Setelah lima hari berhempas pulas berkerja, pasti waktu hujung minggu selama 2 hari ingin digunakan sepenuhnya untuk berehat bukan. Berehat, berehat juga. Namun sedar atau tidak, bagaimana masa yang digunakan hujung minggu juga mencorakkan samada kita di golongan orang berjaya, ataupun tidak suatu hari nanti.

Masa hujung minggu itu, nak guna untuk buat apa sebenarnya tak penting. Namun sekiranya pada kebiasaannya anda suka berehat di rumah, buat lonjakan paradikma dengan menyertai aktiviti travel contohnya, ianya dikira bonus mark untuk anda.

Matlamat atau tujuan masa tersebut digunakan mungkin berlainan pada setiap orang, namun bila tiba hujung minggu, perkara utama yang membezakan orang tersebut adalah golongan yang berjaya ataupun tidak, adalah kesedaran penggunaan masa tersebut.

Berikut adalah 11 perkara yang biasanya orang tidak berjaya lakukan ketika di hujung minggu – dan mengapa anda perlu elakkan ianya daripada berlaku.

Tidak buat perancangan

they-dont-have-a-plan

Tidak semestinya setiap minit ataupun setiap jam perlu dirancang. Sekurang-kurangnya, terdapat perancangan asas untuk apa yang ingin dilakukan.

Ini akan membolehkan anda melindungi masa (dan mungkin boleh menjadualkan masa terhadap perkara-perkara tambahan).

Tidak luang masa dengan orang tersayang

they-dont-make-time-for-loved-ones

Yakin ke dapat luangkan masa dengan orang tersayang pada hari bekerja? Kalau rasa tidak dapat buat, lakukannya pada hujung minggu.

Membiarkan teknologi mengambil alih tugas

they-let-technology-take-over

Tinggalkan telefon, laptop, tutup email kerja buat sementara waktu. Lebih elok lagi beritahu atau tinggalkan pesanan ‘On Vacation’ di hujung minggu supaya rakan kerja tahu anda sedang ber’istirehat. Elakkan ketagihan pada teknologi.

Tidak ber’istirehat

they-dont-enjoy-themselves

Samada anda seorang ataupun bersama-sama teman, pastikan anda buat sesuatu yang membolehkan anda sentiasa ceria daripada tekanan.

Melebihkan tidur

they-sleep-the-entire-time

Mungkin anda terlalu stress dengan kerja dan perlukan recovering. Tapi padah juga kalau terlebih tidur. Jaga kitaran tidur anda, tidur pada waktu sepatutnya. Bukan waktu untuk tidur, fikirkan untuk aktiviti lain.

Menambahkan lagi perbelanjaan

Dah kerja lima hari terturut-turut untuk mengumpul gaji kerja, dua hari cuti habis segala usaha digunakan untuk berbelanja.

Tidak salah untuk berbelanja terutamanya untuk diri sendiri selepas penat bertungkus lumus mencari rezeki. Sekali sekala bolehlah. Adalah lebih baik sekiranya masa yang terluang digunakan untuk sesuatu yang lebih ‘murah’, atau dengan kata lain, tidak terlalu menggunakan wang. Sebagai contoh, menyertai aktiviti marathon, ataupun event percuma.

Tidak mengambil masa untuk berfikir

Selalu sangat, kita biarkan masa berlalu untuk menentukan masa depan kita, sebab diri sendiri tak tahu, apa akan jadi pada masa hadapan. Sangat penting untuk selalu buat senarai semak, fikir tentang kehidupan dan cita-cita yang nak dicapai supaya selalu on-track. Kalau terbabas pun, sipi-sipi sahaja.

Asyik fikir – Kerja, kerja dan kerja

they-cant-stop-thinking-about-work

Sepatutnya pada malam hari terakhir bekerja (Jumaat), anda sudah fikir dan buat perancangan apa agenda kerja seterusnya pada Isnin hadapan. Taklah terkebil-kebil nak fikir bila mula semula bekerja, ditambah pula dengan mood Monday blues.

Hari minggu sepatutnya masa untuk chill dan relax.

Asyik bersantai tidak buat apa-apa, kemudian mula menyesal

they-laze-around-and-regret-it

Mungkin anda perlu fikir semua bagaimana hari minggu anda digunakan.

Keluar bercuti mungkin bagus. Tapi downside‘nya anda mungkin lalai dengan urusan lebih penting di rumah, seperti berkemas, buang sampah, berjumpa keluarga, dan lain-lain. Duduk di rumah tidak buat apa-apa juga tidak bagus, anda mungkin tidak mendapat apa-apa manfaatnya. Jadi balance‘kan kedua-dua ini.

Tidak Relax

they-dont-relax

Hari kerja nak sungguh-sungguh, hari cuti pun nak sungguh-sungguh, habis bila waktu nak rehat? Anda bukan robot. Kadangkala perlu masa untuk recharge semula tenaga supaya lebih produktif dan kemudiannya berjaya.

Tidak bersedia untuk minggu seterusnya

they-dont-prepare-for-the-week-ahead

Dah habiskan masa hujung minggu bersantai? Sudah rancang belum apa nak buat di minggu seterusnya?

Pengakhiran hujung minggu adalah masa paling sesuai untuk rancang apa yang ingin dilakukan pada minggu seterusnya. Sebagai contoh, pada malam Ahad, buat senarai semak, kemaskini kalendar, ataupun perkara bersesuaian mengikut corak kerja anda – apa yang ingin dicapai pada masa seterusnya.

Orang tidak berjaya, kebanyakannya gagal dalam kesemua point di atas ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.