Cara Mudah Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online, kini hanya menerusi Portal i-Lestari

i-Lestari adalah satu bentuk inisiatif pihak kerajaan Malaysia bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Inisiatif ini membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran wang daripada Akaun 2 KWSP sebanyak RM50 (minimum) sehingga RM500 (maksimum) setiap bulan untuk beberapa tempoh.

Rujuk entri terdahulu berkaitan kemudahan pegeluaran i-Lestari oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum ini, terdapat 3 cara untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara Online menerusi I-Akaun, email dan juga kurier.

Terkini, KWSP memperkenalkan cara yang lebih mudah untuk membuat permohonan baru dan juga semakan status pengeluaran untuk kemudahan tersebut – menerusi Portal i-Lestari.

Permohonan Baru

Bagi yang belum membuat permohonan, boleh rujuk artikel sebelumnya berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP ini.

Untuk mula membuat permohonan baru, ikuti langkah di bawah.

Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

Halaman Utama i-Lestari KWSP

Klik Permohonan Baru

Pada ruangan Permohonan, isikan maklumat pemohon seperti di bawah.

Borang Permohonan di Portal i-Lestari

Pastikan maklumat yang diisi tepat dan terkini.

Tandakan pada ‘Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma & Syarat yang ditetapkan’.

Borang Permohonan di Portal i-Lestari

Satu popup Perakuan Pemohon akan muncul. Klik ‘Setuju’.

Borang Permohonan di Portal i-Lestari > Perakuan Pemohon

Tandakan pada ruangan ‘Saya Bukan Robot’ sebagai pengesahan kepada sistem.

Klik ‘Hantar’ dan permohonan anda telah selesai.

Semakan Permohonan

Status permohonan yang dibuat boleh disemak dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan dibuat.

Untuk membuat semakan status permohonan, layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

Klik ‘Semak Permohonan

Halaman utama i-Lestari KWSP

Pada ruangan ‘Semakan Status’, isikan Nombor Kad Pengenalan ataupun Nombor MyKad, serta Nombor Telefon Bimbit yang digunakan semasa pendaftaran permohonan baru.

Halaman Semakan Status i-Lestari KWSP

Tandakan pada ‘Saya Bukan Robot’ dan klik ‘Semak’

Untuk sebarang pertanyaaan ataupun soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada senarai soalan lazim (FAQ) berkaitan i-Lestari.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *