Cara Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta secara semulajadi

Sekarang ni musim durian dah tiba. Bau dia memang sedap bagi yang suka tapi ada juga tak tak boleh masuk sangat dengan bau durian ni. Jika ahli keluarga anda yang tidak boleh dengan bau durian atau bau busuk rokok, ini merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta anda, terutamanya sekiranya anda seorang pemandu Grab atau Uber. Ini bagi memastikan kereta anda sentiasa segar.

1. Serbuk Kopi atau Teh

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau bungkus serbuk tersebut di dalam kain lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup.

Atau anda boleh bancuh kopi di dalam satu gelas dan letakkan di dalam kereta anda

Serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat serta akan menyerap bau asap rokok dan bau lain di dalam kereta anda. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta anda.

Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis

Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis.

Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus

Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan.

Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak.

5. Arang

Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau.

Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.

6. Roti

Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan selama beberapa hari, bau durian atau rokok akan hilang dan diserap oleh roti tersebut.

7. Buah Nenas

Letakkan separuh nenas yang dipotong di dalam kereta anda. Biarkan selama beberapa jam dan bau busuk tersebut akan diserap oleh nenas tersebut.

8. Daun Pandan

Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta yang dipenuhi dengan bau busuk. Bau tersebut akan hilang dengan secepatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *