bahawa sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!

Kenapa?

 

Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana A�pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.

Info tambahan

Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul, tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu.

Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan ‘titik panas (hot spots) di dalam susu.

Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

Cara Memohon Pemasangan Utiliti Elektrik, IWK, Air, Cukai Taksiran & Cukai Pintu

Komen Editor : Artikel ini juga berguna untuk yang menghadapi situasi sama di luar kawasan yang ditulis, cuma jabatan/pihak berwajib mungkin berbeza.

Ini apa yang perlu buat selepas anda dapat kunci rumah daripada pihak pemaju ataupun penjual rumah.

***

Bagi pembeli rumah di kawasan sekitar Melaka, bolehlah merujuk artikel ini yang aku salin dan perbaiki dari blog seperti rujukan.

1. Elektrik – TENAGA NASIONAL BERHAD

tnb

** Sebelum itu boleh rujuk Bil TNB alamat rumah tersebut ataupun bil TNB alamat berhampiran. Pada bil yang aku tengok ni, depositnya RM120.00. Tetapi mulai Februari 2015, deposit telah ditetapkan sebanyak RM250.00.

Tahun 2011 semasa aku bayar deposit TNB rumah di Johor Bahru dalam RM150.00, sekarang aku tak pasti nilai depositnya. Jadi anggapan aku, Deposit TNB ini kekal RM250.00 mana-mana negeri bermula Februari 2015.

Untuk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:

1.1 Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;

Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara laporan penuh kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang permohonan pemasangan meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt di bawah:

  • Sales & Purchase Agreement (S&P) – 1 salinan lengkap
  • Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi – 1 salinan
  • Deposit pemasangan meter – RM240
  • Setem hasil – RM10

1.2 Kes 2: Membeli rumah dari orang lain;

i. Jika kita memohon dlm tempoh 12 bulan atau KURANG dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor (lantikan TNB). Boleh terus pergi ke TNB dan lampirkan dokumen seperti di atas. (Ini kes aku, aku bayar bil tertunggak dan maklum pada pemilik rumah asal, SMS dan lampirkan dalam Watapps dan terus tukar pindah milik – meter masih guna yang asal, cara ini tidak perlukan akaun asal pemilik lama ditutup, sekadar berpindah milikan sahaja)

ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter LEBIH dari 12 bulan, kita perlu lantik kontraktor (lantikan TNB) utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor, kita hanya bayar dan sediakan dokumen yg diperlukan:

  • Sales & Purchase Agreement (S&P) – 1 salinan lengkap
  • Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi – 1 salinan
  • Deposit Pemasangan Meter – **RM250
  • Setem hasil – RM10
  • Caj Proses Pertukaran Pelanggan RM3.00 dan GST RM0.18
  • Kes melebihi 1 Tahun – Tambahan RM120 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)

* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dapatkan no telefon kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.

2. Air – SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

samb

Utk meter air rasanya lagi mudah. Terus ke syarikat air negeri SAMB dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:

Utiliti air juga mewajibkan bagi akaun air rumah yang TIDAK AKTIF >1 tahun, diwajibkan mendaftar pada kontraktor lantikan SAMB.

Pihak SAMB akan melampirkan senarai kontraktor yang dilantik untuk kita hubungi. Kebanyakkan kontraktor mencaj harga yang tidak seragam antara RM350-RM600, jadi kena lebih kerja sebelum memilih kontraktor kalau nak berjimat maklumlah baru bayar rumah kan. Masa diambil kontraktor dalam 14 hari bekerja atau kurang. Antara kerja kontraktor adalah memeriksa tekanan air dan paip sambungan di pagar mestilah seperti asal tanpa meter air.

SAMB akan minta kita serahkan semua dokumen dan bayaran pada kontraktor. Kita hanya boleh membayar tunggakan akaun sedia ada sahaja. Rajin-rajin cari kontraktor dan serahkan wang, salinan Kad Pengenalan dan S&P pada kontraktor. Kes rumah aku, kontraktor minta RM250 dan dokumen berkaitan….dan siap.

Akaun Air yang TELAH ditamatkan

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Lot 897, Wisma Air, Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
Tel : 06-292 1758
Faks: 06-2815800
[email protected]

  • Sales & Purchase Agreement (S&P) – 1 salinan penuh
  • Kad Pengenalan Pemohon depan dan belakang – 1 salinan
  • Deposit meter- RM70.00 + Caj Pemohon Baru RM40.00 dan GST RM2.40. Total RM112.40
  • Setem hasil – RM10
  • Kes melebihi 1 Tahun – Tambahan RM150 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)

Bagi Negeri Johor pula, aku dikenakan deposit air oleh Syarikat Air Johor sebanyak RM50.00. SAJ ni aku daftar pada tahun 2011 ya sekarang aku tak tahu

* Pemasangan meter selesai dlm tempoh 3-7 hari bekerja (kes normal)

3. Sistem Pembetungan – INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD

iwk

Caj Bulanan IWK Domestik ialah RM8.00 dan + GST 6% dikeluarkan setiap 3 bulan sekali.

IWK Head Office
No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Contact Person : Puan Lini Feinita Muhammad Feisol
Tel : 603 2780 1299
Fax : 603 2095 5006
E-mail :[email protected]

IWK Office Melaka

(Enquiry & Payment Counter) No. 84 & 86, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam
Tel 06 – 317 3412
Fax 06 – 317 5418
Email [email protected]
Masa Operasi : 08.00 PAGI – 10.00 MALAM SETIAP HARI

Enquiry & Payment Counter
UTC Melaka – Lot 3-05, Wisma UTC, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Tel 06-2860075

Perlu dimaklumkan bagi bil utiliti Indah Water yang tertunggak wajib dibayar samada oleh pemilik lama atau pemilik baru. Jika urusan jual beli rumah subsale yang mempunyai tunggakan, sila mohon pembayaran diminta dari pemilik lama melalui peguam anda.

Pembeli juga boleh mendaftar jika masih ada tunggakan dengan syarat menjelaskan tunggakan terlebih dahulu. Cara mendaftar IWK adalah :

  • Sales & Purchase Agreement (S&P) – 1 salinan penuh, Jika tiada, boleh juga bawa 1 salinan Resit Cukai Pintu
  • Salinan Kad Pengenalan TIDAK PERLU
  • Deposit TIADA
  • Setem Hasil TIADA

Kes aku, peguam yang tuntut semua hutang dan kita kena follow-up balik IWK tanya baki hutang semua. Tanya juga jika pembentungan kita perlu sedut ke tidak sebab taknak la tersumbat kan. Ini jika patern perumahan ada yang pembentungan sendiri, ada juga yang pembentungan berpusat (tak perlu sedut).

Bagi IWK dokumen-dokemen seperti di atas untuk tukar nama. Jika tidak, bil masih gunakan nama pemilik lama.

Kaunter IWK ni paling pantas dan jarang ada pelanggan.

* Tunggakan IWK boleh merujuk peguam yang dilantik untuk uruskan

Kemaskini pada 27 JANUARI 2016, semua urusan seperti di atas boleh diselesaikan dalam satu bumbung di UTC Melaka Jalan Hang Tuah. Jangan lupa ke ARAS 3 ya. Setem hasil pun boleh didapatkan di Pejabat Pos UTC.

4. CUKAI TAFISRAN/CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH

4.1. CUKAI TAFSIRAN/CUKAI PINTU

Cukai Tafsiran/Pintu kena telefon Majlis Perbandaran. Kes aku, ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Pastikan nama korang dah tukar sebab caj semua dah bayar pada Peguam. Tunggakan tuntut pemilik lama melalui Peguam juga. Anggaran Cukai Tafsiran RM16.10 setiap bulan (x 12 Bulan). Bayaran Cukai Tafsiran untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun. Penalti dikenakan kalau berhutang cukai ni.

4.2. CUKAI TANAH

Cukai Tanah RM14.00 Setahun, bayar di Pejabat Tanah dekat Wisma Negeri tu. Sebulan dalam RM1.17. Bayaran Cukai Tanah untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun juga.

Jadi anggarkanlah dalam sebulan, anda kena bayar ansuran bank rumah dalam RMXXX.00 DAN cukai tafsiran/cukai pintu dalam RM17.27 DAN Caj IWK dalam RM8.00 (ada 6% GST). Pastu kalau sewakan harga market jika untung tu Alhamdullilah

Bagi urusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pula boleh berurusan di ARAS 4.

Alhamdullilah hutang PTPTN dan Yayasan Negeri Johor aku dah selesai, jadi pandai-pandailah simpan SSPNi PLUS secara pemotongan gaji untuk anak-anak tercinta ya.

Melaka….saya suka ini negeri aummm

RUJUKAN

utcmelaka

* UTC telah menjimatkan masa, tenaga dan wang dengan meletakkan institusi dan agensi kerajaan penting di bawah satu bumbung. Masa yang diambil hanya dalam 30 minit setiap urusan (kes normal)

Ini Yang Perlu Anda Semak Apabila Membeli Makanan Atau Minuman Dalam Bekas Plastik

Apa yang anda tahu tentang risiko menggunakan lambakan bekas plastik di pasaran? Mungkin tiada siapa pernah beritahu semua ini namun tahu tak, sebenarnya pemilihan botol minuman plastik sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan badan.

Sebenarnya, setiap botol minuman plastik akan dilabelkan daripada jenis plastik apa ianya diperbuat. Apabila membeli botol minuman plastik, pengguna dinasihatkan memeriksa terlebih dahulu label jenis plastik tersebut.

Maklumat ini sangat penting kerana setiap jenis plastik tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjadi punca kepada pelbagai ancaman kesihatan terhadap tubuh badan manusia.

Ini gambaran label yang kebiasaannya boleh kita jumpa pada botol minuman ataupun bekas plastik:

330755-r3l8t8d-650-1033-11

PET atau PETE

PET atau nama saintifiknya, Polyethylene terephthalates adalah satu jenis plastik yang paling biasa digunakan dalam barangan industri pengguna. Ianya boleh ditemui pada kebanyakan botol air minuman ringan dan bungkusan makanan.

Penggunaan jenis plastik ini terhad untuk penggunaan satu kali sahaja. Ini kerana penggunaan berulang dikhuatiri boleh meningkatkan risiko pertumbuhan bakteria dan kandungannya boleh larut bersama air. Ianya bagaimanapun sukar untuk dilupuskan, dan pembersihannya pula perlu melibatkan bahan kimia yang merbahaya.

Plastik jenis ini berkeupayaan mengalir keluar logam berat dan bahan kimia yang boleh memberi kesan terhadap keseimbangan hormon badan. Ianya juga boleh memangkinkan kanser.

HDP atau HDPE

Kandungan plastik dengan label HDPE (High-density polyethylene) ini kebiasaannya digunakan dalam pembuatan jug susu, botol bahan pencuci, botol-botol minyak, permainan kanak-kanak dan juga beg plastik. Secara praktikalnya, plastik jenis ini tidak mengeluarkan bahan kimia. Kebanyakan pakar mencadangkan untuk memilih botol dengan kandungan plastik ini kerana ianya dikatakan paling selamat di pasaran.

PVC atau 3V

Plastik PVC adalah jenis plastik lembut dan fleksibel yang selalu digunakan pada pembalut makanan, botol minyak masak, permainan kanak-kanak, dan juga bungkusan produk-produk pengguna dalam pelbagai industri.

Plastik jenis ini mengeluarkan dua jenis bahan kimia toksik yang boleh mempengaruhi hormon-hormon dalam badan. Pakar mengesyorkan untuk tidak menggunakan plastik jenis ini sekiranya anda mahu menggunakan untuk tujuan menyimpan minuman atau makanan.

LDPE

Plastik ini selalunya digunakan sebagai beg plastik. Ianya tidak mengeluarkan sebarang bahan kimia apabila bertindakbalas dengan air, namun tidak boleh digunakan untuk pembuatan botol minuman ataupun bekas makanan. Ianya tidak disarankan untuk anda membeli makanan yang menggunakan pembungkusan yang diperbuat daripada LDPE kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia berbahaya.

PP

Plastik PP (Polypropylene) selalunya berwarna putih atau separa telus. Ianya kuat, ringan, dan mempunyai kualiti rintangan haba yang sangat baik.

Plastik jenis ini selalu anda jumpa apabila membuka kotak makanan cereal – satu lapisan halus yang digunakan untuk mengedap makanan daripada dimasuki udara. Ianya juga selalu digunakan sebagai lampin bayi, penutup botol plastik, penutup bekas yogurt, bekas cip kentang dan lain-lain.

Apabila dipanaskan, ianya tidak cair dan selamat digunakan. Ia juga berfungsi sebagai halangan yang baik terhadap kelembapan, gris dan bahan kimia daripada melekat.

PS

Plastik PS (Polystyrene) jenis ini juga biasa kita dengar. Ianya murah, ringan dan digunakan secara meluas pada kebanyakan cawan dan pinggan pakai-buang styrofoam serta bekas karton telur.

Ia mengeluarkan beberapa bahan kimia carcinogenic apabila dipanaskan, dan tidak sesuai digunakan untuk jangka masa panjang sebagai bekas makanan ataupun minuman.

PC ataupun plastik tidak berlabel lain

PC ataupun nama saintifiknya, Polycarbonate seringkali digunakan dalam pengeluaran botol air minuman sukan dan bekas makanan. Plastik jenis ini tidak menepati piawaian untuk dikitar semula mahupun digunakan semula.

Ianya merupakan jenis plastik paling berbahaya untuk kesihatan badan yang boleh anda jumpa kerana kandungannya memiliki potensi untuk larut lesap bahan kimia ke dalam makanan ataupun minuman bekas Polycarbonate yang mengandungi BPA (Bisphenol A).

Jadi, rajin-rajinkan diri untuk melihat label botol plastik anda!