Isu H5N1, Ayam Selamat Dimakan Jika Dimasak Sempurna Melebihi Suhu 70 Darjah Celsius

Nampaknya ramai orang diluar sana begitu bimbang terkena wabak selesema burung (H5N1) jika memakana ayam daging yang mungkin dijangkiti H5N1.

Tahukah anda bahawa ayam berkenaan selamat dimakan jika ianya dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah Celsius, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.

“Bakteria atau virus itu akan mati jika ia dimasak pada suhu 100 darjah celcius dan ke atas.

“Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak…ayam dimasak dengan sempurna.

“Jadi, memanglah selamat untuk dimakan,” katanya.

Pada Rabu, Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di jajahan Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *