Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP
Kemudahan i-Lestari adalah satu bentuk inisiatif pihak kerajaan untuk meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19.
Isi Kandungan
Bagaimana i-Lestari berfungsi?
Menerusi inisiatif ini, setiap ahli layak membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 (maksimum) setiap bulan daripada Akaun 2 KWSP untuk beberapa bulan berturut-turut.
Pengeluaran setiap bulan : RM50 (minimum) – RM500 (maksimum)
Sumber pengeluaran : KWSP Akaun 2
Permohonan diluluskan pada | Kelayakan pengeluaran (bulan) |
April 2020 | 12 bulan |
May 2020 | 11 bulan |
Jun 2020 | 10 bulan |
Julai 2020 | 9 bulan |
Ogos 2020 | 8 bulan |
September 2020 | 7 bulan |
Oktober 2020 | 6 bulan |
November 2020 | 5 bulan |
December 2020 | 4 bulan |
Januari 2021 | 3 bulan |
Februari 2021 | 2 bulan |
Mac 2021 | 1 bulan |
Tempoh Permohonan
Permohonan mula dibuka pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Syarat Permohonan
- Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, bukan Warganegara, dan Pemastautin Tetap (PR).
- Usia 55 tahun dan kebawah pada tarikh permohonan.
- Memiliki baki wang mencukupi dalam simpanan Akaun 2.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi salah satu cara berikut :
Permohonan Secara Online menerusi i-Akaun KWSP
Permohonan secara Online boleh dibuat menerusi mana-mana link di bawah :
- Permohonan i-Lestari secara Online menerusi i-Akaun KWSP
- Permohonan i-Lestari secara Online menerusi portal i-Lestari (Recommended)
Permohonan menerusi Email
Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik)
Permohonan menerusi Kurier / Post
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
2 Comments