Dasar Privasi

Ruangan ini membincangkan berkaitan maklumat peribadi (Personally Identifiying Information: PII) yang kami kumpul/ambil daripada anda ketika anda menggunakan laman kami pelbagai.com (“Pelbagai”) atau sebarang produk serta servis lain yang kami sediakan di dalam laman ini ataupun apa-apa bahan serta material berkaitan.

Dengan melawat atau menggunakan laman serta bahan atau material daripada laman ini, anda telah bersetuju dengan terma dan syarat serta polisi penggunaan di laman ini.

Informasi Peribadi

Pelbagai tidak mewajibkan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi ketika anda mahu mengakses laman pelbagai.com. Bagaimanapun, jika anda berkenan untuk mengisi sebarang survey, kami akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan juga alamat e-mel.

Pelbagai akan sentiasa mengawasi jumlah pengunjung yang membaca laman kami, berita mana yang mereka lawati dan berapa lama anda berada di laman kami. Sebagai tambahan, Pelbagai mengumpul maklumat daripada pengunjung yang menekan pada iklan kami supaya kami dapat mengukur minat pengunjung terhadap iklan berkenaan dan mengumumkannya kepada pengiklan kami berapa pengunjung yang sudah menekan pada iklan atau konten berbayar berkenaan

Kami mengumpul maklumat pengguna ini untuk dua perkara utama:

  1. Untuk kami terus membuat penambahbaikan terhadap konten yang kami tawarkan; dan
  2. Untuk menjual ‘sponsorship’ di laman kami kepada pengiklan yang sesuai. Pelbagai mendedahkan informasi ini kepada pengiklan.

Pengunjung tidak wajibkan untuk berkongsi maklumat peribadi mereka. Namun, dengan tidak berkongsi maklumat tersebut, mereka tidak akan menerima apa-apa kemaskini atau perubahan dari laman web atau pihak editorial.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan Pelbagai. Jika anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang berkenan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengurus atau menyimpan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi jabatan yang mengumpul maklumat peribadi anda dalam contoh pertama, atau tulis kepada:

Perhatian kepada: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat surat-menyurat: hi@pelbagai.com

Cookies dan Penjejakan

(a) Cookies. Seperti mana-mana Laman Sesawang yang lain, kami juga menggunakan “Cookies”. Cookies adalah ‘alphanumeric identifiers’ yang kami pindahkan ke hard drive computer anda melalui konten laman kami supaya system kami dapat mengenal pasti pelayar web anda. Kami menggunakan cookies untuk mengingatkan kami informasi anda dan pautan aktiviti anda. Disebabkan anda anda boleh mengambil langkah untuk memadam atau menyekat cookies, jika anda mengaktifkannya, servis ini tidak akan berfungsi seperti apa yang kami telah reka. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil langkah ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini di pelayar web anda. Cookies kami tidak akan mengutip data yang anda berikan kepada kami ketika proses pendaftaran, tetapi ianya akan mengutip informasi lain seperti:

  1. Nama Domain serta host dari mana anda mengakses Internet dan alamat Internet laman yang menghubungkan kepada alamat emel kami;
  2. Masa dan tarikh anda mengakses laman dan kandungan laman kami;
  3. Alamat IP komputer anda dan maklumat tentang platform, dan jenis pelayar web yang anda gunakan (serta versi yang anda gunakan);
  4. Demographic serta butiran bukan peribadi tentang anda; dan
  5. Informasi untuk mencegah penyalahgunaan atau penipuan.

(b) Google Analytics. Ini melibatkan ‘cookies’ di pihak-pertama untuk melaporkan interaksi pengunjung di laman web. ‘Cookies’ ini digunakan untuk menyimpan maklumat yang tidak dapat mengenalpasti pengunjung secara peribadi. Pelayar web tidak akan berkongsi ‘cookies’ pihak-pertama di seluruh domain.

Langganan E-mail

Apabila anda memberi alamat emel melalui borang langganan surat-berita, anda memberi kebenaran untuk kami menghantar emel berkaitan dengan langganan surat-berita atau membenarkan kami untuk menghantar maklumat berkenaan laman web ini, yang mana kami percaya adalah dalam kepentingan anda. Permintaan tersebut adalah secara sukarela sahaja, supaya anda tidak sengaja bersetuju untuk menerima emel yang tidak dikehendaki.

Jika anda mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik melalui dalam talian, anda boleh menerima emel pengesahan untuk mengesahkan interaksi anda dengan laman web kami. Apabila anda memberi alamat emel tersebut kepada kami di bawah keadaan ini, anda akan lihat satu kotak, apabila dipilih oleh anda, ia akan membolehkan Pelbagai untuk menghubungi anda melalui emel, berkaitan dengan kaji selidik tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan kaji selidik di laman web kami, anda boleh emel kepada kami di hi@pelbagai.com.

Sekiranya kami ada meminta maklumat tambahan, seperti data kewangan atau umur (contohnya, melalui kaji selidik di atas talian), maklumbalas anda adalah sentiasa secara sukarela.

Pendedahan maklumat peribadi kepada pihak ketiga

Pautan ke laman web lain: Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak terkawal, walaupun sebahagian daripada mereka mungkin memaparkan logo Pelbagai. Pelbagai tidak boleh bertanggungjawab terhadap dasar privasi syarikat lain. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati di internet.

Bergantung kepada keadaan, Pelbagai menaja hadiah khas dan pertandingan yang dihoskan oleh laman web rakan kongsi, yang mungkin memerlukan pelayan web anda menerima ‘cookies’.

Pendedahan yang dikehendaki: Pelbagai bekerjasama dengan semua pertanyaan daripada penguatkuasa undang-undang dan berhak untuk mendedahkan maklumat pengenalpastian atau agregat secara peribadi berkaitan dengan sepina atau permintaan yang diperuntukkan oleh mahkamah untuk maklumat tersebut.

Keselamatan

Pelbagai telah melabur, dan akan terus melabur, dalam keselamatan kualiti terbaik untuk menjaga akses kepada maklumat, kualiti data, dan keselamatan fizikal pelayan di mana maklumat disimpan.

Laman kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak dapat menjamin bahawa penggodam tidak akan mendapat akses kepada komunikasi antara anda dan laman web ini.

Polisi Gambar

Internet adalah lautan dan rangkaian media sosial, adalah taman permainan kami. Di sinilah kita mengenalpasti dan memilih petikan, foto, video, meme, blog, dan sebagainya. Ia adalah DNA kepada mengawasi dan mencipta kandungan cerita di Pelbagai.

Sekiranya anda melihat sesuatu yang anda miliki di Pelbagai tetapi lebih suka untuk kami keluarkan dari laman web, tulis kepada kami di hi@pelbagai.com dengan pautan ke cerita tersebut. Sekiranya sesuatu telah dikreditkan dengan salah atau disalah digunakan, tulis kepada kami juga dan bawa kami ke jalan yang betul.

Hak untuk mengubah dasar privasi dan tiada halangan untuk pemindahan aset

Pelbagai boleh mengubah dasar ini pada bila-bila masa. Anda harus mengkaji semula dasar privasi kami secara berkala untuk memastikan bahawa anda sudah mengetahui dasar semasa kami. Penggunaan laman web oleh anda berikutan sebarang pengubahsuaian kepada dasar privasi akan secara konsisten dianggap menerima syarat dasar privasi ini dan sebarang perubahan kepada dasar tersebut. Tiada apa-apa dalam dasar privasi ini bertujuan untuk menghalang hak atau keupayaan Pelbagai untuk memindahkan, menjual atau melupuskan mana-mana asetnya.

Laman kami akan membuat kemas kini dan berubah setiap masa, dan polisi ini juga mungkin berubah selari dengan perubahan yang berlaku.