Cara tebus Bantuan Internet Percuma 1GB Sehari Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 untuk membantu rakyat menghadapi kesan daripada wabak pandemik Covid-19.

Menerusi pakej rangsangan tersebut, salah satu inisiatif yang diumumkan adalah internet percuma sebanyak 1GB sehari bermula 1 April 2020. Pakej Internet percuma 1GB sehari ini disalurkan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing kepada pelanggan.

Bagaimana Cara untuk Menebus Internet Percuma Ini? Ikuti langkah dibawah ini.

Celcom

Pengguna Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ianya akan ditambah secara automatik kepada pengguna setiap hari. Penggunaan data internet ini terhad bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Pelanggan boleh menyemak baki kuota data menerusi salah satu daripada langkah berikut

  1. Menerusi Aplikasi Celcom Life
  2. Dail 118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
  3. Dail *118# untuk pengguna pascabayar

Maklumat lanjut berkaitan tawaran ini boleh didapati di Celcom FAQ.

Maxis

Tawaran Internet percuma Maxis dibuka untuk semua pelanggan Prabayar dan Pascabayar (kecuali MaxisONE). Pengguna Maxis perlu melanggan internet percuma ini secara manual setiap hari.

Cara untuk melanggan (*Langganan perlu dibuat secara manual setiap hari) :

  • Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data”“Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” > “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama > pilih “Free 1GB/ Day Pass”. *Juga boleh diaktifkan menerusi  tab ‘Shop’

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman Maxis

Digi

Tawaran Internet 1GB oleh Digi dibuka kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar Digi. Penggunaan Internet ini terhad bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Cara untuk melanggan :

  • Untuk prabayar (prepaid) – Dail *128* 88#
  • Untuk pascabayar – Dail *238*88#
  • Menerusi aplikasi MyDigi

Selain itu, Digi juga lebih fleksibel menawarkan pakej tambahan berikut:

  • Tambah Nilai RM10 sehingga RM29.99 – Percuma 300Mb dan 5 minit panggilan, sah dalam tempoh 3 hari.
  • Tambah Nilai RM30 dan keatas – Percuma 1GB internet dan 15 minit panggilan, sah dalam tempoh 7 hari.

Selain itu, Digi juga menawarkan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, https://jomstudi.my

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman MyDigi Community.

UMobile

Tawaran Internet percuma 1GB UMobile dibuka kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali WeChat Go), dengan had penggunaan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Cara langgan (sekali sahaja):

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

Cara semak baki kuota:

  • *118*6# untuk pengguna prabayar
  • *118*7# untuk pengguna pascabayar

Unifi Mobile

Unifi Mobile menawarkan pakej internet lebih menarik iaitu pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020. Ianya dibuka untuk semua pengguna Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, Webe RM79, Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 & Unifi Mobile Biz 79).

Pengguna tidak perlu melanggan kerana ianya diaktifkan secara automatik.

TuneTalk

Pengguna TuneTalk boleh mendapatkan pakej internet percuma 1GB sehari dengan cara berikut (langganan sekali sahaja):

  • SMS ‘STAYHOME‘ kepada 2222

OneXOX

Pengguna OneXOX serta XOX boleh mendapatkan pakej internet percuma 1GB sehari dengan cara salah satu langkah berikut (langganan sekali sahaja):

  • Tebus/Redeem menerusi aplikasi ONEXOX Black
  • Dail *150#

Yoodo

Yoodo juga menyediakan inisiatif ini dengan menawarkan internet 1GB secara percuma setiap hari. Ianya akan dimasukkan secara automatik ke dalam telefon masing-masing.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Yoodo Covid-19 Initiative.

Semoga pakej rangsangan ekonomi ini dapat membantu anda menghadapi wabak pandemik Covid-19. Stay at home guys!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *