Pemuda ini Ajar Cara Beli Petrol RON95 pada Harga 11 sen Lebih Murah daripada Pasaran

Ikuti perkongsian saudara Fakhrul Anwar Osman bagaimana dirinya membeli minyak kenderaan Petrol RON95 dengan harga RM2.09 se-liter tanpa melibatkan sebarang penggunaan kad kredit. Dan poin paling utama, ianya 11sen lebih murah daripada harga pasaran ketika ini!

Platform yang digunakan, hanyalah aplikasi 11Street dan Shopback. Jimat lebih 11sen seliter berbanding RM2.20 harga semasa.

Muat Turun Aplikasi Ini

Mula-mula pastikan anda memuat turun 2 aplikasi ini melalui App Store / Play Store.

  1. 11thstreet
  2. Shopback

Pastikan anda sudah bina akaun pada kedua-dua aplikasi ini sebelum ke langkah seterusnya.

Beli E-Voucher

Login aplikasi 11Street dan buat carian ‘Petronas E-Voucher’. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.

Klik ‘Buy Now’

Harga beli 2 kupon minyak RM30x2 hanya RM57. Jimat RM3 sahaja. Jadilah 5% jimat.

Tapi menerusi gambar ini saya bayar RM49.xx sahaja. Itu nanti kita cerita dalam Bonus Tips

Bawa Kereta ke Stesyen Minyak berkaitan

Lepas beli dan terima kupon dalam email dan app 11Street. Bawa lah kereta itu isi minyak.

Usai sampai stesen Petronas *terpilih itu, buka aplikasi ini dan minta ‘merchant code’ di kaunter pembayaran. Cashier kaunter tersebut akan masukkan nombor kod stesen Petronas tu.

Tebus Kupon E-Voucher yang Dibeli dalam Talian Sebelum Ini

Saya tebus dua (2) kupon RM30. Total minyak boleh isi RM60. Tapi hanya perlu bayar online RM57 sahaja.

Kupon yang dah ditebus akan tertera masa dan stesen Petronas yg kita isi minyak tadi. Dlm kes ini saya isi minyak di Petronas Jalan Raja Syed Alwi.

Sampai sini dah selesai. Hanya perlu pergi pam macam biasa.

Bonus Tips 1

Tinggalkan komen untuk Seller. Boleh dapat extra BPoint

Apa guna BPoint (B Infinite Card)? Bunyi macam kad Caltex sahaja kan. Memang pun.

Itu nanti boleh guna masa next buy. Diskaun lagi dari harga E-Voucher. Best kan?

Untuk kes ini saya dapat 57 BPoints. Lebih kurang 57sen sahaja. Pembelian seterusnya boleh potong lagi 57sen daripada RM28.50 pun dah jimat banyak.

Bonus Tips 2

Gunakan BPoints dalam kad minyak Caltex untuk beli minyak Petronas. Eh…

Pelik tapi benar. Buat tebusan melalui aplikasi 11Street masa nak buat payment beli E-Voucher. Yang penting buka ‘MyPage’ dalam app 11Street dan ‘edit’ maklumat BCard beserta nombor PIN dia. Kalau tak pernah tukar. Pin ada kad belakang kad sahaja.

Jadi sebelum ‘checkout payment’, gunalah BPoint utk diskaun. 100 points = rm1.00

Bonus Tips 3

Gambar ini adalah ‘screenshot’ aplikasi Shopback. Ininya adalah cashback sebanyak 11sen bagi setiap E-Voucher RM30 Petronas itu.

Masa ini saya beli E-Voucher hujung bulan april guna desktop. Tak beli guna aplikasi. Nanti saya update beli guna app dapat juga ke tidak cashback ni.

Jadi kalau kira minyak RM30. Bayar RM28.50 dan dapat Cashback 11 sen. Bermakna anda hanya beli RM27.27 Petrol RON95 dengan harga RM28.39 sahaja. Lebih dari 5% penjimatan.

Bagaimana Cara Waris Tuntut Harta Pusaka ASNB Sekiranya Berlaku Kematian

Jika berlaku kematian kepada pemilik akaun, waris boleh menuntut wang khairat kematian pemilik asal ASNB dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Kalau tidak dituntut, wang tersebut akan dikira hangus

Dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5,000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad.

Sebaliknya, (jika simpanan RM5,000 ke atas) maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).

Soalan 1. Bagaimanakah saya sebagai waris boleh menuntut baki unit pelaburan bagi pemegang unit yang telah meninggal dunia?

Anda perlu menyemak baki unit pelaburan simati terlebih dahulu. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 2. Di manakah saya boleh memohon untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati?

Anda boleh memohon mendapatkan surat kuasa di institusi-institusi berikut:

Mahkamah Tinggi Sivil (seluruh negeri di Malaysia) atau;
Mahkamah Tinggi Sabah/Mahkamah Anak Negeri Sabah/Mahkamah Syariah Sabah (bagi Negeri Sabah sahaja) atau;
Mahkamah Tinggi Sarawak/Mahkamah Anak Negeri Sarawak(bagi Negeri Sarawak sahaja) atau;
Pejabat Tanah dan Daerah (sekiranya ada melibatkan hartanah) atau;
Amanah Raya Berhad
Soalan 3. Adakah tempoh tertentu yang ditetapkan untuk waris membuat tuntutan baki pelaburan bagi pemegang unit yang meninggal dunia?

Tiada. Akaun si mati akan terus dibayar pengagihan pendapatan (jika ada) sehingga baki akaun tersebut dituntut oleh waris.

Soalan 4. Bolehkah saya membuat penamaan bagi sebarang akaun unit amanah ASNB yang telah didaftarkan?

Tidak boleh.

Soalan 5. Bagaimanakah cara pembayaran tuntutan kematian dilakukan oleh pihak ASNB kepada waris?

Pindah milik iaitu bayaran dibuat dengan memindahkan baki unit dari akaun unit amanah ASNB si mati ke akaun unit amanah ASNB waris/waris-waris (di pindah milik ke akaun unit amanah yang sama sahaja).

Soalan 6. Adakah Hibah diterima di ASNB?

Ya, hibah diterima di ASNB dengan syarat hibah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil bagi setiap negeri di Malaysia.

Soalan 7. Apakah dokumen yang diperlukan bagi simati yang meninggalkan hibah?

Syarat lain bagi hibah sama seperti syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 8. Bagaimana sekiranya si mati diisytihar muflis?

Sekiranya si mati masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran terus kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Sekiranya si mati sudah bebas dari muflis, sertakan salinan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Soalan 9. Bagaimana sekiranya saya sebagai waris diisytihar muflis?

Anda perlu menyemak baki unit pelaburan si mati terlebih dahulu.

Jumlah baki unit pelaburan simati RM10,000 dan ke bawah;

Sekiranya nama waris yang menuntut diisyitihar muflis, nama waris lain perlu dikemukakan. Walau bagaimanapun sekiranya nama waris tersebut telah dibebaskan dari status muflis, sila kemukakan Surat Pelepasan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Jumlah baki unit pelaburan simati lebih dari RM10,000 dan nama waris tersebut tersenarai di dalam Surat Kuasa Mentadbir

Sekiranya nama waris yang tersenarai masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran bahagiannya kepada JIM. Walau bagaimanapun, sekiranya waris tersebut sudah bebas dari status muflis, sila sertakan salinan Surat Pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Soalan 10. Bagaimana sekiranya waris di dalam surat kuasa mentadbir meninggal dunia?

Waris kepada waris yang meninggal dunia boleh membuat Tuntutan Harta Pusaka dengan melengkapkan syarat-syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 11. Bagaimana sekiranya akaun si mati mempunyai jumlah RM 0.00?

Anda perlu memaklumkan kematian si mati kepada ASNB melalui surat berserta sijil kematian. Penutupan akaun akan dibuat oleh pihak ASNB.

Soalan 12. Bagaimana sekiranya si mati mempunyai pinjaman/cagaran yang belum diselesaikan?

Anda perlu berhubung dengan Institusi Pemberi Pinjaman untuk menyelesaikan pinjaman/cagaran terlebih dahulu.

Semoga memberi manfaat.

sumber: pewarisanmd

Cara Semak Laporan Rekod CCRIS Secara Dalam Talian

Secara umumnya, laporan CCRIS adalah laporan ringkas yang menunjukkan prestasi pembayaran hutang seseorang individu kepada mana-mana institusi perbankan.

Sekiranya anda ada salah satu yang dinyatakan ini, anda sudah pun mempunyai rekod CCRIS.

  1. Pinjaman peribadi
  2. Kad Kredit
  3. Pinjaman pembiayaan kenderaan
  4. Pinjaman pembiayaan perumahan
  5. Pinjaman PTPTN
  6. Pinjaman ASB
  7. Pinjaman perniagaan

Menerusi laporan ini, terkandung rekod pembayaran hutang seseorang untuk tempoh 12 bulan terkini pada semua institusi perbankan terlibat.

Bacaan untuk Rekod CCRIS adalah seperti berikut:

  1. 0 – Tiada sebarang kelewatan membayar pada bulan tersebut
  2. 1 – Tunggakan 1 bulan (walaupun 1 hari) dalam membayar pada bulan tersebut.
  3. 2 – Tunggakan 2 bulan.
  4. Dan seterusnya

Daripada rekod ini lah, dapat diketahui samada seseorang itu pembayar hutang yang bagus atau tidak. Rekod CCRIS adalah antara elemen paling penting yang diambil kira pihak perbankan sebelum memberikan pinjaman kepada seseorang individu.

Justeru, adalah penting rekod pembayaran CCRIS dijaga dan dipantau selalu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, baru tahu pinjaman sangkut sebab ada masalah CCRIS.

Cara Untuk Dapatkan Rekod CCRIS ini?

Terdapat hanya beberapa cara sahaja untuk dapatkan laporan Rekod CCRIS, iaitu:

  1. Kiosk di Bank Negara dan cawangannya.
  2. Memohon menerusi laman web Credit Bureau Malaysia (CBM)
  3. Semak secara dalam talian menerusi eCCRIS

Cara (3) adalah yang terbaru, paling mudah dan praktikal yang akan dibincangkan selepas ini.

Semakan Rekod CCRIS secara dalam talian menerusi eCCRIS

Sistem eCCRIS baru sahaja dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akhir December lepas. Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan laporan CCRIS mereka secara dalam talian.

  1. Daftarkan butiran diri di Kiosk CCRIS Bank Negara Malaysia (BNM)

Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Datoa�� Onn
50480 Kuala Lumpur

2. Buat pilihan eCCRIS pada menu

3. Klik ‘Daftar Pengguna’.

7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

Anak-anak kita sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi kenapa kita mesti fokus kepada kelemahan dan perkara lain yang mereka tidak boleh lakukan dengan baik seperti kanak-kanak lain berbanding kelebihan mereka?

Menjadi tugas ibu bapa untuk membantu membentuk bakat semula jadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada tujuh perkara yang anda mesti amalkan.

1. Jangan tengok pada ‘masalah dan cuba ‘membetulkannya’

Tak kira sama ada di rumah atau pun sekolah, kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang dibuat oleh anak.

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, maka lebih bagus untuk anda fahami faktor menarik semula jadi anak-anak supaya mudah membimbing mereka ke mercu kejayaan.

2. Bantu menukar kelakuan buruk dengan sesuatu yang lain

Antara kelakuan buruk kanak-kanak prasekolah adalah suka menggigit orang. Ia sangat menggeramkan para ibu bapa.

Sudahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka menggigit asyik fokus kepada kelemahan si anak sahaja. Mereka asyik bertanya soalan yang sama. “Hari ni ada gigit kawan tak?” atau mengingatkan anak supaya jangan menggigit kawan!

Sebaiknya cuba cari apa minat anak anda dan bakat sebenarnya, jadi anda ada benda lain untuk diberi perhatian dan bukan sekadar masalah dia suka menggigit orang lain.

3. Fokus kepada aktiviti yang paling anak gemar

Tentu anda dapat kesan apa jenis permainan atau aktiviti yang mampu membuatkan si kecil duduk diam dalam masa yang lama.

Contohnya jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Dengan cara ini anda membantunya menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

4. Bina rangkaian ‘rakan kongsi’

Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak setiap hari. Sebagai ibu bapa, anda tentu melihat anak membuat sesuatu perkara yang baru setiap hari.

Jika ada orang lain di sekeliling hidup anda seperti datuk nenek, jiran-jiran, guru dan pengasuh yang mampu memerhatikan beberapa aspek karektor anak, jadi mereka boleh membantu mengesan apa bakat yang dimiliki oleh anak. Dengan cara itu anda boleh mengasah bakat tersebut dan memberi fokus kepadanya.

5. Berikan perhatian tanpa sempadan

Perhatikan berapa kali anak meminta anda memberi perhatian dengan apa yang mereka buat. Anak-anak cuma mahukan perhatian daripada ibu bapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

6. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak

Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi akan lebih berjalan lancar.

7. Jangan harap perubahan sekelip mata

Matlamat sebagai ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup bahagia dan gembira. Jika anda sedang dalam proses mengubah perilaku anak-anak kepada yang lebih positif, jangan jangkakan ia berlaku sekelip mata. Yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.

Sumber Artikel & Gambar: majalahpama.my

Cara Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta secara semulajadi

Sekarang ni musim durian dah tiba. Bau dia memang sedap bagi yang suka tapi ada juga tak tak boleh masuk sangat dengan bau durian ni. Jika ahli keluarga anda yang tidak boleh dengan bau durian atau bau busuk rokok, ini merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta anda, terutamanya sekiranya anda seorang pemandu Grab atau Uber. Ini bagi memastikan kereta anda sentiasa segar.

1. Serbuk Kopi atau Teh

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau bungkus serbuk tersebut di dalam kain lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup.

Atau anda boleh bancuh kopi di dalam satu gelas dan letakkan di dalam kereta anda

Serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat serta akan menyerap bau asap rokok dan bau lain di dalam kereta anda. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta anda.

Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis

Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis.

Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus

Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan.

Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak.

5. Arang

Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau.

Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.

6. Roti

Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan selama beberapa hari, bau durian atau rokok akan hilang dan diserap oleh roti tersebut.

7. Buah Nenas

Letakkan separuh nenas yang dipotong di dalam kereta anda. Biarkan selama beberapa jam dan bau busuk tersebut akan diserap oleh nenas tersebut.

8. Daun Pandan

Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta yang dipenuhi dengan bau busuk. Bau tersebut akan hilang dengan secepatnya.

Cara Tuntut Hutang Kecil daripada Kawan & Saudara Mara Guna Mahkamah

Ini satu perkongsian yang dibuat oleh seorang peguam tentang cara-cara untuk tuntut hutang kawan-kawan atau saudara mara menggunakan kaedah mahkamah yang ramai tidak tahu. Ikuti pendedahan ini.

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.

Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:

1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. Selepas itu baru tanya dia a�?Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?a�?
5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

a�?Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendana�?

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

Sekian Terima Kasih

Cara Selesaikan Masalah CCRIS Bagi Pinjaman Pendidikan PTPTN

Isu PTPTN ini kian menjadi-jadi. Awal minggu ini anak didik saya @fazrulmusa ditemuramah oleh Akhbar Kosmo tentang bagaimana hendak selesaikan masalah ini.

Jika nama anda berada di dalam rekod CCRIS kerana PTPTN ini adalah langkah yang boleh di ambil:-

1. Pergi berjumpa dengan Pegawai PTPTN dan minta untuk restructure kembali pembayaran anda.

2. Anda akan diminta untuk membayar sedikit amount untuk restructure balik pembayaran( gunakan skill negotiation yang terbaik untuk kurangkan jumlah tersebut sebaik mungkin)

3. Anda akan diberi surat sebagai bukti dan surat ini boleh digunakan untuk membuat pinjaman ( ada bank terima dan ada yang tidak terima)

4. Anda perlu mula membayar setiap bulan pinjaman anda seperti dipersetujui.

5. Rekod CCRIS akan tetap ada tetapi ia telah direset kepada kosong. Jadi amat penting untuk anda memberi komitmen setiap bulan untuk mempunyi rekod CCRIS yang baik.

Siapa nak tahu bank apa yang tak terima walaupun anda sudah restructure pembayaran?

Cara atasi senarai hitam PTPTN untuk membeli rumah

Setelah bertahun sabar menyimpan wang untuk deposit membeli rumah, harapan memiliki rumah sendiri tiba-tiba musnah apabila di senarai hitam oleh PTPTN dan tidak lulus membuat loan rumah.

Artikel ini akan membantu anda mengatasi masalah senarai hitam PTPTN dan di tulis berdasarkan pengalaman saya membantu client mendapatkan loan rumah.

Sebelum itu, anda perlu fahamkan 4 fakta penting di bawah

Fakta yang anda perlu tahu mengenai senarai hitam PTPTN

  1. Anda perlu membayar sejumlah wang untuk keluar dari senarai hitam PTPTN
  2. Tapi anda TIDAK PERLU membayar kesemua tunggakan PTPTN untuk keluar dari senarai hitam
  3. Jumlah bayaran adalah BERGANTUNG PADA BUDI BICARA pegawai PTPTN yang anda jumpa, mungkin serendah RM1,000
  4. Anda mungkin di minta untuk membuat potongan gaji atau pengeluaran KWSP akaun 2, juga bergantung pada budi bicara dengan pegawai PTPTN yang anda jumpa

Bank yang dipastikan menerima surat dari PTPTN dan tidak perlu menunggu ccris PTPTN clear

  1. Maybank
  2. CIMB
  3. AffinBank
  4. RHB

Bank yang dipastikan tidak menerima surat dari PTPTN dan anda perlu menunggu beberapa bulan untuk clear CCRIS

(Belum ada senarai)

Cara untuk keluar dari senarai hitam PTPTN dan membuat loan rumah

  1. Lakukan pembayaran tunggakan dengan berjumpa pegawai PTPTN dan nyatakan anda ingin membuat re-structure & re-schedule
  2. Setelah pembayaran, dapatkan DUA SURAT dari PTPTN iaitu surat pengesahan pembayaran dan surat penjadualan pembayaran semula (restruktur and reschedule)
  3. Submit loan pada Bank dalam senarai di atas. Sertakan sekali surat dari PTPTN sebagai rujukan pihak bank
  4. Awas! Proses kelulusan loan rumah mungkin memakan masa yang lebih lama sehingga 1 bulan atau lebih, jadi agent hartanah dan tuan rumah kena take note untuk durasi ini.
  5. Jika tiada sebarang masalah lain, bank akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Case Study

Pengesahan dari banker RHB

Pengesahan dari banker AffinBank

Pengesahan dari banker Maybank

Client berjaya membayar tunggakan

Surat Pengesahan Pembayaran dari PTPTN

Surat Penjadualan Semula dari PTPTN

Sudah jelas dengan apa yang anda perlu lakukan? Jika anda merancang untuk membeli rumah dalam masa terdekat, mulakan segera proses negosiasi dengan pihak PTPTN supaya proses pembelian rumah anda berjalan lancar.

Sumber : tanahairku.my dan Muhammad Fathur Rahman