Kebanyakan orang beralih minat untuk buat sendiri perabot ataupun sebarang perkakasan menggunakan bahan-bahan sekeliling daripada membeli yang sudah siap di kedai sebab nak kurangkan kos. Kadang-kadang barangan perabot yang dijual kat pasaran tak menepati citarasa. Dan ada juga yang dah memang hobi buat benda ni.

Sebab itu DIY jadi satu hobi pilihan. Ditambah pula musim kegawatan ekonomi, jadi lagi meriah.

Buat yang masih baru nak cuba-cuba dalam bidang ini, ini antara bahan asas yang boleh cuba;

Boltless Rack


Sumber gambar : SimWinLiang

Boltless rack adalah antara bahan DIY yang paling kukuh dan menjimatkan ruang. Bayangkan satu lapisan rak yang dibina menerusinya dengan ukuran paling kecil (5ft x 1ft) pun sudah mampu menampung bebanan lebih 100kg. Ini baru satu lapis, kalau ada 4 lapis (standard) jumlah bebanan sebanyak 400kg boleh ditampung!

Idea DIY? Mungkin boleh cuba buat katil, almari pakaian/wardrobe, rak stor, meja dan sebagainya. Saya sendiri guna boltless rack untuk rak di stor rumah. Hajatnya nak bina rak wardrobe besar sendiri so that boleh menjimatkan ruang dalam bilik and semua pakaian dapat disusun dengan lebih baik. Masih dalam planning.

Kayu Pallet / Pine

Kayu pine ni kira antara bahan DIY paling popular digunakan. Kayu ini asalnya digunakan untuk membalut barangan komersil (seperti motosikal, enjin, barangan mekanikal, fragile items) untuk tujuan shipping dan selepas tu biasanya dibuang macam tu je.

Bagi yang tahu lubuk untuk dapatkan kayu pine ni kira bertuah, dapat ambil camtu je. Kalau tiada lubuk atau malas nak cari, ada banyak kayu pine dijual pada harga murah kat Facebook, Mudah.my dan sebagainya. Biasalah, benda ni pun boleh buat berniaga. Tapi masih berbaloi untuk dibeli.

Kayu pine boleh digunakan untuk buat meja, katil, sofa dan sebagainya. Kena rajin potong kayu jela.

Batang Paip PVC

Idea menggunakan batang paip PVC ni sebenarnya dah lama dan kebiasannya digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam bidang penternakan/pertanian, sebagai contoh nak buat kandang kambing, pengaliran air untuk bagi haiwan ternakan, tanam-tanaman dan sebagainya.

Dari segi kekukuhannya, boleh adjust sendiri. Kalau tujuan untuk letak beban ringan atau sederhana berat, boleh guna Paip PVC kosong macam biasa. Guna paip PVC berdiameter besar untuk lebih kukuh. Kalau beban untuk diletakkan atasnya berat, tweak sikit, letak batang konkrit dan simen pada bahagian dalaman batang paip tersebut. Dah jadi sekukuh tiang simen biasa.

Kontena


Sumber gambar : SinarHarian

Selalunya kontena ni digunakan sebagai ‘rumah’ sementara bagi kerja-kerja pembinaan, pondok rehat pengawal keselamatan, surau, dan sebagainya. Tapi sekarang ni dah jadi trend orang bina rumah guna kontena.

Sebab apa? Pertamanya memang lagi jimat (hampir separuh daripada kos membina rumah biasa). Keduanya, lebih cepat. Rumah yang sepatutnya siap dalam masa 1 tahun, kalau guna kontena boleh siap dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Tak semestinya rumah, nak bina kiosk berniaga pun boleh.

Cuma untuk iklim di Malaysia ni yang sentiasa panas, dan disebabkan kontena ni dibuat daripada besi, kena cari jalan untuk buat pemindahan haba. Taknak bagi haba terkumpul, jadi panas bahagian dalam.

Macam kereta la. Bahagian dalamannya guna aluminium foil untuk elak haba terserap kedalam. Kontena pun sama. Ada macam-macam lagi alternatif boleh buat nak elak haba terkumpul. So bukan isu pun.

Lagi best kalau semua idea bahan di atas ni digabungkan. Sure dapat penjimatan terbaik. Ni cita-cita saya. Entah bila dapat buat tapi insyaAllah satu hari nanti.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.