Lelaki ini kongsi bagaimana cara beli perabut mewah dari China tapi pada harga murah

NAK BELI PERABOT MURAH? SINI LUBUKNYA. BOLEH JIMAT RIBU-RIBU WOO!

Saya kini berada di Foshan, China. Naik flight turun kat Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovation nya awal bulan depan.

Ada satu tempat dalam Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja office macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Or set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, kat sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu…

Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu gak jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak barang lah baru berbaloi. Hotel + flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.

Cakap lah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada jual kat sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada kat sini, malah trend trend terbaru pun ada. Lampu chandellier 18 bulb saya beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Kat Malaysia easily RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.

Soal makan jangan risau. Restoran halal ada kat sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading . Around 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok takde kita perlu bayar deposit 30% je. Then balance bila stok ready minta tolong BCST bayar & arrange shipment bila kita dah balik ke Malaysia.

Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Kat area Lecong ni je murah.

Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA:

1) Kat mana ni? Macam mana nak ke sana?

Kat Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik flight turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi direct ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight around RM500-800+ sehala.

Anda perlukan Visa untuk masuk China. Caj buat Visa RM150. Kalau buat sendiri dekat RM90 gak. Better suruh agensi tolong buat lagi senang. Seeloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena submit.

2) Hotel yang terdekat?

Rujuk gambar ya. Dari hotel ni jalan kaki je ke Lecong tu. Foshan ni tak ada apa-apa yang menarik pun. Datang beli perabot pastu balik je lah. Rate hotel dalam RM100+ je.

3) Ada restoran makanan halal tak kat sana?

Ada dua, di kiri dan kanan jalan. Kalau nasi goreng tu 13 yuan je (RM8). Tapi saya nasihatkan elok bawa makanan sendiri dari Malaysia lah sebab takut rasa masakan diorang tak kena dengan selera tekak anda huhuhu…

4) Betul ke diorang tak pandai cakap English?

Ya, memang betul tapi tak semua. Ada juga yang faham basic english. Penyelesaiannya mudah saja, install apps Google Translate. Taip kat situ apa anda nak tanya, lepas tu nanti dia taip balik kat handphone anda. Make sure keyboard tu dah set Chinese (simplified) siap-siap ye. Diorang cakap Mandarin. Kalau anda pandai cakap Mandarin memang ia satu kelebihan besar.

5) Harga memang murah giler ke kat sana?

Yup, memang murah giler! Tengok je lah contoh perbandingan harga sofa & bedroom set tu. Itupun tak nego betul2 (disebabkan kekangan bahasa). Tapi saya perhatikan kalau barang hiasan dalaman (cermin, pasu dsb) tak jauh beza dengan Malaysia.

Satu lagi, anda hanya perlu bayar deposit sahaja. 5-30% dari total purchase. Balance hanya perlu dibayar bila stok dah ready untuk dihantar ke port di Guangzhou. Anda boleh gunakan Telegraphic Transfer atau nak lagi senang, gunakan saja khidmat agent.

6) Macam mana flow nak beli barang ni?

Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang dah ready untuk dihantar ke port Guangzhou > bayar balance & caj penghantaran > barang sampai port Guangzhou untuk pengumpulan dan inspection > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda

7) Caj penghantaran berapa? Kena bayar cukai kastam atau caj-caj lain? Bila barang boleh sampai?

Ni soalan popular, hahaha. Caj penghantaran murah je, RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Kalau sofa mungkin makan ruang 2 cubic meter. Caj ni dah termasuk cukai dan lori ke pintu rumah anda dah. (Ground floor sahaja ye)

Caj-caj lain ialah kos penghantaran dari Lecong ke Guangzhou. Ini bergantung kepada berat, saiz dan kuantiti. Kalau beli banyak mungkin mereka tak caj. Barang saya beli, kadar nya 80 – 500 yuan setiap satu.

Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.

8) Macam mana saya nak pastikan barang saya dapat tu memang ikut apa saya nak? Takut beli lain tapi sampai lain pulak.

Senang je, dont worry. Anda dinasihatkan ambil khidmat inspection atau pemeriksaan barang di Guangzhou. Agent boleh tolong, caj 3% sahaja dari harga barang. Kalau tak sama spec macam yang dibeli mereka akan suruh supplier tukar. Semua barang dah ok baru diorang akan hantar ke Malaysia.

9) Tak takut kena tipu ke beli barang kat sana?

Untuk kurangkan risiko kena tipu tu lah kena guna khidmat inspection tu. Anyway, setuju kan kalau saya kata peniaga Malaysia atau China, dua-dua pun kita boleh menipu juga. Kan? Hehehe 😅

Terima kasih, semoga bermanfaat 😊

Sumber Artikel : Khalid Hamid @ Abang Lid

Bina Pagar Keselamatan Bayi Dengan Kos Hanya RM50

Disini saya kongsikan sedikit cara untuk membuat pagar keselamatan daripada paip PVC dengan hanya bermodalkan RM50. Kalau beli yang dah siap, biasanya dalam RM 150 hingga RM300.

Senang sangat-sangat. Cuma guna paip kelas 7, saiz paip setengah inci.

Selamat Mencuba!

Guna ‘S’ hook yang dijual di kedai RM2 dan getah untuk lock gate ini.

Pintu gelongsor untuk buka dan tutup.

Ini sahaja barang yang diperlukan.

Potong paip panjang mengikut saiz bukaan tangga anda.

5-6 batang, mengikut ketinggian dan saiz bukaan.

Masukan Elbow dan T joint. Jangan gam dulu, nanti senget. Cuba siapkan tanpa gam. Lepas semua dah padan, baru guna gam.

Potong paip yang lebihan tadi, kepada saiz yg sesuai. Kalau nak bukaan luas potong panjang2. Tapi kena pastikan baby tak lepas kepala.

Siap potong.

Cuba sambung semua.

Siap wow!!!!! Senang je kan?

Ini kalau nak buat bagi pintu keselamatan ini lagi tahan lasak.

Buka kaki yang paling bawah.

Buat sambungan macam dalam gambar. Potong paip kecil-kecil supaya dapat sambungan yang kemas.

Siap!

Selamat, dan kukuh =)

15 Tips Mudah Menyusun Almari Pakaian di Rumah

Tiap kali sudah mandi dan ingin mengenakan pakaian bersesuaian, seringkali ini masalah yang sering dihadapi.

1. Rasa macam tak ada pakaian untuk dipakai
2. Rimas tengok ruang pakaian tersangat padat

Padahal pada mata orang lain, lambakan baju sudah padat terisi dalam almari pakaian dan adalah amat mustahil tiada pakaian. Sekiranya ada yang masih beriya kata tak ada pakaian nak dipakai, ianya hanya satu bentuk denial untuk dijadikan alasan shopping lagi. Setuju?

Keadaan seperti ini sebenarnya sangat biasa berlaku pada sesiapa sekalipun. Kita seharusnya berterima kasih kepada ‘seni’ penyusunan sendiri, yang menjadikan almari pakaian tidak tersusun dengan baik.

Sebenarnya, ada cara untuk optimumkan ruang simpanan pakaian sedia ada supaya ianya dapat digunakan sepenuhnya. Tidak semua yang menghadapi masalah sebegini, namun sekiranya anda termasuk dalam golongan ini, ikuti tips berguna ini.

Cara susun Scarf, Tudung/Hijab atau Tights

@Blessing
@Blessing
A� novate
A� novate

Guna ‘Foam Pool Noodles’ untuk kekalkan kasut berdiri tegak

A� blessings

DIY Drawer Organizer untuk elak berserabut

296705-26q4_elphm8-650-245b0c7ee4-1478596021
A� craftcollection

Susun pakaian secara menegak dan dalam bentuk gulungan

296005-komnari14-650-6ba035352c-1478596021
A� housemag

Paip PVC sebagai bekas untuk tali pinggang, scarf dan tuala

296805-15-650-a577b7db0c-1478596021
A� Ilovehoby

Penutup air tin minuman untuk tambah slot penyangkut pakaian

296555-poleznye-idej-chtoby-razlozhit-vse-po-polochkam-5-650-d93bff79b8-1478596021
A� theshabbycreekcottage

Boleh juga guna rantai plastik sebegini

296405-moc-xich-ca-tinh-cho-tu-quan-ao-trat-hep-5-151952749_700_700-650-504d73d819-1478596021
A� paulsfloors

Guna Drawer Organizer

295605-gd-8-1024x1924-650-2a0a24f4b5-1478596021
A� inspiredcenter

Bakul buah-buahan untuk simpanan alatan berhias

296755-38-650-2a0a24f4b5-1478596021
A� inspiredcenter

Curtain Ring atau Stationary Ring Binders boleh menyangkut jeans dengan sempurna

Malahan lebih baik daripada penyangkut baju biasa.

295705-am-650-ff8f25fc8e-1478596021
A� monicarose

Simpan selimut tebal atau cadar katil di dalam sarung bantal

296855-2-650-e7c80c6323-1478596021
A� babyblog

Kotak botol minuman untuk simpan kasut

295755-ad-genius-ways-to-organize-your-closets-and-drawers-16-650-e522f6e310-1478596021
A� blessings

Pengatur kasut yang diperbuat daripada paip kadbod

296105-shoe-storage-01-650-f6966e0f90-1478596021
A� vsesvoimirukami

Tray ketulan ais untuk simpan barangan kecil dan aksesori

296605-49-650-95ada4f93b-1478596021
A� ilovehobby

Tiada lagi masalah baju terjatuh daripada pengangkut baju

Pastikan gam sudah letak sepenuhnya terlebih dahulu!

295505-closet-hacks-hot-glue-on-hangers-to-hold-clothes-better-650-d93bff79b8-1478596021
A� theshabbycreekcottage

Selamat mencuba. Kongsi dengan rakan sekiranya anda rasa bermanfaat.

Tips Memiliki Kabinet Dapur Idaman Dengan Bajet Kurang RM1,500

Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K kalau pasang sendiri.

762-0-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Disebabkan kabinet dapur mahal sekitar Kedah ini jadi kami beli kabinet dapur IKEA dan pasang sendiri je lah. Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K.

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kabinet dapur di kedai dah survey haritu RM3.5k untuk design macam ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Jimatkan? Waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD, kalau jenis FYNDIG tak ada waranti.

Cara nak buat ;

1. Design dan susun dulu kedudukan kabinet dapur. Lukis pakai tangan je tapi pastikan guna skal yang betul, baru boleh padan.

2. Pergi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. Sebab rumah yang nak pasang KC ni di KEDAH, Jadi redah muatkan dlam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak hebat lagi, jadi terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe…

762-2-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

Kos :
-Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + top (EKBACKEN) + kaki = RM1.4+k
-Hood + hob+ serombong = RM1.4k
-Upah pasang hood = RM200
-Hob tebuk sendiri
-Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

762-3-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-4-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

762-5-dd4cbb9f3c32df16d34cfb7769cec0e8

4 Bahan Asas Yang Boleh Anda Guna Bagi Penggemar DIY

Kebanyakan orang beralih minat untuk buat sendiri perabot ataupun sebarang perkakasan menggunakan bahan-bahan sekeliling daripada membeli yang sudah siap di kedai sebab nak kurangkan kos. Kadang-kadang barangan perabot yang dijual kat pasaran tak menepati citarasa. Dan ada juga yang dah memang hobi buat benda ni.

Sebab itu DIY jadi satu hobi pilihan. Ditambah pula musim kegawatan ekonomi, jadi lagi meriah.

Buat yang masih baru nak cuba-cuba dalam bidang ini, ini antara bahan asas yang boleh cuba;

Boltless Rack

 

boltless-custom-shelving-units-gallery

 

Boltless rack adalah antara bahan DIY yang paling kukuh dan menjimatkan ruang. Bayangkan satu lapisan rak yang dibina menerusinya dengan ukuran paling kecil (5ft x 1ft) pun sudah mampu menampung bebanan lebih 100kg. Ini baru satu lapis, kalau ada 4 lapis (standard) jumlah bebanan sebanyak 400kg boleh ditampung!

Idea DIY? Mungkin boleh cuba buat katil, almari pakaian/wardrobe, rak stor, meja dan sebagainya. Saya sendiri guna boltless rack untuk rak di stor rumah. Hajatnya nak bina rak wardrobe besar sendiri so that boleh menjimatkan ruang dalam bilik and semua pakaian dapat disusun dengan lebih baik. Masih dalam planning.

Kayu Pallet / Pine

 

 

Kayu pine ni kira antara bahan DIY paling popular digunakan. Kayu ini asalnya digunakan untuk membalut barangan komersil (seperti motosikal, enjin, barangan mekanikal, fragile items) untuk tujuan shipping dan selepas tu biasanya dibuang macam tu je.

Bagi yang tahu lubuk untuk dapatkan kayu pine ni kira bertuah, dapat ambil camtu je. Kalau tiada lubuk atau malas nak cari, ada banyak kayu pine dijual pada harga murah kat Facebook, Mudah.my dan sebagainya. Biasalah, benda ni pun boleh buat berniaga. Tapi masih berbaloi untuk dibeli.

Kayu pine boleh digunakan untuk buat meja, katil, sofa dan sebagainya. Kena rajin potong kayu jela.

Batang Paip PVC

 

aimg_3962

 

Idea menggunakan batang paip PVC ni sebenarnya dah lama dan kebiasannya digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam bidang penternakan/pertanian, sebagai contoh nak buat kandang kambing, pengaliran air untuk bagi haiwan ternakan, tanam-tanaman dan sebagainya.

Dari segi kekukuhannya, boleh adjust sendiri. Kalau tujuan untuk letak beban ringan atau sederhana berat, boleh guna Paip PVC kosong macam biasa. Guna paip PVC berdiameter besar untuk lebih kukuh. Kalau beban untuk diletakkan atasnya berat, tweak sikit, letak batang konkrit dan simen pada bahagian dalaman batang paip tersebut. Dah jadi sekukuh tiang simen biasa.

Kontena

Selalunya kontena ni digunakan sebagai ‘rumah’ sementara bagi kerja-kerja pembinaan, pondok rehat pengawal keselamatan, surau, dan sebagainya. Tapi sekarang ni dah jadi trend orang bina rumah guna kontena.

Sebab apa? Pertamanya memang lagi jimat (hampir separuh daripada kos membina rumah biasa). Keduanya, lebih cepat. Rumah yang sepatutnya siap dalam masa 1 tahun, kalau guna kontena boleh siap dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Tak semestinya rumah, nak bina kiosk berniaga pun boleh.

Cuma untuk iklim di Malaysia ni yang sentiasa panas, dan disebabkan kontena ni dibuat daripada besi, kena cari jalan untuk buat pemindahan haba. Taknak bagi haba terkumpul, jadi panas bahagian dalam.

Macam kereta la. Bahagian dalamannya guna aluminium foil untuk elak haba terserap kedalam. Kontena pun sama. Ada macam-macam lagi alternatif boleh buat nak elak haba terkumpul. So bukan isu pun.

Lagi best kalau semua idea bahan di atas ni digabungkan. Sure dapat penjimatan terbaik. Ni cita-cita saya. Entah bila dapat buat tapi insyaAllah satu hari nanti.