Perhatian: Artikel ini akan sentiasa dikemaskini agar bersesuaian dengan kaedah terkini. Sekiranya kaedah sudah tidak valid lagi, minta tinggalkan komen untuk pihak kami perbetulkan bagi rujukan semua.

Sebaik sahaja mendaftar perniagaan anda di SSM, semestinya anda berkeinginan untuk membuka akaun bank untuk tujuan perniagaan kan?

Dan disebabkan akaun perniagaan berkemungkinan memiliki transaksi keluar duit yang cepat, ianya memerlukan akaun bank khusus untuk tujuan ini daripada menggunakan akaun simpanan (savings) yang mempunyai limit transaksi terhad. Sebab itulah wujudnya akaun semasa; Akaun untuk tujuan transaksi yang banyak.

Syarat Buka Akaun Semasa di CIMB

  1. COP Syarikat – Wajib ada. Lengkap nama penuh syarikat, No. Pendaftaran SSM, dan alamat. Boleh buat di kedai printing.
  2. 2 Salinan Kad Pengenalan (IC)
  3. 2 Salinan Surat Perakuan Perniagaan – Senang cerita, photostat semua yang SSM bagi sewaktu pendaftaran perniagaan
  4. Wang RM1,000 sebagai deposit – Jangan risau, lepas bagi wang tersebut akan masuk ke dalam akaun bank baru dibuat ini. Boleh keluarkan semula selepas urusan selesai.
  5. Introducer – Perlu ada introducer yang sudah memiliki akaun semasa bersama CIMB lebih 1 tahun. Sekiranya ada introducer, hanya perlu COP syarikat, nama, salinan IC dan No Akaun CIMB pada borang disediakan.

P/S: Ambil perhatian sebelum ini CIMB tidak memerlukan introducer sebagai sokongan. Namun sekarang CIMB telah mengetatkan syarat untuk wajib ada introducer. Kalau tiada pergi tanya cawangan CIMB berdekatan terlebih dahulu. Mereka mungkin boleh tolong. Pengalaman saya CIMB dan Maybank sendiri tolong dapatkan introducer untuk saya. Namun saya mungkin hanya bernasib baik pada masa itu.

P/S: Introducer tidak diperlukan sekiranya anda mempunyai lesen perniagaan daripada PBT (pihak berkuasa tempatan). Sebagai contoh, lesen daripada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah untuk premis kedai.

Kat bawah ni merupakan Borang untuk membuka Akaun perniagaan di cimb

Proses Flow Buka Akaun Bank Semasa CIMB

  1. Datang ke mana-mana cawangan bank CIMB terdekat dengan alamat perniagaan didaftarkan.
  2. Buat pertanyaan di kaunter dan jumpa pegawai eksekutif yang bertugas.
  3. Anda akan diberi borang. Lengkapkan borang tersebut sambil dibantu pegawai tersebut.
  4. Tunggu 5-10 hari bekerja untuk pemprosesan permohonan anda. Tunggu panggilan semula samada melalui telefon atau surat untuk pengaktifan akaun bank dan ambil buku cheque. Kebiasaannya mereka akan call.
  5. CIMB akan call minta anda masukkan wang deposit RM1,000 tersebut ke akaun baru. Pastikan anda catat Nombor Akaun bank semasa anda tersebut. Untuk kepastian, datang ke cawangan CIMB untuk tujuan deposit.
  6. Tunggu 2-3 hari untuk CIMB cetak buku cheque anda. Pihak CIMB akan hubungi anda.
  7. Hadirkan diri ke cawangan CIMB tersebut untuk ambil buku cheque. Pada masa yang sama, minta pada pegawai tersebut untuk buatkan kad ATM serta CIMBClicks sekali.
  8. A�Selesai

P/S: Pastikan untuk segala urusan, bawa segala dokumen diperlukan sepanjang masa.

Mudah bukan?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.