Ini apa yang perlu anda buat sekiranya bergejala COVID-19
Banyak yang membayangkan tahun 2020 adalah tahun kemajuan teknologi pesat dengan kehadiran kereta terbang, lebuh raya di awan, kehadiran robot dan teknologi yang memudahkan lagi kehidupan manusia sejagat.
Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila menjelang sahaja tahun ini, manusia masih di tahap sama dan kini dilanda wabak pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia.
Wabak pandemik COVID-19 ini dikatakan boleh dijangkiti oleh semua manusia tidak kira bangsa, darjat, miskin, kaya, duduk di kampung ataupun bandar. Anda pun boleh sama dijangkiti tanpa disedari.
Jangkitan coronavirus COVID-19 menyebabkan simptom gejala daripada spektrum selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Adalah penting untuk menjaga diri dan keluarga masing-masing kerana buat masa ini, masih lagi tiada vaksin dicipta untuk mengatasi ancaman virus ini.
Sekiranya anda bergejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan berfikir ianya anda mungkin bergejala wabak COVID-19, ini apa yang perlu anda lakukan.
Isi Kandungan
Hubungi Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) COVID-19
Gunakan Hotline CPRC dibawah untuk mendapatkan khidmat konsultansi serta pertanyaan terlebih dahulu.
Anda dinasihatkan untuk tidak terus ke hospital kerana ini membantu mengurangkan bebanan pihak hospital dalam usaha menguruskan wabak pandemik ini.
Hadir ke Pusat Pemeriksaan Saringan COVID-19
Hanya mereka yang dinasihatkan doktor menerusi hotline tersebut sahaja perlu pergi ke pusat pemeriksaan COVID-19 terdekat dan membuat saringan COVID-19. Lokasi pusat saringan COVID-19 terdekat boleh dirujuk menerusi hotline tersebut.
Di pusat saringan tersebut, akan ada petugas yang akan membimbing anda untuk melalui proses-proses seterusnya.
Kuarantin Diri di Rumah & Tunggu Panggilan Pihak Hospital (Sekiranya Ada)
Pada akhir proses saringan COVID-19, pihak hospital akan mengambil sampel swab yang diambil dari hidung dan tekak pesakit untuk menguji kehadiran virus COVID-19 dalam badan.
Hasil keputusan akan boleh didapati dalam tempoh 24 sehingga 72 jam. Pada masa itu, pesakit dinasihatkan untuk melakukan kuarantin diri di rumah masing-masing. Hanya pesakit yang bergejala sederhana dan teruk akan ditempatkan segera ke dalam wad.
Sekiranya ujian menunjukkan positif COVID-19, pesakit akan dihubungi oleh pihak hospital dan akan diberitahu untuk memulakan rawatan di hospital. Perkhidmatan ambulans disediakan untuk mereka yang mempunyai masalah pengangkutan.
Buat masa ini, ini adalah senarai hospital rujukan bagi mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) Dan Sahih COVID-19
- Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000
- Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233
- Hospital Sultan Abdul Halim 04-4457333
- Hospital Kulim – 04-4272733
- Hospital Sultanah Maliha 04-9663333
- Hospital Pulau Pinang 04-2225333
- Hospital Raja Permaisuri Bainun 05-2085000
- Hospital Raja Perempuan Zainab 2 – 09-7452000
- Hospital Sultan Ismail Petra 09-9611666
- Hospital Tumpat – 09-726 3000
- Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121
- Hospital Tengku Ampuan Afzan 09-5133333
- Hospital Sungai Buloh 03-61454333
- Hospital Kuala Lumpur 03-26155555
- Hospital Tuanku Ja‘afar 06-7684000
- Hospital Melaka 06-2892344
- Hospital Sultanah Aminah O7-2257000
- Hospital Labuan 087- 596888
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu 088-517555
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan – 089-248600
- Hospital Tawau – 089-983533
- Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas – 088-522600
- Hospital Lahad Datu – 089-895111
- Hospital Keningau – 087-313000
- Hospital Umum Sarawak, Kuching – 082-27666609
- Hospital Miri – 085-420033
- Hospital Bintulu – O86-859000
- Hospital Sibu – 084-343333
Self-check COVID-19 menerusi Pihak Hospital Swasta
Sekiranya anda berkemampuan untuk mengeluarkan kos untuk membuat semakan self-check, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah.
Buat masa ini, pihak swasta yang dikenalpasti menawarkan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:
- Bookdoc
- Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
- Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
- Qualitas Medical Group Sdn Bhd
- Gleneagles Kuala Lumpur
- Pantai Hospital Kuala Lumpur
- Pantai Hospital Cheras
- Pantai Hospital Klang
- Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
- Twin Tower Medical Centre, KLCC
- DoctorOnCall
Orang awam yang ingin membuat saringan boleh menghubungi pihak syarikat swasta berkenaan untuk membuat saringan COVID-19.
Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply