1. Lebih terjamin kebersihannya kerana kita tahu baja apa yang kita guna. Dan biasanya kita pasti guna baja organik berbanding baja kimia kan?

2. Menjimatkan duit dapur. Ye lah biasanya nak guna daun selasih, basil atau kari sikit saja tak sampai segengam. Tapi kalau beli di kedai terpaksa beli satu ikat. Yang selebihnya? Busuk sahaja dan kita buang. Sangat membazir! Kalau tanam sendiri kita boleh petik dua tiga helai mengikut keperluan.

3. Tidak perlu tanah luas. Dalam pasu pun dah boleh tanam. Nak lagi cantik susun cantik2 di dapur atau di balkoni rumah.

4. Senang tumbuh walaupun di tepi tingkap di dapur. Ini kerana ada sesetengah english herbs sesuai di tempat teduh. Daun pandan juga sesuai di tempat teduh. Tetapi untuk daun kari perlukan cahaya matahari terik.

5. Hasil boleh dikongsi bersama jiran atau pun gunakan sistem barter. Kita beri jiran daun basil dan jiran beri kita daun kari. Jimat kan?

6. Pemandangan dan suasana di kawasan rumah lebih cantik dan hijau. Sejuk mata memandang.

7. Tahukah anda berbudi pada tanah tidak pernah rugi? Mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya apabila kita mula bertanam, aura positif sedang melingkari kehidupan kita.

8. Suasana ekonomi di tahun 2016 sangat suram dan mencabar. Jadi mulakan langkah menanam sendiri untuk kurangkan beban belanja dapur.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.