7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

Anak-anak kita sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi kenapa kita mesti fokus kepada kelemahan dan perkara lain yang mereka tidak boleh lakukan dengan baik seperti kanak-kanak lain berbanding kelebihan mereka?

Menjadi tugas ibu bapa untuk membantu membentuk bakat semula jadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada tujuh perkara yang anda mesti amalkan.

1. Jangan tengok pada ‘masalah dan cuba ‘membetulkannya’

Tak kira sama ada di rumah atau pun sekolah, kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang dibuat oleh anak.

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, maka lebih bagus untuk anda fahami faktor menarik semula jadi anak-anak supaya mudah membimbing mereka ke mercu kejayaan.

2. Bantu menukar kelakuan buruk dengan sesuatu yang lain

Antara kelakuan buruk kanak-kanak prasekolah adalah suka menggigit orang. Ia sangat menggeramkan para ibu bapa.

Sudahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka menggigit asyik fokus kepada kelemahan si anak sahaja. Mereka asyik bertanya soalan yang sama. “Hari ni ada gigit kawan tak?” atau mengingatkan anak supaya jangan menggigit kawan!

Sebaiknya cuba cari apa minat anak anda dan bakat sebenarnya, jadi anda ada benda lain untuk diberi perhatian dan bukan sekadar masalah dia suka menggigit orang lain.

3. Fokus kepada aktiviti yang paling anak gemar

Tentu anda dapat kesan apa jenis permainan atau aktiviti yang mampu membuatkan si kecil duduk diam dalam masa yang lama.

Contohnya jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Dengan cara ini anda membantunya menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

4. Bina rangkaian ‘rakan kongsi’

Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak setiap hari. Sebagai ibu bapa, anda tentu melihat anak membuat sesuatu perkara yang baru setiap hari.

Jika ada orang lain di sekeliling hidup anda seperti datuk nenek, jiran-jiran, guru dan pengasuh yang mampu memerhatikan beberapa aspek karektor anak, jadi mereka boleh membantu mengesan apa bakat yang dimiliki oleh anak. Dengan cara itu anda boleh mengasah bakat tersebut dan memberi fokus kepadanya.

5. Berikan perhatian tanpa sempadan

Perhatikan berapa kali anak meminta anda memberi perhatian dengan apa yang mereka buat. Anak-anak cuma mahukan perhatian daripada ibu bapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

6. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak

Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi akan lebih berjalan lancar.

7. Jangan harap perubahan sekelip mata

Matlamat sebagai ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup bahagia dan gembira. Jika anda sedang dalam proses mengubah perilaku anak-anak kepada yang lebih positif, jangan jangkakan ia berlaku sekelip mata. Yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.

Sumber Artikel & Gambar: majalahpama.my

Cara Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta secara semulajadi

Sekarang ni musim durian dah tiba. Bau dia memang sedap bagi yang suka tapi ada juga tak tak boleh masuk sangat dengan bau durian ni. Jika ahli keluarga anda yang tidak boleh dengan bau durian atau bau busuk rokok, ini merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta anda, terutamanya sekiranya anda seorang pemandu Grab atau Uber. Ini bagi memastikan kereta anda sentiasa segar.

1. Serbuk Kopi atau Teh

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau bungkus serbuk tersebut di dalam kain lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup.

Atau anda boleh bancuh kopi di dalam satu gelas dan letakkan di dalam kereta anda

Serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat serta akan menyerap bau asap rokok dan bau lain di dalam kereta anda. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta anda.

Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis

Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis.

Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus

Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan.

Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak.

5. Arang

Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau.

Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.

6. Roti

Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan selama beberapa hari, bau durian atau rokok akan hilang dan diserap oleh roti tersebut.

7. Buah Nenas

Letakkan separuh nenas yang dipotong di dalam kereta anda. Biarkan selama beberapa jam dan bau busuk tersebut akan diserap oleh nenas tersebut.

8. Daun Pandan

Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta yang dipenuhi dengan bau busuk. Bau tersebut akan hilang dengan secepatnya.

Cara Tuntut Hutang Kecil daripada Kawan & Saudara Mara Guna Mahkamah

Ini satu perkongsian yang dibuat oleh seorang peguam tentang cara-cara untuk tuntut hutang kawan-kawan atau saudara mara menggunakan kaedah mahkamah yang ramai tidak tahu. Ikuti pendedahan ini.

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.

Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:

1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”
5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

Sekian Terima Kasih

Cara Selesaikan Masalah CCRIS Bagi Pinjaman Pendidikan PTPTN

Isu PTPTN ini kian menjadi-jadi. Awal minggu ini anak didik saya @fazrulmusa ditemuramah oleh Akhbar Kosmo tentang bagaimana hendak selesaikan masalah ini.

Jika nama anda berada di dalam rekod CCRIS kerana PTPTN ini adalah langkah yang boleh di ambil:-

1. Pergi berjumpa dengan Pegawai PTPTN dan minta untuk restructure kembali pembayaran anda.

2. Anda akan diminta untuk membayar sedikit amount untuk restructure balik pembayaran( gunakan skill negotiation yang terbaik untuk kurangkan jumlah tersebut sebaik mungkin)

3. Anda akan diberi surat sebagai bukti dan surat ini boleh digunakan untuk membuat pinjaman ( ada bank terima dan ada yang tidak terima)

4. Anda perlu mula membayar setiap bulan pinjaman anda seperti dipersetujui.

5. Rekod CCRIS akan tetap ada tetapi ia telah direset kepada kosong. Jadi amat penting untuk anda memberi komitmen setiap bulan untuk mempunyi rekod CCRIS yang baik.

Siapa nak tahu bank apa yang tak terima walaupun anda sudah restructure pembayaran?

Cara atasi senarai hitam PTPTN untuk membeli rumah

Setelah bertahun sabar menyimpan wang untuk deposit membeli rumah, harapan memiliki rumah sendiri tiba-tiba musnah apabila di senarai hitam oleh PTPTN dan tidak lulus membuat loan rumah.

Artikel ini akan membantu anda mengatasi masalah senarai hitam PTPTN dan di tulis berdasarkan pengalaman saya membantu client mendapatkan loan rumah.

Sebelum itu, anda perlu fahamkan 4 fakta penting di bawah

Fakta yang anda perlu tahu mengenai senarai hitam PTPTN

  1. Anda perlu membayar sejumlah wang untuk keluar dari senarai hitam PTPTN
  2. Tapi anda TIDAK PERLU membayar kesemua tunggakan PTPTN untuk keluar dari senarai hitam
  3. Jumlah bayaran adalah BERGANTUNG PADA BUDI BICARA pegawai PTPTN yang anda jumpa, mungkin serendah RM1,000
  4. Anda mungkin di minta untuk membuat potongan gaji atau pengeluaran KWSP akaun 2, juga bergantung pada budi bicara dengan pegawai PTPTN yang anda jumpa

Bank yang dipastikan menerima surat dari PTPTN dan tidak perlu menunggu ccris PTPTN clear

  1. Maybank
  2. CIMB
  3. AffinBank
  4. RHB

Bank yang dipastikan tidak menerima surat dari PTPTN dan anda perlu menunggu beberapa bulan untuk clear CCRIS

(Belum ada senarai)

Cara untuk keluar dari senarai hitam PTPTN dan membuat loan rumah

  1. Lakukan pembayaran tunggakan dengan berjumpa pegawai PTPTN dan nyatakan anda ingin membuat re-structure & re-schedule
  2. Setelah pembayaran, dapatkan DUA SURAT dari PTPTN iaitu surat pengesahan pembayaran dan surat penjadualan pembayaran semula (restruktur and reschedule)
  3. Submit loan pada Bank dalam senarai di atas. Sertakan sekali surat dari PTPTN sebagai rujukan pihak bank
  4. Awas! Proses kelulusan loan rumah mungkin memakan masa yang lebih lama sehingga 1 bulan atau lebih, jadi agent hartanah dan tuan rumah kena take note untuk durasi ini.
  5. Jika tiada sebarang masalah lain, bank akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Case Study

Pengesahan dari banker RHB

Pengesahan dari banker AffinBank

Pengesahan dari banker Maybank

Client berjaya membayar tunggakan

Surat Pengesahan Pembayaran dari PTPTN

Surat Penjadualan Semula dari PTPTN

Sudah jelas dengan apa yang anda perlu lakukan? Jika anda merancang untuk membeli rumah dalam masa terdekat, mulakan segera proses negosiasi dengan pihak PTPTN supaya proses pembelian rumah anda berjalan lancar.

Sumber : tanahairku.my dan Muhammad Fathur Rahman

Cara Buat Lengan Robot berkuasa Hidraulik daripada Kadbod

Apabila sudah bosan bermain LEGO, atau terlalu merasa senang dengan menyambung rekabentuknya yang sama, anda boleh cuba memulakan sesuatu yang lebih mencabar – Membina lengan robotik berkuasa hidraulik daripada kosong!

Apa bahan yang diperlukan?

Ia tidaklah terlalu sukar mendapatkan bahan-bahan bagi membinanya, malahan kebanyakannya boleh didapati di rumah. Apa yang diperlukan adalah kadbod, picagari dengan tiub getah bersesuaian dengan saiz muncungnya, bateri lama, empat paip dan batang aiskrim (boleh didapati di MrDIY). Oh ya, jangan lupa dua klip kertas sekali.

Untuk kerja pemotongan kadbod dan sebagainya, anda perlukan gunting dan gam untuk lekatkannya semula. Akhir sekali, air juga diperlukan sebagai cecair hidraulik. Dalam paparan video ini dikongsikan air dengan pelbagai warna (dimasukkan pewarna tambahan) untuk nampak lebih cantik. Dalam video ini juga menggunakan penebuk drill, batang pencungkil gigi dan cable ties.

Ayuh Mulakan

Lihat video di bawah ini dan anda boleh dapat gambaran bagaimana ianya dibina.

Gunakan kreativiti tersendiri. Kami tidak dapat memastikan ukuran yang tepat untuk setiap satu potongan, tapi selagi ianya berhasil, kenapa tidak?

Beri Anak Bermain dengan Gajet? Ini Garis Panduan yang Perlu Anda Tahu

Pemberian gajet pada anak-anak pada masa kini dilihat sudah menjadi kebiasaan ke[ada mereka, ramai di antara ibu bapa yang menggunakan pendekatan memberi gajet sebagai salah satu cara bagi membuatkan anak-anak diam.

Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk beri anak-anak bermain dengan gajet, ketahui dahulu apakah saranan yang telah dutetapkan, besesuaian dengan umur anak-anak.

Menurut perkongsian dari saudara Hafiz Sulaiman, terdapat beberapa rekomendasi yang telah disarankan oleh American Academic of Paediatric (AAP) dalam memberikan gajet kepada anak-anak.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Sudah bertahun lamanya American Academy of Paediatric (AAP) mengesyorkan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak didedahkan langsung kepada media elektronik dan gajet seperti telefon, komputer, tablet dan juga televisyen. Tahun lalu, AAP mengeluarkan garis panduan baharu yang lebih realistik mengambil kira kemajuan teknologi kian pesat.

Antara rekomendasi AAP:

1) Anak-anak di bawah usia 18 bulan

* Elakkan media skrin

2) Anak-anak usia 18-24 bulan

* Pilih program kualiti tinggi
* Ibu bapa perlu menonton bersama dan membimbing anak-anak berkenaan kandungan tontonan.

3) Anak-anak usia 2-5 tahun

* Hadkan sejam sehari program berkualiti tinggi.
* Tonton bersama anak-anak dan fahamkan mereka serta aplikasikan kepada dunia sebenar.

4) Anak-anak melebihi 6 tahun

* Letak had masa dan jenis media yang ditonton.
* Pastikan media tidak mengganggu waktu tidur, aktiviti fizikal dan apa-apa aktiviti yang penting untuk kesihatan.

5) Waktu tanpa elektronik

Bina waktu bersama tanpa media elektronik seperti sewaktu makan malam, memandu dan juga lokasi bebas media elektronik seperti bilik tidur.

6) Terangkan mengenai penggunaan atas talian

Penerangan berterusan mengenai tatacara pengguna atas talian (online) seperti keselamatan dan juga menghormati warga online dan juga diluar talian (offline).

Penting untuk diambil perhatian ialah walaupun lanskap media berubah senantiasa seiring dengan kemajuan teknologi, cara didikan keibubapaan yang sama masih terpakai. Ibubapa memainkan peranan penting mengawal dunia media anak-anak sebagaimana pendidikan diluar skop media. Ia sangat penting supaya penggunaan media dapat dimanfaatkan supaya memberi kesan positif kepada anak-anak.