Apa yang perlu Fresh Graduate buat setelah mula mamasuki alam pekerjaan? Aturkan langkah dengan bijak bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Artikel ini akan membincangkan berkenaan tindakan atau langkah yang perlu dilakukan bagi Fresh Graduates setelah bekerjaya

1. Jangan Beli Kereta

Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat ‘untung’ daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja. Jika tempat kerja tidak terlalu jauh belilah motor sebagai kenderaan sementara untuk 2 hingga 4 tahun pertama kerana kos tersembunyi motor tidak terlalu mahal seperti kereta.

2. Beli Rumah Kos Rendah atau Tanah

Oleh kerana baru bekerja dan gaji kecil bukan menjadi alasan untuk tidak membli rumah atau tanah. Nilai hartanah tidak pernah susut malahan semakin meningkat saban hari. Jika ada rumah low cost yang dijual di pasaran maka belilah sebagai tempat berteduh sementara merancang untuk menstabilkan kewangan diri sendiri.

3. Educate Diri Sendiri

Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Kebiasaannya yang masuk dalam golongan BANKRAP ini adalah yang tidak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapai kalau bulan-bulan kebocoran, banyak komitment dan takde saving pun tak guna.

4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)

Untuk fresh graduate, memandai badjet antara RM100-RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ini, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dan sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

5. Elakkan mengambil kad kredit

Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis yang tidak tahun mengawal perbelanjaan. Ia akan mendorong kepada bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas tiga tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah seperti RM5000 sahaja. Pastikan langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan minimum payment saja, nanti bunga dia akan berganda.

6. Perbanyakan sedekah dan bayar Zakat

Percaya yang satu ini. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber yang halal, Allah akan gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak gaji pertama lagi. Biar sedikit janji Ikhlas.

7. Buka akaun Tabung Haji

Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM1300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

8. Berkahwin bagi yang masih Bujang

Carilah pasangan yang sudi susah senang bersama, makan meggi bersama, ketawa bersama, menangis bersama dan sanggup menyewa/duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

9. Pekakkan Telinga

Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks, mengumpat malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai kereta, telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, adakah dia nak bagi duit kat kita?

10. Topup Simpanan ASB

Jika ada duit gaji maka cuba topup sedikit ke tabung simpanan ASB yang ada memberi pulangan dividend setiap tahun.

P/S Segala point-point yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada sumber yang diselitkan. Anda boleh follow atau atau anda boleh ikut acuan perancangan hidup anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.