Cara Tuntut Hutang Kecil daripada Kawan & Saudara Mara Guna Mahkamah

Ini satu perkongsian yang dibuat oleh seorang peguam tentang cara-cara untuk tuntut hutang kawan-kawan atau saudara mara menggunakan kaedah mahkamah yang ramai tidak tahu. Ikuti pendedahan ini.

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.

Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:

1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. Selepas itu baru tanya dia a�?Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?a�?
5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

a�?Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendana�?

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

Sekian Terima Kasih

6 Cara Tuntut Hutang Langkah Lembut Tapi Buat Si Penghutang Rasa Jatuh Harga Diri

Katakan kita pernah memberi pinjam duit kepada kawan yang mahu tambah modal kepada perniagaannya.

Kawan itu sekarang kelihatan mewah dan senang tetapi masih belum melunaskan hutangnya kepada kita.

Tetapi setiap kali ditanya pasal hutang itu ada sahaja jawapan dalihnya.

Cuba hantar mesej-mesej ini kepadanya:

1. Kalau kau tak mampu nak bayar penuh, bayar separuh dulu pun aku terima.

2. Kalau kau tak mampu nak bayar separuh, bayar suku dulu pun aku terima.

3. Kalau kau tak mampu nak bayar suku, ko ansur bayar RM1000 tiap bulan pun aku terima.

4. Kalau kau tak mampu nak ansur RM1000, ko ansur bayar RM500 tiap bulan pun aku terima.

5. Kalau kau tak mampu nak ansur RM500, ko ansur bayar RM200 tiap bulan pun aku terima.

6. Kalau kau tak mampu nak ansur RM200, kau ansur bayar RM50 tiap bulan pun aku terima tapi aku takut kau tak sempat lunaskan hutang kau untuk masuk SYURGA

Inilah kata-kata baik dan sopan yang akan membuatkan mereka terasa harga dirinya dipijak-pijak masuk ke dalam longkang.

Kita sepatutnya sentiasa menggunakan akal sihat bagi menilai risiko sebelum melakukan sesuatu.