Cara Mohon Geran Khas Prihatin berupa Bantuan RM3000 untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro
Adakah anda pemilik perniagaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaan mencegah penularan wabak COVID-19 di Malaysia?
Sekiranya ya, pihak Kerajaan Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah pun memperkenalkan geran khas dikenali sebagai Gerak Khas Prihatin (GKP) bagi membantu pemilik perniagaan PKS Mikro ini.
Isi Kandungan
Mengenai Geran Khas PRIHATIN (GKP)
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang dibayar secara One-Off (sekali bayar sahaja) bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.
Kadar Bantuan | RM 3,000 (One-off / Sekali Bayar sahaja) |
Kaedah Pembayaran | Dikredit terus ke akaun bank pemohon |
Syarat permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Pemohon telah menjalankan perniagaan dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang RM300,000 dengan jumlah pekerja kurang 5 orang tidak termasuk pemilik.
- Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
- Perniagaan masih aktif semasa perniagaan dibuat
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Tarikh Permohonan
Tarikh Buka | 1 Mei 2020 |
Tarikh Tutup | 15 Mei 2020 |
Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP)
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya. Klik link Portal GKP yang berikut :
Ikuti langkah-langkah berikut :
Klik ‘Teruskan’ dan sahkan pendaftaran anda.
Untuk memudahkan pengguna dalam membuat permohonan dan pendaftaran GKP, berikut adalah panduan pengguna :
- Panduan Mendaftar Geran Khas Prihatin (GKP)
- Panduan sekiranya terlupa Kata Laluan
- Panduan membuat permohonan Baharu
Semakan Keputusan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)
Pemohon boleh menyemak status permohonan GKP bermula seawal Minggu Pertama, Jun 2020. Pemohon yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan mula menerima pembayaran pada Jun 2020.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau terdapat sebarang pertanyaan, ini sumber rujukan anda :
- Soalan Lazim Geran Khas Prihatin (GKP)
- Talian Hasil Care Line: 03-89111000
- Portal Rasmi LHDNM
- Facebook LHDNM
Leave a Reply