Pernah terjadi tak satu ketika apabila anda pulang dari bercuti atau riadah hujung minggu dan apabila sampai di rumah, anda mendapati jam digital memaparkan waktu yang salah?

Sekelip mata, fikiran anda mencetuskan jangkaan yang terdapat gangguan elektrik terjadi di rumah semasa anda tiada. Namun pada dasarnya, susah nak tahu bila ianya berlaku, atau berapa lama ianya berlangsung. Dan ini juga menjadikan agak mustahil untuk tahu berapa lama makanan dalam peti ais anda mungkin telah dicairkan, rosak, kemudian dibekukan kembali.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Sheila Pulanco Russell menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi satu tip mudah untuk membuat jangkaan bawah makanan dalam peti ais anda masih lagi dalam keadaan baik ataupun sudah rosak.

Caranya terletak pada kombinasi tiga alatan ringkas ini; cawan, duit syiling dan air.

Menerusi akaun Facebook miliknya, dia menulis:

“Bagi anda yang berpindah dari pantai, saya baru tahu satu tip bagus, ianya dipanggil tip satu cawan.

Anda letakkan satu cawan air dalam bahagian freezer peti ais. Bekukan ia sepenuhnya. Setelah beku, letakkan syiling di atasnya dan biarkan ia di dalam bahagian freezer tersebut.

Dengan cara itu, apabila anda kembali selepas keluar rumah pada jangkamasa yang lama, anda boleh teka samada makanan anda betul-betul dibekukan berterusan. Sekiranya syiling tersebut tidak berganjak atau tenggelam sedikit ke bahagian tengah cawan (tahap awal adalah pada 3/4 cawan), ianya bermaksud makanan anda masih okay.

Lagi bagus kalau anda cuba tip ini sepanjang masa. Kalau ada sebarang gangguan elektrik di rumah, syiling ini akan tenggelam. Dan jika anda rasa ragu-ragu dengan tahap kesegaran makanan di situ, buang terus makanan tersebut. Yang penting kesihatan kita terjaga.

Ringkas dan berkesan bukan? Yang pasti, satu tip yang menjimatkan. Kongsikan tip ini kepada rakan-rakan anda.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.