Satu ilmu baru buat semua mungkin. Pernah tak anda berada di situasi di mana, anda mahu keluarkan duit tapi terlupa membawa kad ATM bersama-sama. Bolehkah ianya dilakukan?

Kisah kejadian ini yang berlaku kepada Ahmad Asyraf AsyariA�yangA�berkongsikan kisah di mana dia terlupa membawa dompet yang berisi kad ATM ke pasaraya. Dia telah menggunakan satu kelebihan yang ada apa bank yang digunakannya iaitu keluarkan duit tanpa menggunakan kad ATM.

Ini ceritanya. Untuk kes ini Maybank digunakan jadi VITDIY belum mempunyai sebarang kesahihan berkenaan teknik ini boleh diaplikasi pada bank lain atau tidak.

Semalam pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.

Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe

Jadinya, duduk berfikir sebentar.

Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat ‘IBFT’ dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.
Terus teringat yang Maybank ada khidmat a�?Pengeluaran tanpa Kada�� atau a�?Cardless Withdrawala��.

Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

Boleh tengok gambar-gambar dan baca ‘caption’ di bawah untuk tahu cara a�?step by stepa��. Manalah tahu jadi pula satu hari pada kita nanti kan.

1. Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan.A�

Klik ‘Account & Banking’

2. Pilih ‘transfer’ kemudian ‘Cardless Withdrawal’

3. Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.

4. Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.

5.A�Pilih pengeluaran tanpa kad.


6.A�Teruskan lah. Hehe

7.A�Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.

8. Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.

9.A�Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.

 

Mudahkan, jadi tidak risau lagi jika dompet dan kad ATM anda tertinggal ketika di pasaraya,A�asalkan ada internet dan yang paling penting duit ada dalam akaun bank tersebut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.