Ini kaedah menyediakan Plant Booster sebagai baja organik alternatif kepada penggunaan bahan kimia

PLANT BOOSTER alternatif kepada penggunaan bahan kimia
(idris bald)

Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan, banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti penggunaan bahan organic dan Efektic MicroOrganisma (EM) telah digunakan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia seterusnya mengurangkan kos pengeluaran serta memastikan pengeluaran bahan makanan bebas dari bahan kimia.

EM ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di sesuatu tempat. Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain. EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki dan memulihkan tanah.

Jabatan Pertanian telah berjaya membuktikan penggunaan EM (Plant Booster) ke atas beberapa tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang dapat meningkatkan mutu dan kualiti tanaman tanpa penggunaan bahan kimia.

En. Wan Muhammad Zukarnain bin Baharudin seorang Pegawai Pertanian yang berpengalaman dalam tanaman Fertigasi dan Organic Farming yang berpusat di Bahagian Pembangunan Komoditi Serdang telah menjalankan penyelidikan terhadap tanaman di atas dengan hasil yang sangat ketara dari segi pertumbuhan dan juga hasilnya.

Penyediaan EM (Plant Booster) mudah disediakan dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:

Bahan-bahan penghasilan plant booster

Gula merah (1kg), belacan(0.5kg), nanas (1kg), telur(10 biji), dedak (0.5kg), air (20L), susu segar atau susu tepung ([email protected]), pisang (1kg), betik (1kg), labu (1kg), kangkong (1kg) dan ragi (5 biji)

Kaedah pembuatan

Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan
kangkong perlu dikisar halus.
Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu
segar atau susu tepung, dedak, gula merah dan air.
Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam
satu bekas kemudian dikacau.
Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm,
panjang 5-6cm dan lebar 2-3 cm diletakkan
dipermukaan media bahan yang telah dicampur dan
akhir sekali ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas
permukaan labu atau media.
Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan
peram selama seminggu. Produk ini dianggap matang
apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas
permukaan media dan berbau masam manis.
Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis
sebelum digunakan pada tanaman.

Aplikasi pada tanaman

Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan dilapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;
i. Melon; Minggu (M) 1-2 (15ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L)
dan M 6-10 (30ml/L)
ii. Tomato; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (15ml/L),
M 6-8(20ml/L) dan M 9 keatas (25ml/L)
iii. Cili; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L),
M 6-8(30ml/L) dan M 9 keatas (40ml/L).
iv. Pisang; Minggu (M) 2 ( 10ml/1 liter air), M 4 (15ml/L),
M 8 (20ml/L), M 10 (25ml/L), M 12 ke atas hingga matang
(30ml/L) setiap bulan. Semua kaedah pembajaan dan
kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.

Anda boleh mencuba sendiri…….

Ini 11 Fakta Tentang Cara Menanam Pisang Berangan dengan Betul

Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.

1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutp rapat sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

8. Pembajaan:
a. Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.

10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.

Selamat mencuba!

Lelaki ini ajar cara paling mudah racun rumput dengan hanya menggunakan barangan sedia ada di dapur

Ikuti perkongsian saudara Muhammad Najib dalam mengatasi masalah rumput di halaman rumah menggunakan cara paling mudah tanpa memerlukan anda beli racun kimia lain.

Rumah yang aku beli baru-baru ini adalah ruang tanah sikit, tak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera macam tu.

Aku memang saja beli rumah yang ada ruang tanah sebab aku percaya, setiap manusia yang menghirup oksigen di muka bumi ini perlu menyumbang kembali kepada alam sekitar dengan menanam tumbuhan di ruang tanah mereka. Ini lebih elok dari kau beli rumah dan pantang ada ruang tanah sikit, kau simenkan sampai tak ada sekelumit pun kehijauan di situ.

Tapi masalah asas bila kau ada ruang tanah ini adalah bila ianya ditumbuhi rumput liar, lebih-lebih lagi rumah baru siap dan kau baru nak pindah masuk. Kena pula kau jenis pencinta alam sekitar macam aku dan tak suka nak guna bahan racun herbisid yang merbahaya kepada alam sekitar.

Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.

Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.

1. Sabun pencuci Sunlight dengan kuasa lemon.
2. Cuka masakan buatan (tapi tanpa logo halal ni).
3. Alat penyembur.

Tuang cuka masakan tu dalam alat penyembur, dan titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan. Kemudian kau sembur sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak ngam kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan tadi pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka kau sembur tadi melekit elok pada tumbuhan tersebut.

Aku sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila aku datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi coklat (mati). Kerja kau seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Tak susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.


Sebelum disembur racun herbisid organik.


Seminggu selepas disembur racun herbisid organik.

Tak payah panggil Bangla datang meracun dan cabut rumput.

Lebihan cuka kau boleh guna untuk buat ikan masak cuka dan lebihan sabun pencuci kau guna untuk cuci pinggan (jangan kau belasah campur dalam ikan masak cuka tu pulak).

Setel.

Bina Pagar Keselamatan Bayi Dengan Kos Hanya RM50

Disini saya kongsikan sedikit cara untuk membuat pagar keselamatan daripada paip PVC dengan hanya bermodalkan RM50. Kalau beli yang dah siap, biasanya dalam RM 150 hingga RM300.

Senang sangat-sangat. Cuma guna paip kelas 7, saiz paip setengah inci.

Selamat Mencuba!

Guna ‘S’ hook yang dijual di kedai RM2 dan getah untuk lock gate ini.

Pintu gelongsor untuk buka dan tutup.

Ini sahaja barang yang diperlukan.

Potong paip panjang mengikut saiz bukaan tangga anda.

5-6 batang, mengikut ketinggian dan saiz bukaan.

Masukan Elbow dan T joint. Jangan gam dulu, nanti senget. Cuba siapkan tanpa gam. Lepas semua dah padan, baru guna gam.

Potong paip yang lebihan tadi, kepada saiz yg sesuai. Kalau nak bukaan luas potong panjang2. Tapi kena pastikan baby tak lepas kepala.

Siap potong.

Cuba sambung semua.

Siap wow!!!!! Senang je kan?

Ini kalau nak buat bagi pintu keselamatan ini lagi tahan lasak.

Buka kaki yang paling bawah.

Buat sambungan macam dalam gambar. Potong paip kecil-kecil supaya dapat sambungan yang kemas.

Siap!

Selamat, dan kukuh =)

Cara betul nak beli kereta baru harga RM65,000. Siap dapat duit lebih minimum RM5,000

Kalau diberi pilihan, siapa saja yang tak nak berkereta baru, kan? Ramai anak-anak muda sekarang yang bergaya bukan main. Nak kereta jenama Jepun saja. Myvi atau Saga, dah tolak tepi siap-siap. Tak stylo katanya.

Bagi yang bukan jenis orang yang macam Tok cakap ni, tahniah. Sebab korang berjaya kawal nafsu dengan baik, ini ada hadiah tip ohsem untuk korang.

Tip kali ni bukan biasa-biasa tau. Sambil pakai kereta baru, korang dapat simpan duit untuk bayar baki ansuran kereta, dan dapat duit lebih lagi. Suka tak?

Kalau nak tahu, jom baca perkongsian Tuan Redzwan Khairudin ni. Rugi woi tak baca dan belajar ilmu macam ni.

Hadamkan dulu amaran ini sebelum teruskan bacaan.

Amaran: Segala pengiraan dalam posting ini sesuai dibaca untuk yang masih tercari-cari point kukuh, kenapa tak perlu beli kereta yang harga lebih dari RM65,000.

Dengan syarat, jika kereta tersebut semata-mata untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan keperluan disamping mendambakan sedikit keselesaan.

Dunia kewangan taklah zalim sangat, kalau korang bijak membahagi darabkan antara keperluan dan kemahuan. Panjang pulak amaran saya ni. Hehe.

Antara kereta yang saya sarankan korang beli adalah seperti:

Proton Suprima Medium Spec (bukan highest spec yang siap dengan skirting),
Proton Persona Medium Spec,
Proton Neo Medium Spec,
Proton Saga Highest Spec,
Proton Iriz Highest Spec,
Perodua Alza Medium Spec,
Perodua Myvi Highest Spec,
Perodua Axia Lowest Spec (korang boleh beli 2 buah tau),
Perodua Bezza Highest Spec,
Atau lain-lain kereta yang harga bawah RM65,000 (korang boleh tambah sendiri list ni).

Ini dia game plan yang anda boleh gunakan.

1) Kita assume harga kereta kat atas ni ikut selera masing-masing tetapkan pada harga RM63,400 sahaja. So, sediakan deposit 10% sebagai duit muka bayaran kereta.

Total RM6,340 tu, korang pandai-pandai sediakan. Samada duit kutu ker, hasil buat kerja part time ke, hasil jualan melalui dropship ke, atau lain-lain. Janji rezeki tu halalan toyyiban.

2) Cari bank yang tawarkan rate 3.0% untuk CL (Car Loan) korang bagi kereta lokal yang bertaraf nasional.

Ya, sesetengah orang akan cakap mana ada bank nak bagi 3%. Sekarang, kereta lokal je dah 3.3% ke atas.

Okay, macam ni. Kalau tak jumpa mana yang nak bagi 3% tu boleh contact Abam RK.

Kalau abam carikan ada yang nak bagi 3% atau kurang lagi, alamatnya korang memang kena deal dengan Abam RK untuk proses-proses seterusnya.

So, cari sampai jumpa okay?

3) Secara tak langsung korang buat pinjaman dengan pihak bank, untuk baki harga kereta setelah dibayar duit mukanya itu tadi.

Saya assume RM57,000 ikat bank 9 tahun dengan kadar bunga 3% setahun. Maka bayaran bulanannya ialah RM602.89. Sap sap sui, RM600 kasi senang cerita.

Ini surprise yang anda bakal dapat lepas dah beli kereta nanti.

4) Next korang cari Abam RK. Bagi abam test drive kereta korang tu. Abam nak tekan minyak laju-laju, lepas tu buat drift satu kali.

Lepas siap buat drift, Abam keluar kereta terus bagi korang borang ASB Financing.

Pasti korang terpinga-pinga, kan? Dalam hati, eh pokemon betul RK ni.

Dah la hentak pedal dalam-dalam. Habis minyak kereta aku. Lepas tu buat drift tak beragak.

Tup-tup, suruh buat ASB Financing. Sakai ke ape mamat ni? Insuran nyawa dah berlambak kot?

Okay. Pendek cerita, korang buat RM110,000 ASB Financing, ikat 30 tahun. Monthly bayar RM604.02 Sap sap sui, RM600 senang cerita.

5) Teruskan membayar bulanan Kereta untuk RM602.89 dan ASB Financing untuk RM604.02. Total komitmen bulanan untuk kedua benda ni ialah:

RM602.89 + RM604.02 =
RM1,206.91.

Senang kira, RM1,200 lah ya.

6) Jaga kewangan dengan penuh tanggungjawab. Bayar kepada bank untuk kedua benda ni selama 4 tahun.

Layankan saja kalau ada model-model kereta baru yang keluar selepas ni dalam pasaran. Kau siul jer kuat-kuat, jangan bagi kata nafsu memenangi perperangan saraf di kotak minda tu.

4 tahun pun berlalu

7) Selepas 4 Tahun, korang terminate (jual semula) sijil pembiayaan ASB Financing RM110,000 itu tadi.

Secara tak langsung akan menghasilkan dividen terkumpul sebanyak RM35,500, dan hasil jualan semula sijil sebanyak RM6,800. Total Cash in Hand hasil termination ASB Financing ketika ini ialah RM42,300:

Dividen Terkumpul + Surrender Value,

RM35,500 + RM6,800 =
RM42,300.

8) Sekarang semak semula berapa outstanding balance untuk hutang kereta selepas 4 tahun solid membayar.

Total Car Loan at beginning 48 bulan hasil bayaran telah dibuat,

RM65,112 (RM602.89 X 48 Bulan) =
RM36,170 (Baki @ Outstanding Amount).

9) Gunakan total cash in Hand melalui hasil ASB financing tadi untuk setelkan terus outstanding figure car loan korang.

Maka, akan ada sedikit lebihan:

RM42,300 RM36,170 = RM6,130.

Antara contoh strategi yang anda boleh gunakan.

10) Kereta Suprima (contoh berdasarkan list kat atas tadi) yang korang beli dan ikat tepi selama 9 tahun dengan pihak bank, dapat disetelkan dalam masa 4 tahun solid saja.

11) Lebihan wang keramat sebanyak RM6,100++ tercipta.

12) Jika kereta Suprima itu tadi anda jual pada market, nilainya masih ada sebab baru saja berusia 4 tahun (kebanyakan kereta terpakai berharga RM yang masih acceptable jika usia 4 tahun ke bawah).

Jika kita ambil 40% sahaja dari harga asal, maka kereta korang akan memberi pulangan tunai sebanyak RM25,360.

Maka secara asasnya, total wang tunai akan menjadi:

lebihan dari game plan 4 tahun + hasil step up game plan,
RM6,130 + RM25,360 =
RM31,490.

13) Jika kereta Suprima itu tadi korang jadikan untuk dibuat sewa kepada pelajar universiti (ataupun dipajakkan untuk dibuat sewa oleh bisnes kereta sewa), maka korang deal sendiri dengan tokey bisnes tersebut.

Ini bertujuan untuk dapatkan constant passive inflow of cash darinya untuk setiap bulan.

Carilah deal yang tak menindas dan tak menyukarkan diri korang sendiri. Jika positive cash flow utk deal macam ni boleh bagi pulangan RM1,000 setiap bulan, itu pun dah cukup bagus.

14) Korang pilih antara point (12) & point (13) atas ni.

Lepas tu, apa nak buat?

15) Kalau pilih point (12), maka korang akan ada cash almost RM32,000.

Kalau saya, buat Financing untuk ASB dan ASB2 nilai maksimum RM200,000 setiap satu, dan kemudiannya apply teknik Rolling Dividen selama 29 Tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya selepas 30 tahun dari sekarang, saya bakal ada dana persaraan sebanyak hampir RM520,000. Banyak kan?

16) Jika pilih point (13), maka korang get ready pelan untuk melabur dalam pelaburan hartanah, atau lain-lain jenis pelaburan. Maintain agreement pajakan kereta untuk sewa tu (maintain at least 5 tahun).

Dapatkan positive cash flow RM800 ke RM1000 setiap bulan. Jadikan sebagai holding power untuk property sebelum korang jual untuk dapatkan capital appreciation.

Tips tambahan: Jual BMV (below market value) untuk elak risiko tak terjual. Decor bagi cun, pada masa yang sama, dalami ilmu hartanah dalam-dalam.

Ini kerugian yang anda kena tanggung kalau tak buat strategi macam ini.

17) Jika tak buat strategi macam ni, maka korang beli kereta ikat 4 tahun saja dengan kadar bunga yang sama 3%, maka bayaran sebulan ialah RM1,261.

Lepas habis bayar, korang kekurangan RM9,000 ++ sebenarnya. Ini yang dinamakan sebagai opportunity lost. Jom kita kira.

Hasil lebihan jika guna ASB yg tak dapat + bayar lebih RM61 selama 48 bulan,

RM6,130 + (RM61 X 48 Bulan) =
RM9,058 (ini jumlah peluang yang korang rugi).

Kesimpulan yang boleh dibuat.

18) Beregu itu memang baik jika kena pada caranya. Potensi mereka amat besar. Jika digilap secara berterusan, In shaa Allah pasti akan menyinar.

19) Hapuskan hutang jahat dengan convert ia menjadi hutang yang baik.

20) Istiqomah dalam berdakwah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Nanti segala perancangan akan pergi ke laut.

21) Sesuaikan ikut kewangan poket masing-masing. Saya cuma bagi gambaran sahaja. Usah banyak bicara jika mahu berjaya.

Kalau rasa-rasa tak boleh hadap, anda muhasabah balik diri tu. Tanya balik apa tujuan utama kita hidup dimuka bumi. Nak enjoy lebih, atau nak berjaya sesama kita dan bantu lebih ramai orang yang seagama?

Saya minta maaf kalau ada salah dan silap. Mohon tunjuk ajar mana yang terkurang.

Ingin lanjutkan pelajaran ke luar negara tapi tak tahu bagaimana? Gadis ini ada jawapannya

Kami pasti, dalam benak hati kebanyakan anda semua ingin merasa belajar di luar negara. Bagusnya belajar di luar negara ni ialah kita dapat belajar berdikari tanpa pertolongan ibu bapa dan orang yang rapat dengan kita. Masak, basuh baju, layan perasaan semuanya sendiri.

Belajar di luar juga dapat belajar budaya negara lain serta berkawan dengan orang dari pelbagai negara. Tapi tahukah anda bagaimana caranya nak belajar di universiti luar negara? Gadis ini ada tips-tips yang ingin dikongsikan. Semoga berguna untuk anda semua yang pasang impian untuk belajar jauh-jauh.

Macam mana nak sambung belajar kat luar negara?

Buat research dan survey

Kena confident, jangan cepat give up!

Leceh tetapi berbaloi

Masalah Tak Boleh Tengok Duit Dalam Bank? Wanita ini ajar menyimpan dengan lebih berdisiplin

Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.

Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat. Kami pun teringin mahu mencubanya.

Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit saja, nak berbelanja saja kerjanya.

It’s me! Totally me!

Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?

Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Meoi 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.

Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1,200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.

I cannot see my account balance. I intend to spend. Terima kasih Maybank sebab ada this kind of thing.

Selain simpanan untuk road tax kereta guna Flexi Saver Plan, duit dalam Tabung Haji wajib! Simpanan dalam bentuk emas pun wajib. Bagaimanapun, terpulang pada jenis akaun anda. Ada yang ada, ada yang tak ada.

Amaun yang kita simpan dalam Flexi Saver Plan juga akan muncul dalam penyata akaun kita. Tetapi amaun itu tidak muncul dalam baki wang dalam akaun. Cuma duit yang ditolak setiap bulan, ada dinyatakan.

Jumlah wang yang ada dalam akaun juga akan diasingkan. Jadi, boleh guna duit dalam akaun sesuka hati.

As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam Flexi Smart Saver. Bila dah tiba tarikh matangnya, wang yang disimpan itu akan masuk semula dalam akaun.

Seperti saya, RM150 dipotong dari akaun setiap bulan. Maka selepas 12 bulan, dapatlah RM1,800 dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02.

Bagi yang berminat, anda perlu tahu bahawa:

Ada akaun yang tidak mempunyai fungsi ini. Sebab kenapa dan mengapa, itu di luar pengetahuan saya.

Amaun potongan bulan: Anda yang tetapkan
Tempoh: Anda yang tetapkan
Tarikh: Anda yang tetapkan

Login akaun Maybank anda seperti biasa

Klik pada Accounts & Banking

Klik personal saver account

Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan

Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing

Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada

Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan

Contoh yang saya buat:

Disember 2015: RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Tetapi yang masuk ke dalam akaun ialah RM1,815.02.
Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.

Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan.