4 Bahan Asas Yang Boleh Anda Guna Bagi Penggemar DIY

Kebanyakan orang beralih minat untuk buat sendiri perabot ataupun sebarang perkakasan menggunakan bahan-bahan sekeliling daripada membeli yang sudah siap di kedai sebab nak kurangkan kos. Kadang-kadang barangan perabot yang dijual kat pasaran tak menepati citarasa. Dan ada juga yang dah memang hobi buat benda ni.

Sebab itu DIY jadi satu hobi pilihan. Ditambah pula musim kegawatan ekonomi, jadi lagi meriah.

Buat yang masih baru nak cuba-cuba dalam bidang ini, ini antara bahan asas yang boleh cuba;

Boltless Rack

 

boltless-custom-shelving-units-gallery

 

Boltless rack adalah antara bahan DIY yang paling kukuh dan menjimatkan ruang. Bayangkan satu lapisan rak yang dibina menerusinya dengan ukuran paling kecil (5ft x 1ft) pun sudah mampu menampung bebanan lebih 100kg. Ini baru satu lapis, kalau ada 4 lapis (standard) jumlah bebanan sebanyak 400kg boleh ditampung!

Idea DIY? Mungkin boleh cuba buat katil, almari pakaian/wardrobe, rak stor, meja dan sebagainya. Saya sendiri guna boltless rack untuk rak di stor rumah. Hajatnya nak bina rak wardrobe besar sendiri so that boleh menjimatkan ruang dalam bilik and semua pakaian dapat disusun dengan lebih baik. Masih dalam planning.

Kayu Pallet / Pine

 

 

Kayu pine ni kira antara bahan DIY paling popular digunakan. Kayu ini asalnya digunakan untuk membalut barangan komersil (seperti motosikal, enjin, barangan mekanikal, fragile items) untuk tujuan shipping dan selepas tu biasanya dibuang macam tu je.

Bagi yang tahu lubuk untuk dapatkan kayu pine ni kira bertuah, dapat ambil camtu je. Kalau tiada lubuk atau malas nak cari, ada banyak kayu pine dijual pada harga murah kat Facebook, Mudah.my dan sebagainya. Biasalah, benda ni pun boleh buat berniaga. Tapi masih berbaloi untuk dibeli.

Kayu pine boleh digunakan untuk buat meja, katil, sofa dan sebagainya. Kena rajin potong kayu jela.

Batang Paip PVC

 

aimg_3962

 

Idea menggunakan batang paip PVC ni sebenarnya dah lama dan kebiasannya digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam bidang penternakan/pertanian, sebagai contoh nak buat kandang kambing, pengaliran air untuk bagi haiwan ternakan, tanam-tanaman dan sebagainya.

Dari segi kekukuhannya, boleh adjust sendiri. Kalau tujuan untuk letak beban ringan atau sederhana berat, boleh guna Paip PVC kosong macam biasa. Guna paip PVC berdiameter besar untuk lebih kukuh. Kalau beban untuk diletakkan atasnya berat, tweak sikit, letak batang konkrit dan simen pada bahagian dalaman batang paip tersebut. Dah jadi sekukuh tiang simen biasa.

Kontena

Selalunya kontena ni digunakan sebagai ‘rumah’ sementara bagi kerja-kerja pembinaan, pondok rehat pengawal keselamatan, surau, dan sebagainya. Tapi sekarang ni dah jadi trend orang bina rumah guna kontena.

Sebab apa? Pertamanya memang lagi jimat (hampir separuh daripada kos membina rumah biasa). Keduanya, lebih cepat. Rumah yang sepatutnya siap dalam masa 1 tahun, kalau guna kontena boleh siap dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Tak semestinya rumah, nak bina kiosk berniaga pun boleh.

Cuma untuk iklim di Malaysia ni yang sentiasa panas, dan disebabkan kontena ni dibuat daripada besi, kena cari jalan untuk buat pemindahan haba. Taknak bagi haba terkumpul, jadi panas bahagian dalam.

Macam kereta la. Bahagian dalamannya guna aluminium foil untuk elak haba terserap kedalam. Kontena pun sama. Ada macam-macam lagi alternatif boleh buat nak elak haba terkumpul. So bukan isu pun.

Lagi best kalau semua idea bahan di atas ni digabungkan. Sure dapat penjimatan terbaik. Ni cita-cita saya. Entah bila dapat buat tapi insyaAllah satu hari nanti.

7 Sebab Kenapa Suami Curang Dengan Isteri

Hubungan suami isteri adakalanya hambar dan muncul pelbagai masalah apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kadang-kadang tak sampai 5 tahun usia perkahwinan pun suami sudah mula buat hal. Kenapa boleh jadi sebegitu rupa?

Kenapa suami curang?

Berikut merupakan 5 sebab dan selalu dijadikan “alasan” suami, kenapa dia berlaku curang:

Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat

1. Zuriat

Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat. Zuriat merupakan antara perkara penting dalam sesuatu rumahtangga. Ya ini memang benar tapi kita tidak boleh menyalahkan isteri kerana ini semua ketentuan dan kehendak-Nya.

Siapalah kita untuk mencabar kekuasaan-Nya, betul tak? Ini semua dugaan yang Allah berikan untuk menguji kita tentang ikatan perkahwinan. Tetapi alasan ini seringkali digunakan oleh si suami untuk mencari yang lain.

Suami tabiatnya memang suka berfoya-foya

2. Tabiat

Memang tertekan kalau suami tabiatnya memang suka berfoya-foya. Manusia boleh berubah tetapi itu semua atas kehendak sendiri. Kalau suami memang nak berubah, sebelum kahwin pun dia dah fikir nak berubahkan?

Suami “test market”

3. Pergaulan

Ini memang banyak terjadi, kadang-kadang sisuami tiada niat pun nak curang tetapi disebabkan bergaul dengan kawan-kawan yang suka mencabar maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Bila kawan-kawan mula mencabar ego sisuami, mulalah dia nak “test market” juga.

Kurang aktiviti seks

4. Nafsu Seks

Menjaga hubungan seks memang amat penting kerana faktor ini sangat penting buat si suami. Tapi kita hanya manusia biasa, kadang-kadang isteri sibuk menguruskan rumahtangga sehingga terlupa untuk menjaga penampilan diri dan lain-lain.

Perkara ini juga sering dijadikan alasan bagi si suami untuk mencari yang lain.

Suami tidak tahan digoda

5. Tidak Tahan Digoda

Tidak dinafikan wanita diluar sana pun apa kurangnya suka menggoda. Walaupun tahu lelaki tersebut telah berkahwin tetapi bagi mereka sangat seronok dan sukakan cabaran untuk memikat lelaki yang sudah bergelar suami.Kebanyakkan lelaki memang tidak tahan godaan.Niat dihati nak setia tetapi baru kena cuit sikit dah jatuh terguling dalam dakapan wanita lain.

Inilah adalah antara lima alasan si suami untuk berlaku curang, kadang-kadang wanita di luar sana tidak cantik mana pun tetapi kenapa suami beralih arah?

Akhir kata

Sebenarnya yang paling penting adalah dengan menjaga kepercayaan pasangan kita. Cuba tonton video Ustaz Azhar Idrus di YouTube tentang doa pengikat kasih sayang.

10 Tips Menghadapi Suami Curang

Apabila suami curang, kita akan salahkan perempuan itu. Pernahkah kita lihat kelemahan dan kekurangan kita?

Hati ingin memberontak, memukul dan memaki, namun janganlah bersikap biadap dan derhaka pada suami kerana kelemahan ini yang mendekatkanya pada wanita simpanannya itu.

Jadi, apakah tips menghadapi suami curang?

1. Bincang dari hati ke hati

Lembutkan hati, beri ruang untuk suami berfikir dan menilai semuanya selepas berbincang.

2. Jangan memaksa

Jangan sesekali memaksa suami mengaku kerana ia makin memudaratkan keadaan. Memang pahit tetapi inilah lumrah kehidupanku kerana yang sabar itu akan menang walaupun mengambil masa lama.

3. Jangan simpan dendam

Apatah lagi menggunakan syirik dan khurafat untuk kembalikan suami ke pangkuan. Ini hanya akan menimbulkan kebencian suami jika diketahuinya.

Kita harus berdoa dan berubah demi suami dan anak-anak kita. Sekurang-kurangnya suami sedar betapa beruntungnya mempunyai isteri, kesedaran itu penting daripada tindakan ugutan penuh emosi.

4. Jangan provoke dan hina suami

Saya percaya memiliki suami bukan untuk menguasainya tetapi menjadi isteri yang dimilikinya dan berkongsi. Jangan menghina suami walaupun kesalahannya begitu besar. Belajarlah memaafkan dan beri peluang agar suami berubah. Ubahlah diri demi suami.

5. Kenal-kenal dengan perempuan kesukaan suami

Apapun kenali perempuan kesukaannya itu, cari dan ambil tahu apa yang suami suka tentangnya. Isteri lebih memahami suami sendiri, lakukan yang lebih baik daripada perempuan itu.

6. Jangan serang orang ketiga

Kalau kita serang perempuan itu, ini akan menimbulkan dendam yang akan menghancurkan rumahtangga. Selesaikan dengan baik, buang segala ego dan kemarahan, In Shaa Allah segalanya akan kembali kepada kita.

7. Kuatkan mental dan fizikal

Jangan asyik mahu berendam dengan air mata. Bila air mata kering, mahu tunggu keluar darah pula?

Bangkitlah, buat apa mahu sedih-sedih. Bila otak penat, badan juga jadi lemah. Jalani kehidupan seperti biasa.

8. Luangkan masa yang lebih dengan anak-anak

Mungkin sebelum ini, kita tidak banyak luangkan masa dengan anak-anak. Anak-anak itu adalah penawar di kala sedih. Jangan asyik fikirkan tentang kecurangan suami.

Tataplah muka anak, lihatlah betapa sucinya mereka. Dialah penawar segalanya.

9. Semak hubungan kita dengan Allah

Adakah solat cukup 5 waktu? Bilakah kali terakhir membaca Al-Quran di rumah? Bilakah kali terakhir solat berimamkan suami? Berdoalah selalu untuk kebahagiaan rumahtangga.

10. Berpisah cara baik

Jika masih lagi tidak boleh bertahan, berpisahlah cara baik. Kalau dia datang pada kita cara baik, biarlah perpisahan itu dengan cara yang baik. Takut akan melukakan kedua-dua belah keluarga.

Ini hanya nasihat, hasil dari kutipan dan panduan ramai yang berpengalaman menghadapi suami curang. Bagaimana dengan anda? Kalau suami curang, mahu buat apa?

5 Teknik Menghadapi Perampas Suami Orang. Jangan Risau!

Perampas Suami Orang

Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.

Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada. Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tetapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.

Geram sangat!

Pasti ada yang kata, “Biar aku ganyang-ganyang perempuan tak tau malu tu. Laki aku jugak nak dikebas!”. Itu yang tidak ditapis. Selalunya, kata-kata nista dan maki hamun yang tidak enak didengar semua keluar.

Mohon bertenang. Daripada kita terus marah-marah begitu, lebih baik bagi nasihat untuk perempuan perampas itu.

Semuanya salah suami?

Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumahtangga kekal bahagia selama-lamanya. Tetapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan menyimpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.

Musuh perempuan ialah perempuan?

Kenapa perempuan lain di luar sana selalu menghukum wanita bernama wanita sebagai perampas suami orang? Bukankah perempuan sama perempuan sepatutnya berbaik-baik?. Kenyataannya, isteri perlu cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain sesuka hati.

Mari lihat lihat bagaimana ‘merampas‘ semula suami kita.

1. Serang! Tenangkan diri, jangan menangis

perempuan-wanita-menangis-crying-cry-husband-wife
Foto Kredit: mdig.com
Maaf, serang perempuan perampas suami orang bukanlah satu tindakan yang matang.

 

Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu ‘pertarungan‘ menarik di ranjang. Harap-harap suami akan dapat lupakan si perampas suami orang itu.

Jadikan diri anda yang paling hebat dan menakluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

2. Imbas kenangan manis masa lalu

Brother and Sister Running
Foto Kredit: momlifetoday.com

Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka. Ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga, iaitu si perampas suami orang.

Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah.

3. Belai manja sambil puji suami

 

Foto Kredit: aliveinthefire.com

Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘najis’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali memaksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Lupakan sementara perampas suami orang yang tidak sedar diri itu. Fokus pada suami sendiri dahulu.

Jika suami yang menimbulkan masalah, maka gunakan sikap manja isteri untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tetapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga. Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

4. Fokus pada keluarga dan anak-anak

Foto Kredit: gettyimages.com

Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri. Lupakan si perempuan perampas suami orang itu buat sementara.

Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

5. Cuba perbaiki diri sendiri

Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya.

Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tetapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Akhir kata

Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.

Cubalah untuk setia!.