Cara Daftar Anak Masuk Persekolahan Darjah Satu Untuk Semenanjung Malaysia

WAJIB TAHU – DAFTAR ANAK DARJAH 1
.
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) wajib ambil tahu.
.
Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas pendaftaran online tahun 1 Amna pada tahun lepas ketika Amna berumur 5 tahun.
.
Macam biasa ayat ini keluar “alah tahun depan kan ada” sedangkan tahun depan (tahun ini 2018) saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah 😅
.
Guideline nya begini
.
1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 https://public.moe.gov.my
.
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
.
4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
.
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera
.
Post ini akan dikemaskini apabila status pendaftaran telah dibuka nanti. Semoga semua anak-anak dapat belajar dengan riang dan gembira.
.
❤️
Maryam Jamilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *