Cara Bayar Pinjaman Kereta Online menerusi Maybank2u

Maybank merupakan antara institusi perbankan yang menjadi kegemaran di Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata orang memiliki akaun di bank ini. Ianya menawarkan pelbagai pinjaman untuk orang awam. Salah satunya adalah pinjaman pembelian kereta (Hire Purchase).

Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan yang dibeli menerusi kemudahan pinjaman sewa-beli yang ditawarkan oleh Maybank, berikut adalah langkah-langkah untuk membayar installment pinjaman sewa-beli tersebut menerusi Maybank2u.

Login akaun Maybank2u

Layari halaman web Maybank2u dan klik Login

Login seperti biasa menggunakan username dan password anda.

Pilih Accounts & Banking

Pilih Accounts & Banking

Pilih Bill Payment

Pilih Bill Payment pada menu kiri seperti di bawah

Pilih Make A One-Off Payment

Buat pilihan ‘Make A One-off Payment’

Pilih Maybank Loan & Hire Purchase

Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ dan klik ‘Continue’

Pilih Maybank Hire Purchase

Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ dan klik ‘Continue’

Masukkan No. Plat kenderaan anda (Contoh ABC1234) dan klik ‘Continue’

Buat semakan nama peminjam sama ada betul atau tidak. Sekiranya betul, klik ‘Continue’

Masukkan amaun yang ingin dibayar. Pilih akaun bank yang mahu digunakan pada ‘From Account’. Klik ‘Continue’

Masukkan TAC dan pembayaran selesai. Simpan resit sebagai rujukan masa hadapan sekiranya perlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *