Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga badan iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.

Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.

Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

Terlebih Makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.

Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan ,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.

Ini mengakibatkan mengantuk, malas & hilang daya fokus

Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein & nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat.

Menghidu Udara Tercemar

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.

Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

Tidur Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif & melemahkan daya berfikir seseorang.

Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil meniarap & menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap & disedut semula semasa bernafas.

Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

Kurang Berimaginasi

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.

Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

Jarang Berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

Tidak Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan nya daripada rosak.

Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu & dangkal.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.